I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 24, 2012

Hambamu - Mawi Feat Akhil Hayy

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.
Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.
Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.
Rasulullah SAW bersabda,
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)
Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)


Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..
Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.
Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”
Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”
Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”
Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)
“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)
“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”
Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”
Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”
Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Monday, April 23, 2012

Say No ! To Couple


"Sedang couple, perlukah putus?"
----
Lepas solat Jumaat, seorang junior menemui seniornya.

Junior: Bro, saya nak tanya sesuatu boleh?

Senior: Ya, silakan.

Junior: Seandainya saya ada dosa sebesar dunia, kemudian saya bertaubat. Adakah dosa-dosa tersebut akan diampuni oleh Allah?

Senior: InsyaAllah, segalanya mungkin dengan izin Allah. Taubat ertinya bukan sekadar solat taubat, tetapi meninggalkan perbuatan dosa tersebut tanpa mengulanginya lagi di masa depan. Sungguh-sungguh menginsafi sampai kiamat.

Junior: Baik. Saya sebenarnya ada teman wanita. Couple la dengan kata lain. Jadi, adakah berdosa perbuatan saya tu? Jika berdosa, adakah kami perlu putuskan hubungan kami?

Senior: Berdosa atau tidak sebenarnya orang yang bercinta lebih mengetahui apa yang mereka buat bersama-sama ketika bercinta. Betul tak? Tak perlulah saya yang klasifikasikan dosa itu, dosa ini. Orang yang bercinta ni bukan semuanya jahil. Majoritinya cerdik pandai, tahu agama. Tahu beza halal haram. Tapi, ya lah. Manusia. Berhadapan soal hati, hatta dia seorang ustaz sekalipun, kadang-kadang goyah juga hati dan iman. Saya pun samalah.

Junior: Em..rata-rata tempat mengatakan couple ini berdosa. Saya pun tahu apa yang saya lakukan selama ini dengan teman wanita saya juga melibatkan perkara dosa. Baru-baru ini saya buka facebook bro, ada nasihat-nasihat mengenai couple. Timbul rasa insaf dalam diri ini. Jika teruskan, hati ini jadi tak tenang juga. Kena clash ke? Sayang juga tu nak tinggalkan. Dia pun bukannya tak baik. Cantik pun cantik. Kalau dalam pandangan saya ni, paling cantik lah.

Senior: Satu, lelaki yang terbaik tidak akan mencintai wanita yang paling cantik namun akan mencintai wanita yang mampu menjadikan hidupnya cantik di dunia dan akhirat, dan juga menjadikan wanita itu cantik dunia dan akhirat bersama-samanya. Dua, jika wanita itu ada potensi dididik, kenapa mahu putuskan? Sambungkanlah dengan ikatan pernikahan. Dia dah sayang kamu sepenuh hati, kamu pun sama. Dia rela dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kamu. Banyak masa dah terbuang untuk fokus pada hubungan kamu berdua. Tak terkira sumpah dan janji. Dikhuatiri juga, bila putus dalam keadaan begini kesan luka di hati pada pasangan akan menjadikan keadaan bertambah buruk. Hati pun jadi bertambah kusut, sedih. Kenapa nak sedihkan pasangan? Berilah berita gembira dengan melamar dari walinya. Ajaklah dia berubah sekali ya.

Junior: Em..kenapa pula kena putus?

Senior: Pada hemat saya, ada beberapa sebab kenapa perlu putus:-

1. Pasangan masih student, baru-baru nak masuk universiti. Langsung tidak bersedia untuk bekerja dan masih kabur cara nak dapatkan kerja. Tak pandai berdikari sendiri lagi. Tapi ini cuma berlaku pada student yang tidak berfikiran matang. Jika dah matang, masalah kerja ini pasti dapat diatasi.

2. Lelaki atau wanita terlibat masalah sosial yang teruk. Clubbing, penzinaan, lumba haram, dadah, pil dan sebagainya yang dikategorikan sebagai sangat teruk. Bukan tak boleh berubah, tapi perlu masa panjang.

3. Ketenangan yang tidak pernah muncul. Bila bersama, hati gembira tetapi di sudut hati yang paling dalam tiada ketenangan. Banyak sangat masalah timbul. Tidak percaya, prasangka berpanjangan dan lain-lain. Bila dinasihat, tidak berubah.

4. Pasangan tidak ada keinginan untuk bernikah, sekadar nak main-main. Sekadar nak ada teman lepaskan kebosanan dan kesunyian. Buat apa nak kahwin dengan orang yang tak mahu kahwin?

5. Pasangan tidak sudi berubah walaupun diajak untuk berubah.

Junior: Em..

Senior: Fikirlah dalam-dalam. Saya minta diri dulu. ( berlalu pergi sambil menepuk lembut bahu junior seraya membisikkan sesuatu pada junior )

Junior terkesima mendengar bisikan tersebut.
----

Seminggu kemudian, junior dan pasangannya itu pun akad nikah dalam keadaan yang serba sederhana. Sesuai bajet mereka sebagai student. Senior datang ke walimah. Junior cepat-cepat bersalam dengan senior dan memeluknya sambil menitiskan air mata.

