I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 16, 2012

MAKMUM MASBUK DAN MAKMUM MUAFIK




Makmum Muafik

Makmum Muafik ialah makmum yang sempat membaca Al-fatihah ketika imam masih berdiri. Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah kerana suatu keuzuran disebut juga Muafik

Jika makmum Muafik belum selesai membaca Al-fatihah tetapi imam sudah rukuk. Makmum itu hendaklah menyelesaikan bacaan Al-Fatihah dalam masa imam melakukan tiga rukun iaitu rukuk, iktidal,Rukuk pertama

Jika imam telah selesai melakukan tiga rukun itu tetapi makmum tersebut belum selesai membaca Al-fatihah makmum tersebut dianggap telah ketinggalan satu rakaat daripada imam dan wajib diganti selepas memberi salam.

Mereka hendaklah meneruskan bacaan Al-Fatihah itu sehingga habis dan terus mengikut perbuatan imam sama ada bertasyahud atau berdiri pada rakaat yang lain.

Apabila imam selesai memberi salam, makmum itu hendaklah menggantikan bilangan rakaat yang tertinggal.

Ganjaran yang diterima oleh makmum muafik lebih baik daripada makmum masbuk.

Makmum Masbuk

Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah sebelum imam rukuk. Biasanya mereka berjemaah ketika imam rukuk atau sujud.

Makmum masbuk hendaklah bertakbiratul ihram, kemudian terus rukuk atau sujud bersama imam. Jika mereka sempat rukuk dan tamakninah bersama imam, mereka dikira mendapat rakaat bersama imam dan tidak perlu diganti rakaat tersebut.

Jika tidak sempat rukuk dan tamakninah bersama imam, mereka dikira tidak mendapat rakaat tersebut bersama imam. Mereka hendaklah menggantikan rakaat tersebut selepas imam memberi salam.

Jika makmum masbuk masuk berjemaah ketika imam sedang bertasyahud akhir, mereka hendaklah terus duduk mengikut imam selepas takbiratul ihram. Jika tidak sempat tamakninah bersama imam, mereka dikira berjemaah tetapi semua bilangan rakaat dalam solat itu hendaklah diganti.

No comments:

Post a Comment