Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki.
Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW.
Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah
mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman
jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya
menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum
wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan
keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW
menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas
keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan
anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais
Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita
ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita,
khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga
baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan
memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling
baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu
Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya;
dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang
memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum
wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada
bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam
sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih
baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada
bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka
kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad
mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan
kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama
rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan
lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi
kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari
syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh
pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah
padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan
dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu
peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan
ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh
badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk
tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak
mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan
segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah
lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya
bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi
dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan
lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan
wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As
syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi
ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya
dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan
kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda
orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang
mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak
dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi
ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia
sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari
sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga
kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria
seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya
ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah
mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah
sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah
sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di
bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke
dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
No comments:
Post a Comment