Junior: Terima kasih, bro. Kata-kata akhir bro pada saya tempoh hari benar-benar memberi kesan yang mendalam pada hati ni. Terngiang-ngiang lagi di telinga ni:-

"Jika benar sayang Allah, buktikan dengan segera menikahinya. Tak cukup duit tidak mengapa. Allah kan dah beri janjiNya (janji rezeki dari berkatnya pernikahan). Jika benar cinta pada Allah, segala halangan di depan bukan menjadi alasan. Redha Allah, redha Allah, redha Allah. Dengan mengharap redha Allah, segeralah jumpa walinya. Jika perlu berlutut, berlututlah. Jika perlu menangis, menangislah. Sayang Allah adalah suatu perjuangan."

Junior: Isteri saya rupa2nya memang ada niat nak berubah. Dia pun di sudut hati, tidak suka couple2 ni. Lalu, saya dah berpakat dengan isteri saya masa tu. Kami dah jual handphone, laptop saya, dan campurkan semua simpanan kami. Akhirnya dapatlah RM5ribu. Dah ada duit, saya pergi ke rumahnya dan pujuk parents dia sampai dapat. Menangis pun dah. Macam drama dah pun. Akhirnya mereka setuju. Alhamdulillah.

Senior: Alhamdulillah :)

Junior: Jemput makan-makan bro :)

Senior: Saya datang sini bukan untuk makan, saya datang nak meminang kakak kepada isteri kamu. :)

Junior dan isteri tergamam lalu tersenyum.

Yup, jika kita nak jadi baik dan nak benda baik, insyaAllah Allah mudahkan jalan ke arah itu.


~Syabab Musafir Kasih~


BETAPA BERATNYA MENJADI SEORANG LELAKI



Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.

WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


Mati hanya sekali
Maka Jadikannya pada jalan Allah


Ustaz Azhar - Sifat Cemburu untuk Lelaki


p/s : Unttuk Kaum Hawa Jangan Cemburu  ! ^_^

Tolong Send Report !


Step 1
http://www.facebook.com/help/contact_us.php?id=305593649477238

Step 2
kuisuke hanaqi

Step 3
zaimyamaha@yahoo.com

Step 4
http://www.facebook.com/luahan.hati

Step 5
* Immediate family (spouse, parent, sibling, child)
* Extended family (grandparent, aunt, uncle, cousin)
* Non-family (friend, co-worker, classmate)
* Other

Step 6
Password Facebook kena hack

Step 7
* Memorialize account

Step 8
Send




Kalau benar cintakan Allah


Kalau benar cintakan Allah.

Sebutlah nama Allah banyak-banyak.Allah berfirman dlm Al-Fath : 9
"Supaya kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, menguatkan agamaNya,
kepadaNya pada waktu pagi dan petang."
Bertasbih disini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan kualitiyang tinggi.
Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan.
Semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang lain kecil belaka.

Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran dan keagunganNya
dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala perbuatan dengan segala hukum-hakamNya, itulah zikir yang hakiki. Kesannya sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.

Namun, apabila Allah dilupakan, umatnya akan kurang menyebut namaNya lagi. Ketika itulah hati-hati pun akan lalai daripada merasakan kebesaran dan keagunganNya.
Akibatnya hukum-hakmNya diabaikan dalam tindakan dan perbuatan.
Apabila ini terjadi, jangan ditangisi jika Allah 'lupakan' kita.

Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa.
Ornag yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingatiNya denagn lidah, hati dan perbuatan.
Menjadi seorang muslim sahaja,(bukan muttaqin) tidak melayakkn kita mendapat jaminan bantuan daripadaNya. Siapakah kita? Muttaqin atau hanya Muslim?

TAKAZA
Takaza bukan Yakuza.
Takaza bermaksud seruan Jihad.Usaha untuk bantu agama Allah.
Jihad datang dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya bermain mata pedang dihadapan musuh Allah.

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
'Fitnah akan mendatangi hati manusia dari arah depan dan belakang seperti anyaman tikar yang bercantum antra satu dengan yang lain.Jadi, jika ada hati yang menerima mana2 fitnah, maka 1 titik hitam akan melekat dihatinya. Dan hati yang tidak menerima fitnah, 1 titik putih akan melekat dihatinya, sehinggalah akan wujud 2 jenis hati.

1-Hati yang putih seperti batu marmar yang tidak akan dimudharatkan oleh mana2 fitnah sekalipun selagimana tegaknya bumi dan langit. (kerana kekuatan imannya, tidak ada fitnah yang mampu memberi kesan kepadanya)

2- Hati yang hitam yang tak mungkin mampu bertahan. x mungkin tersisa lagi didalamnya perasaan bencikan dosa dan tidak tertinggal lagi cahaya iman .dan kerana itu dia tidak lagi mengaggap yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk.
Dan dia hanya bertindak mengikut hawa nafsunya yang sudah mendiami hatinya. (HR:Muslim)

BESARNYA CINTA NABI KEPADA UMATNYA.

Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
"Aku dan kamu diumpamakan sabagai seorang yang telah menyalakn api .lalu rama-rama dan kelkatu jatuh keatasnya dan dia menjauhkannya daripada api itu.Aku memegang pinggang2 kamu dan menyelamatkan kamu daripada api neraka, akan tetapi kemu terlepas dari tanganku.Yakni terus berjatuhan kedalam api neraka. (HR:Muslim)

Lihat, betapa perasaan belas kasihan dan keinginan yang keterlaluan yang ada dalam diri Rasululah s.a.w untuk menyelamatkan umat baginda dari api neraka.(nawawi)
Kita, dimanakah usaha kita?

