I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 22, 2013

Bidadari Syurga





"Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya." (Al-Waqi’ah:22)

"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin." (Ar-Rahman:56)

"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan." (Ar-Rahman:58)

"Dalam Syurga itu terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya." (Ar-Rahman:70)

“Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih, yang tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing.” (Ar-Rahman:72)

"Bidadari-bidadari itu tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin." (Ar-Rahman:74)

“KAMI kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (At-Thur:20)

"Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya." (Sad:52)

"Demikianlah keadaannya,  dan KAMI jadikan teman mereka, bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi cantik matanya." (Ad-Dukhan:54)

"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah matanya." (As-Saffat:48)
 
"Sesungguhnya KAMI telah menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan ciptaan istimewa, Dan kami jadikan mereka perawan (yang tidak pernah disentuh oleh sesiapa). Penuh cinta dan sebaya umurnya.” (Al-Waqi’ah: 35-37)


"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu ? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah." (Al-Imran:15)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, iaitu kebun-kebun dan buah anggur dan bidadari yang sebaya umurnya.” (an-Naba’: 31-33)


Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya macam bulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, di mana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (HR. Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang licin itu.” (HR. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (HR. Ath-Thabrani)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas ra, Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya bidadari nanti akan menyanyi di syurga, bidadari yang cantik disembuyikan khusus untuk suami-suami yang mulia.” (Shahih al-Jami’: 1602)

Dari Abdullah ibnu Mas’ud ra, Nabi saw. bersabda, “Kelompok pertama kali yang masuk syurga, wajah mereka bercahaya bagai bulan di malam purnama. Kelompok kedua seperti bintang kejora yang terbaik di langit. Bagi setiap orang dari ahli syurga itu diberi dua bidadari syurga. Pada setiap bidadari ada 70 perhiasan. Sumsum kakinya dapat terlihat dari balik daging dan perhiasannya, sebagaimana minuman merah dapat dilihat di gelas putih.” (HR. Thabrani dengan sanad shahih, dan Baihaqi dengan sanad hasan. Hadits hasan, shahih lighairi: Shahih al-Targhib: 3745)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (HR. Thabrani)


Wallahu 'alam.

Tuesday, October 16, 2012

Derma Organ Dapat Menyelamatkan Nyawa Orang lain





Apakah itu pendermaan organ?

Merupakan proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan pemindahan organ (transplantasi) selepas meninggal dunia.

Apakah Transpantasi?

Merupakan suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu daripada penderma yang telah meninggal dunia kepada penerima yang memerlukan.

Pemindahan organ ini boleh menyelamatkan nyawa penerima organ atau tisu dan mereka akan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Bilakah organ dan tisu si penderma diperolehi?

Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma hanya akan dilakukan apabilakematiannya disahkan oleh dua orang doktor yang bertauliah. Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu tersebut.

Adakah rawatan akan diabaikan jika diketahui anda adalah pengikrar penderma organ?

Tidak! Pengikrar penderma organ akan dirawat sebaik mungkin sebagaimana pesakit-pesakit lain.


Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan di Malaysia?

Organ
Jantung
Paru-paru
Hati
Buah pinggang
Pankreas
Tisu
Injap jantung
Tulang
Kulit
Kornea


Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?

Agama Islam mengharuskan pendermaan organ selepas meninggal dunia.
Agama-agama lain di dunia ( Buddha, kristian, Hindu dan sikh) menyokong pendermaan organ selepas meninggal dunia.

Bagaimana proses pemindahan organ dilakukan?

Proses pemindahan organ dan tisu melibatkan pembedahan yang bersih dan dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengelaman. Perolehan organ dan tisu ini tidak menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badan penderma. Selepas organ an tisu diperolehi, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna dan jenazah penderma tidak mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Proses pembedahan ini dijalankan dengan penuh hormat dan tertib sebagaimana pembedahan biasa.

Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian?

Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma, jenazah akan dibersihkan, dikhafan dan diserahkan kepada waris penderma secepat mungkin.

Bagaimanakah untuk menjadi seorang penderma organ?

Anda perlu mengisi Borang Pendaftaran Pengikrar Penderma Organ dan Kad Pengikrar Penderma Organ. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar ke Pusat Sumber Transplan Nasional sementara Kad Pengikrar hendaklah disimpan dan dibawa bersama anda setiap masa.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

          Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur.

          Tel              : 03-2615c6576 / 03-2694 2704 / 03-2694 2705
          Faks           : 03-2615 6269
          Tollfree      : 1-800-88-9080



MAKMUM MASBUK DAN MAKMUM MUAFIK




Makmum Muafik

Makmum Muafik ialah makmum yang sempat membaca Al-fatihah ketika imam masih berdiri. Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah kerana suatu keuzuran disebut juga Muafik

Jika makmum Muafik belum selesai membaca Al-fatihah tetapi imam sudah rukuk. Makmum itu hendaklah menyelesaikan bacaan Al-Fatihah dalam masa imam melakukan tiga rukun iaitu rukuk, iktidal,Rukuk pertama

Jika imam telah selesai melakukan tiga rukun itu tetapi makmum tersebut belum selesai membaca Al-fatihah makmum tersebut dianggap telah ketinggalan satu rakaat daripada imam dan wajib diganti selepas memberi salam.

Mereka hendaklah meneruskan bacaan Al-Fatihah itu sehingga habis dan terus mengikut perbuatan imam sama ada bertasyahud atau berdiri pada rakaat yang lain.

Apabila imam selesai memberi salam, makmum itu hendaklah menggantikan bilangan rakaat yang tertinggal.

Ganjaran yang diterima oleh makmum muafik lebih baik daripada makmum masbuk.

Makmum Masbuk

Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah sebelum imam rukuk. Biasanya mereka berjemaah ketika imam rukuk atau sujud.

Makmum masbuk hendaklah bertakbiratul ihram, kemudian terus rukuk atau sujud bersama imam. Jika mereka sempat rukuk dan tamakninah bersama imam, mereka dikira mendapat rakaat bersama imam dan tidak perlu diganti rakaat tersebut.

Jika tidak sempat rukuk dan tamakninah bersama imam, mereka dikira tidak mendapat rakaat tersebut bersama imam. Mereka hendaklah menggantikan rakaat tersebut selepas imam memberi salam.

Jika makmum masbuk masuk berjemaah ketika imam sedang bertasyahud akhir, mereka hendaklah terus duduk mengikut imam selepas takbiratul ihram. Jika tidak sempat tamakninah bersama imam, mereka dikira berjemaah tetapi semua bilangan rakaat dalam solat itu hendaklah diganti.

Adab Menuntut Ilmu



1.Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain2 niat melainkan hanya kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Berkata Imam Syafie :

"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

3.Banyak Sabar

Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari

Kata Abu Hurairah ra:

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu'

Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjahui dari makan banyak

Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."

Wallahua'lam

Credit : UAI