Diceritakan juga peribadi nabi s.a.w,
kerana umatnya berterusan bersedih dan sentiasa berfikir, tidak langsung berasa tenang bila-bila masa pun, Baginda selalu diam dan x akan berbicara jika x perlu.
(HR:Tirmizi)

Ketika anak-anak panah kabilah Thaqif telah memusnahkan umat islam,
para sahabat telah meminta nabi mendoakan keburukan terhadap mereka.
Baginda s.a.w bersabda : Ya Allah! berilah hidayah kepada kabilah Thaqif.

Rasulullah s.a.w seringkali menadah tangan dan berdoa : Ya Allah! umatku! umatku! umatku! dan menangis kerana mengenangkan umatnya dan apa yang akan terjadi kepada mereka diakhirat nanti. Nabi berkata :
"Aku hanya akan berpuas hati bila tidak ada seorang pun dari umatku yang tinggal didalam neraka."

Pernah nabi dipinta untuk mendoakan keburukan kepada orang2 musyrik. Maka nabi telah bersabda :
'Aku tidak diutus sebagai pelaknat, aku diutus hanya sebagai rahmat.'
(HR: Muslim)

Dari 'Amr bin Auf r.a menukilkan sabdaan baginda s.a.w bahawa:
"Agama pada mulanya adalah satu perkara yang asing (dagang), kelak tidak lama lagi ia akan menjadi kembali asing seperti mula dahulu kerana itu berita gembira bagi orang2 islam kerana agama mereka dianggap sebagai terasing. Mereka itulah orang2 yang membetulakn jalanKu yang telah dirosakkan oleh orang2 selepasKu."
(HR:Tirmizi)

Sunday, April 22, 2012

Kunci ke Pintu Syurga

Assalamualaikum.

Sudah lama rsanya ana tidak membuat catatan baru d blog ana ini. Ana ingin mohon maaf juga kepada rakan-rakan yg sentiasa mengikuti perkembangan blog ana ini kerana ana jarang membuat catatan baru d blog ana ini. Ana bukannya apa setiap intipati yg terdapat d blog ana ini semuanya ana akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan rakan-rakan d blog ana ini. Diharap segala intipati yg cuba ana serapkan kepada rakan-rakan sekalian sedikit sebanyak memberikan pengetahuan, input dan juga pelajaran kepada rakan-rakan sekalian.

Pada petang yg sungguh indah ini ana cuma ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian berkenaan dengan "Kunci ke Pintu Syurga". Sebelum itu maaf dipohon terlebih dahulu kerana mungkin catatan kali ini agak panjang kerana ianya telah dihuraikan secara mendalam. Diharap rakan-rakan dapat meneliti setiap apa yg cuba ana sampaikan disini.

KUNCI PINTU SYURGA
Dan tiada ilah (yang benar) selain Dia


Pertama dan Terakhir
Ikrar bahwa tidak ada yang berhak untuk diibadahi selain Allah adalah kewajiban pertama setiap orang. Maknanya, sebelum mengikrarkan hal ini, apa pun yang dikerjakan oleh seseorang tidak ada nilainya di sisi Allah, meski ia bersedekah emas sebesar gunung Uhud. Ikrar inilah yang menjadi pembeda antara seorang muslim dengan seorang kafir.

Rasulullah saw. bersabda:
“Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai mereka mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’, maka siapa yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’ terjagalah dariku harta dan jiwanya kecuali dengan haknya. Adapun hisabnya itu urusan Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan ikrar itu pula kewajiban yang terakhir. Maknanya, saat seseorang dijemput maut, hatinya mesti dalam keadaan mengikrarkan hal ini. Jika demikian halnya ia akan mendapatkan kebahagiaan abadi, sedangkan jika sebaliknya yang didapatkannya adalah api yang menyala selama-lamanya.

Rasulullah saw. bersabda:
“Barangsiapa yang akhir ucapannya (sebelum mati) adalah ‘Laa ilaaha illallaah’ niscaya masuk surga.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Kunci Bergerigi
Ketika menjelaskan perihal hadits di atas, Imam Bukhari menyitir pernyataan Wahab bin Munabbih (34-110 H), seorang tabi’in, saat ditanya tentang ungkapan ‘Laa ilaaha illallaah’ adalah kunci surga. Wahab bin Munabbih tidak menampik pendapat itu. Beliau membenarkannya dengan memberikan catatan.

Katanya:
“Setiap kunci pastilah bergerigi khusus. Maka jika kamu membawa kunci dengan gerigi yang tepat, pintu pun terbuka untukmu, sedangkan jika gerigi kuncimu tidak tepat pintu pun tak akan terbuka.”

Berangkat dari pernyataan Wahab bin Munabbih inilah para ulama menjelaskan bahwa gerigi yang dimiliki oleh kunci surga ‘Laa ilaaha illallaah’ ada tujuh. Jika diri kita memilikinya dengan tepat, pintu surga terbuka untuk kita. Ketujuh gerigi itu adalah:

1. Ilmu

Seorang yang mengikrarkan ‘Laa ilaaha illallaah’ mestilah mengerti makna dan konsekuensi kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ yang diucapkannya. Tanpa diikuti pemahaman dan ilmu yang benar tentang makna dan konsekuensinya, ikrar seseorang takkan bermakna. Apalah makna ucapan seorang yang mabuk yang hanya memahami sebagian dari ucapannya? Atau ucapan orang tidur, bermimpi, dan ‘ngelindur’?

Allah berfirman:
“Ketahuilah bahwa tiada ilah (yang haq) selain Allah.” (QS. Muhammad: 19)

Rasulullah saw. juga bersabda:
“Barangsiapa mati sementara ia mengerti bahwa tidak ada ilah (yang haq) selain Allah, niscaya masuk surga.” (HR. Bukhari dan Muslim)

2. Yakin

Setelah mengilmui dan mengetahui makna yang terkandung dalam kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ supaya ikrarnya diterima Allah, seseorang mestilah yakin akan hal itu. Keyakinan yang tidak disertai keraguan sedikitpun.

Al-Qurthubi menyatakan:
“Pelafalan dua kalimat syahadat saja tidaklah cukup (sebagai syarat masuk surga); harus ada keyakinan hati.”

Pernyataan beliau sesuai dengan firman Allah:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yan benar.” (QS. Al-Hujurat: 15)

3. Menerima

Karena keimanan seseorang tidak berhenti pada keyakinan, maka apa pun yang ditunjukkan dan menjadi konsekuensi kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ harus diterima. Menolak satu perkara saja sama dengan menolak keseluruhannya. Yang demikian itu karena apa-apa yang ditunjukkan dan menjadi konsekuensi kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ adalah satu kesatuan yang jika dipisah-pisahkan menjadi tidak berarti.

Jika perkara yang ditunjukkan dan menjadi konsekuensi kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ berupa kabar maka wujud penerimaan kita adalah meyakini kebenarannya; jika itu sudah terjadi kita yakin bahwa itu sudah terjadi, dan jika itu belum terjadi kita pun mesti yakin bahwa itu pasti terjadi. Adapun jika perkara yang ditunjukkan dan menjadi konsekuensi kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ berupa perintah atau larangan maka kita tidak boleh meyakini kebalikannya. Yang wajib adalah yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya; yang haram adalah yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya juga.

4. Patuh

Yang dimaksud patuh di sini adalah pangkal kepatuhan atau iradah (kehendak) hati. Maksudnya: saat menghadapi ayat-ayat perintah atau larangan, tidak boleh terdetik di hati kita keengganan atau kesombongan untuk melaksanakannya. Bukankah Iblis dilaknat dan dicap kafir karena enggan dan sombong?

“Maka demi Rabb-mu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga menjadikan kamu (Nabi Muhammad saw.) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (QS. An-Nisa’: 65)

Yang perlu diperhatikan di sini adalah bahwa orang yang tidak melaksanakan perintah atau melanggar larangan belum tentu ia enggan dan sombong terhadap perintah atau larangan itu. Bisa jadi ia lalai, tidak sengaja, atau terpedaya oleh tipuan setan seperti halnya Adam yang mendekati pohon ‘terlarang’. Dan Adam tidak dilaknat dan tidak dicap kafir oleh Allah karena pelanggaran yang dilakukannya itu.

5. Sebenar-benarnya

Maksud sebenar-benarnya (shidiq) di sini adalah tidak menipu Allah (baca: menipu diri sendiri) dan tidak bermain-main dalam mengucapkan kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’. Ibnu Rajab Al-Hambali menyatakan bahwa orang yang mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’ lalu ia mentaati setan dan hawa nafsunya dalam bermaksiat kepada Allah dan menyelisihinya, sama saja ia telah bermain-main dengan ucapannya. Perbuatannya mendustai ucapannya.

Allah berfirman:
“Di antara manusia ada yang mengatakan, ‘Kami beriman kepada Allah dan Hari Kemudian’ padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu diri sendiri sedang mereka tidak sadar.” (QS. Al-Baqarah: 8-9)

6. Ikhlas

Ikhlas artinya memurnikan setiap perkataan dan perbuatan hanya karena Allah. Maknanya, apa pun perkataan dan perbuatan yang menjadi konsekuensi dari kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’ mesti dihadirkan karena Allah, bukan selain-Nya. Yang demikian itu karena suatu perkataan atau perbuatan tidak akan diterima oleh Allah jika diikuti dengan riya’ atau sum’ah.

Dalam sebuah hadits qudsi, Allah swt. berfirman:
“Barangsiapa mengerjakan suatu amalan hal mana ia menyekutukan-Ku dengan selain-Ku dalam amalan itu, niscaya aku tinggalkan ia dan sekutunya.” (HR. Muslim)

7. Cinta

Yang dimaksud cinta di sini adalah mencintai kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’, semua konsekuensinya, dan mencintai orang-orang yang komitmen kepadanya. Kemudian membenci dan memusuhi apa saja yang bertentangan dengan kalimat ‘Laa ilaaha illallaah’. Begitu pun dengan orang-orang yang menentangnya.

Allah berfirman:
“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.” (QS. Al-Baqarah: 165)

Mengertikah Para Sahabat?

Kadang muncul pertanyaan, apakah para sahabat dulu juga mengerti bahwa gerigi kunci ini ada tujuh? Bagi yang mengerti bagaimana kodifikasi suatu ilmu itu hadir mestinya tidak kesulitan menjawab pertanyaan ini. Sebab, adanya para ulama menyatakan bahwa gerigi kunci ini ada tujuh adalah karena mereka mengkaji bagaimana kehidupan para sahabat; dan mereka mendapati bahwa meski para sahabat tidak tahu gerigi yang tujuh itu tetapi kehidupan mereka mencerminkan bahwa ketujuh gerigi itu sudah mendarah daging dengan mereka.


Wallahu a’lam.

LELAKI YANG DISUKAI OLEH WANITA SECARA UMUM




§  Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah-laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.
§  Lelaki yang berharga. Lelaki yanq tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
§  Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata.  Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
§  Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
 
§  Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
 
§  Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
 
§  Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak serara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.


APAKAH RAHSIA DI SEBALIK RAMBUT ANDA



SETIAP orang sama ada lelaki atau perempuan mahukan rambut yang menarik dan menawan hati sesiapa yang memandang.  Sebab itulah di zarnan moden dan canggih ini, berbagai-bagai jenis dan jenama syampu telah direka khas untuk membolehkan rambut dapat dijaga dan dirawat dengan rapi.  Agar kelihatan menarik dan berseri?
Perlu diingat, rambut yang berseri dan menawan bukanlah hanya dengan mejaga melalui perawatan kecantikan sahaja.  Bahkan dara seseorang itu juga memainkan peranan penting dalam memberikan bentuk rambut yang cantik. Sebab itulah kalau kita lihat seseorang gadis yang masih suci rambutnya akan kelihatan lebih menarik, tidak kasar atau kadangkala seperti tidak bermaya.  Bagi mengatasi rambut anda tidak disentuh oleh lelaki perlulah anda tudung kerana selain daripada rambut anda menjadi tumpuan dan daya tarik pandangan lelaki dari segi kesihatan, rambut yang terkawal daripada habuk, dan segala benda yang terbang dan hinggap di rambut anda akan dapat dielakkan sama sekali.
Sebab itulah rambut yang sering ditutup, apabila dibuka akan kelihatan kemas dan menarik. Satu lagi kelemahan yang terdapat jika anda memdedahkan rambut anda dan terbiar begitu sahaja walaupun anda menjaganya setiap hari dengan berbagai rawatan ialah kulit kepala anda akan diserang kelimumur.
Berdasarkan kajian rambut yang menarik, adalah rambut yang sering dibalut dengan apa juga peralatan. Sebab itu Islam mewajibkan perempuan memakai tudung bukan saja bertujuan untuk menutup salah satu aurat anda, malah ianya menjamin kesihatan rambut dan kulit kepala anda daripada sebarang gejala penyakit.
Disamping menjaga diri daripada pandangan tidak sopan dan gangguan seksual lelaki anda perlu memastikan yang rambut anda itu akan menjadi satu daripada mahkota kecantikan yang azali.
Untuk pengetahuan anda seorang perempuan yang sudah berumahtangga jika  suaminya sering membelai rambut isterinya maka anda akan kelihatan lebih jelita.  Selain daripada itu isteri atau perempuan yang sering menerima belaian pada rambut akan kelihatan lebih muda dan sentiasa berseri.
Sewajarnya perilaku yang pernah anda lakukan sewaktu di alam percintaan sebelum berumah tangga, iaitu membelai rambut pasangan anda, hendaklah diteruskan cara itu kerana ianya mampu mengekalkan keharmonian rumahtangga anda. Tetapi jarang benar kita lihat pasangan yang sudah berkahwm mahu melakukan belaian pada rambut isteri seperti di alam percintaan.
Rambut adalah aurat yang senang dikesan bahawa pemiliknya sudah tiada dara.  Ini dapat dibuktikan jika setiap kali seseorang perempuan yang akan diijab kan akan melalui proses mengandam.  Dalam proses mengandam ini selalunya akan adanya suatu acara memotong dan rnencukur anak rambut yang tumbuh di dahi, tengkuk dan di sebelah kiri dan kanan telinga.  Rambut ini dikenali sebagai rambut dara.
Walaupun anda pernah mencukur dan menggunting anak rambut ini, seorang gadis yang masih suci akan dapat diketahui kesuciannya melalui proses mencukur anak rambut oleh Mak Andam.  Untuk tujuan memastikan anak rambut ini mampu membuktikan si gadis itu masih suci (dara) atau tidak ianya memerlukan sebiji kelapa muda yang ditebuk dan mengandungi air. Rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam air kelapa muda ini.  Jika anak rambut terapung sahaja dipermukaan air kelapa, ini bererti si gadis itu masih perawan.  Tetapi jika sebahagian atau kesemua rambut itu tenggelam ini bererti si gadis itu sudah tiada perawannya.
Melalui proses inilah, kadangkala kita selalu mendengar ada Mak Andam yang tidak boleh menyirnpan rahsia tentang pasangan pengantin yang mereka andamkan. Awas!!  Ini bukan salah mereka, anda tidak perlu risau sewaktu anda akan melangsungkan perkahwinan kelak. Kesilapan yang lepas boleh diubah dengan berbagai-bagai cara jika anda fikirkan untuk kebaikan diri anda sendiri.
Selain daripada itu, rambut juga boleh membuktikan seorang gadis itu sudah hilang dara atau masih suci.  Seperti kebiasaan jika kita bersiar-siar dan dihadapan kita, berjalan seorang perempuan yang kita tidak kenal siapa dirinya.  Sama ada dia adalah isteri orang atau masih gadis lagi atau janda.  Rambut seorang gadis adalah terlalu lembut, jika ditiup angin rambutnya akan mengerbang dan kembali ketempat asalnya.  Sebaliknya rambut seseorang yang sudah berkahwin akan kelihatan sukar untuk kembali ke dudukan asalnya setelah ditiup angin.
Mungkin terdapat juga rambut seorang perempuan yang sudah berkahwin seperti masih anak gadis dan berseri. Ini berlaku, kerana walaupun perempuan itu telah berkahwin, sebelum perkahwinannya, dia tidak pernah melakukan perbuatan sumbang atau berasmara walaupun dengan bakal suaminya *(di alam pertunangan). Lantaran daripada sikapnya yang menjaga kesucian diri sehingga di malam pertama, Tuhan telah mengurniakan suatu daya penarik kejelitaan pada wajahnya.  Untuk makluman anda persetubuhan malam pertama oleh seorang gadis yang terlalu suci dengan seorang lelaki yang juga teruna akan menyerikan hidup mereka bukan sahaja keperibadiannya malah segala-galanya temasuklah susuk tubuh badannya.  Sebab itulah berbagai-bagai petua orang tua-tua yang perlu kita lakukan di malam pertama sebelum melakukan persetubuhan dan selepas melakukan persetubuhan tetapi dengan syarat pasangan itu adalah pasangan yang bersih dari segala dosa maksiat sebelum berkahwin.
Berbalik soal rambut boleh membuktikan samada kegadisan seseorang itu telah hilang atau masih suci, ingin saya terangkan satu petua yang mudah untuk sama-sama kita gunakan sebagai pedoman mencari kebaikan. Rambut seseorang  gadis yang masih suci selalunya tidak kelihatan begitu menarik dengan mereka yang biasa menerima belaian pada rambut daripada lelaki.  Kenapa saya katakan begitu, ianya disebabkan anak gadis remaja yang mula pandai berdandan, bijak tentang pentingnya rambut sebagai daya tarik kepada lelaki.
Lantaran daripada itu, mereka tidak bersedia menguruskan rambut mereka agar kelihatan lebih berseri dan menarik. Sebaliknya jika kita lihat rambut anak gadis kelihatan menarik dan berseri kerana sentiasa disikat rapi ialah kerana dia sudah mengetahui rahsia rambutnya yang sering menjadi pujian kaum lelaki atau sekurang-kurangnya teman lelakinya yang kerap kali bertemu dengannya membelai dan memuji rambutnya.
Ini adalah satu faktor atau asas yang membolehkan anda terutama lelaki yang ingin mengenali sifat seorang gadis.  Jika kali pertama anda mengadakan temu janji untuk bersiar--siar di hujung minggu dengan si gadis yang baru anda kenali, maka terjadilah titik permulaan untuk memuji kecantikan si gadis yang anda bawa bersiar-siar itu.  Pastikan yang anda sentiasa memuji kerapian rambutnya.  Si gadis akan berkata yang rambutnya sudah tidak bermaya lagi kerana kadang-kala diserang kelemumur atau lain-lain penyakit yang bersangkutan dengan kesuburan rambutnya.  Waktu itu si gadis akan memegang dan membelai rambutnya berkah-kali. Ini bukan bermaksud dia prihatin terhadap penjagaan rambutnya, sebaliknya inilah peluang bagi anda yang diberikannya untuk anda membelai rambutnya.  Si gadis tidak akan marah jika anda menyentuh rambutnya walau dibelai dengan lebih mesra.  Pada kebiasaanya gadis yang sudah biasa menerima belaian rambut dari lelaki apabila bertemu dengan lelaki lain dia tidak segan-silu untuk membenarkan rambutnya juga dibelai oleh anda (tidak kira lelaki itu baru dikenali).  Tetapi tidak semua gadis yang mudah anda belai rambutnya bererti dia sudah tiada dara.  Kemungkinan si gadis ini memang manja dan suka dengan belaian lelaki tetapi tidak hingga ketahap hubungan seks.
Kebanyakan gadis yang tiada dara boleh dikenali melalui rambutnya ialah dengan meneliti sewaktu anda berpeluang membelai rambutnya.  Rambut anak gadis yang sudah tiada dara, biasanya akan kelihatan lesu dan tidak bermaya.  Ini berlaku kerana setiap persetubuhan yang mereka lakukan tidak direstui Tuhan. Setiap perkara yang tidak direstui oleh Tuhan, maka balasannya ialah kehinaan belaka.  Maka hilang serinya rambut seorang gadis itu adalah berpunca daripada perbuatan yang hina ini.
Terdapat juga rambut yang lesu akibat daripada kesihatan seseorang gadis itu.  Tetapi kelesuan rambut si gadis yang bemasalah kesihatan ini selalunya masih ada serinya apabila diteliti dengan rapi lagi.  Selalunya anak gadis yang masih suci tidak merelakan rambutnya disentuh oleh lelaki bukan muhrimnya.
Adalah baik bagi seorang gadis itu menutup rapat rambutnya kerana ia adalah aurat yang perlu dilindungi dari pandangan lelaki yang melihatnya. 
Waspadalah  .......


‘Bernafsu’ untuk bekerja



Petua Tan Sri Harun Hashim

            Dalam satu majlis makan malam bersama AlmarhumTan Sri Harun Hashim di Universiti Islam Antarabangsa, seorang pelajar muda bertanyakan kepada beliau apakah rahsia dalam kerjayanya selama ini. Tan Sri mempunyai rekod kerja yang cemerlang, pengasas dan Ketua Pengarah BPR yang pertama, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Pensyarah Kanan UIAM, Timbalan Pesuruhjaya SUHAKAM, dan banyak lagi jawatan-jawatan penting yang dipegang. Mendengar pertanyaan itu, beliau pun menjawab;

            “Rahsianya mudah. Setiap kali saya diberi tanggungjawab untuk melakukan sesuatu, saya akan ‘bernafsu’ untuk melakukannya”. Beliau memandang sambil tersenyum.

            Adakah anda sudah cukup ‘bernafsu’ dalam pekerjaan anda selama ini? Ataupun anda bekerja sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ sahaja? Jika anda ingin berjaya, dengarlah nasihat ini; lakukanlah pekerjaan anda setiap hari dengan penuh ‘bernafsu’. Lakukanlah dengan penuh minat, dan tumpuan yang sepenuh. Tetapkan sasaran yang terbaik dan buatlah yang terbaik untuk mencapai matlamat itu. Insya Allah jika anda berjaya menjadi sedemikian, anda tidak ada alasan lagi untuk tidak berjaya.

            Nafsu manusia perlulah dikawal dengan ajaran agama dan keimanan yang tinggi. Tetapi nafsu kerja bukanlah seperti nafsu-nafsu kebinatangan itu. ‘Nafsu kerja’ adalah semangat dan keinginan yang teramat sangat untuk melihat kejayaan serta kecemerlangan berada di hadapan anda. Ia hanyalah satu istilah untuk menunjukkan bagaimana seseorang itu bersungguh-sungguh dan tekun dalam setiap pekerjaannya.

‘Nafsu kerja’ menolak kekurangan yang ada

            Orang yang ‘bernafsu’ dalam bekerja tidak akan risau dengan apa yang dia miliki sekarang. Apa yang penting ialah; perkara yang dibuat dan matlamat yang diinginkan. Rasulullah seorang anak yatim piatu, menjadi penggembala kambing, tidak tahu membaca dan hidup serba kekurangan. Tetapi akhirnya beliaulah yang menjadi rahmat umat seluruh alam. Ajaran wahyu yang dibawanya menjadi asas tamadun yang kita ada sekarang.

Lihat sahaja Abraham Lincoln, Presiden Amerika yang disegani adalah datang dari keluarga yang miskin. Begitu juga Ulysses Grant yang pada mulanya gagal sebagai ahli perniagaan, kemudiannya menjadi pemotong kayu, tetapi akhirnya menjadi Jeneral Tertinggi dalam Perang Saudara Amerika.

            Julius Caesar seorang pengidap penyakit sawan, tetapi tetap berjaya membina sebuah empayar yang besar di Eropah. King Camp Gillete ketika berusia 17 tahun hidup sehelai sepinggang apabila rumah ayahnya hangus dijilat api. Micheal Faraday dilahirkan di dalam kandang dan merupakan seorang tukang besi; tetapi akhirnya menjadi saintis dalam bidang elektrik. Beethoven, seorang komposer seni, merupakan seorang yang pekak. Audubon menulis karya “Paradise Lost” setelah dia menjadi buta.

            Joan of Arc, adalah seorang gadis petani yang buta huruf dan sangat miskin akhirnya menjadi wira penyelemat Perancis dalam Perang 100 tahun. Presiden Franklin D Roosevelt menjadi Presiden Amerika walaupun dilahirkan dalam keadaan lumpuh.

‘Nafsu kerja’ menolak kekalahan

            Jika anda mempunyai ‘nafsu bekerja’, anda tidak akan berasa lemah semangat dan tidak akan takut akan kekalahan. Walaupun Nabi Muhammad ditentang oleh bapa saudara dan dituduh gila, beliau tetap teguh mengembangkan ajaran Islam yang suci itu. Walaupun isteri kesayangannya Siti Khadijah, dan bapa saudaranya AbuTalib meninggal dunia dalam tahun yang sama, beliau tidak pernah patah semangat dan meneruskan kerja-kerja dakwahnya.

Lihat pula Thomas Alva Edison. Oleh kerana ‘bernafsu’ untuk mencipta bateri nikel-besi-kadmium, beliau sanggup menghabiskan masa sepuluh tahun untuk itu. Untuk mencari tumbuhan yang mengeluarkan banyak lateks, beliau melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan  dan hanya SATU jenis tumbuhan sahaja yang digunakan. Beliau juga membuat 10,000 eksperimen sebelum boleh mencipta mentol lampu pertama dunia.

‘Nafsu kerja’ tidak pernah kenal penat atau lelah

            Orang yang mempunyai ‘nafsu kerja’ juga tidak pernah mengenal penat. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Perjanjian Versailles diadakan. Ada seorang yang sangat disegani pada ketika itu, iaitu Clemenceau, ‘Si Harimau Perancis’. Walhal umurnya pada ketika itu sudah pun mencecah 75 tahun!

            Vanderbilt membina dan merangka sebahagian besar daripada landasan keretapinya ketika berusia lebih 70 tahun. Kant menulis kebanyakan daripada karya falsafah dalam usia 75 tahun. Monet, pelukis terkenal Perancis masih menulis ketika berumur 86 tahun. Van Humbolt mula menulis karyanya yang terkenal, ‘Kosmas’ ketika berusia 66 tahun, dan hanya siap ketika berusia 90 tahun!. Victor Hugo menghasilkan karya ‘Torquemada’ ketika berusia 80 tahun. Titian yang melukis ‘Battle of Lepato’ yang terkenal ketika berumur 98 tahun!
 ++++++++++++++

Motivasi dalam diri anda::Motivasi dalam diri anda::
Motivasi dalam diri anda::
Motivasi dalam diri anda::
Motivasi dalam diri anda::
Motivasi dalam diri anda::

ALLAH DIDAHULUKAN ,RASULULLAH DIUTAMAKAN


Saturday, April 21, 2012

Kahwin Semasa Belajar ?


“Ustaz, saya buntu memikirkan bagaimanakah caranya untuk melembutkan hati bapa saya yang degil, enggan membenarkan saya berkahwin semasa belajar. Sedangkan kami sudah bersedia dan ayah pun ilmu agamanya bukan gitu-gitu,” keluh seorang pelajar kepada saya.

“Pujuk dulu. Kalau ayah tak setuju, berhenti sebulan dua. Kemudian tanya lagi,”, saya memberikan cadangan.

“Kalau tak setuju juga?” soalnya.

“Berhenti dua tiga bulan, kemudian tanya lagi,” saya meneruskan ‘nasihat’.

“Kalau macam itu, sempatlah saya habis belajar dibuatnya!” rungut pelajar itu, bosan dengan nasihat saya.

“Baguslah. Itulah trick ustaz!” saya ketawa.

MALAS

“Ustaz macam malas nak beri nasihat sahaja gayanya,” duga beliau.

“Memang malas pun. Banyak kali sangat cerita yang sama. Kenapa tiba-tiba sahaja ramai yang kahwin awal masa belajar setahun dua ni?” saya berterus terang.

“Eh, kenapa pula? Ustaz tak setuju ke pelajar kahwin awal? Bukan sunnah ke kahwin awal ni?” tanya beliau. Nadanya seperti tidak berpuas hati.

“Kahwin itu sunnah. Kahwin awal itu, terserah. Mungkin bagus mungkin tidak. Bergantung kepada keadaan,” saya melangsaikan penjelasan.

Beliau terdiam.

Mungkin faham dengan kebosanan saya untuk menyambung bicara tentang isu ini.

Saya tidak pernah menafikan faedah berkahwin awal. Banyak bagusnya.

Cepat dapat sakinah.

Cepat serba serbinya.

PILIHAN PERIBADI

Tetapi jika saya diberi pilihan, berkahwin semasa belajar dan berkahwin selepas habis belajar, tanpa ada apa-apa situasi yang mendesak, maka saya akan memilih dan mencadangkan pilihan berkahwin selepas habis belajar.

“Wah, kenapa pula ustaz?” tanya seorang sahabat ketika saya berprogram di luar negara.

“Idea ini kontroversi. Dan ia khusus untuk pelajar di luar negara macam kalian sahaja. Dalam negara, ustaz tak komen apa-apa setakat ini,” saya menjawab.

“Idea apa?” soal beliau lagi. Bersemangat sekali mahu mendapatkan jawapan.

“Kahwin awal ini boleh menjadikan kita lembab!” saya memberikan kenyataan.

“Haaa! Ini sudah jadi panas ni ustaz. Kahwin melembabkan? Kali pertama saya dengar. Ramai yang marah nanti ni,” katanya.

“Itu laaa. Tanya lagi. Sebenarnya hal ini berbalik kepada nature seseorang,” saya menyambung jawapan.

“Nature yang bagaimana, ustaz?” soalnya lagi.

“Kalau dia seorang yang tidak adventurous, maka eloklah kahwin awal. Daripada melangut, termenung, mengulang rutin setiap kali musim belajar dan musim cuti, elok benarlah dia berkahwin. Tapi kalian duduk di luar negara, banyak perkara yang boleh diteroka, tengok dunia, pergi merantau, cabar diri! Kalau sudah berumahtangga, apatah lagi sudah beranak pinak, maka sulit sekali untuk semua benda ini nak dibuat,” saya meneruskan jawapan.

Beliau mengangguk. Rakan-rakan yang lain pun tersenyum.

Diskusi panas bersama Amad di pagi itu!

PELUANG SEKALI SEUMUR HIDUP

Peluang belajar di luar negara bukan semua orang berpeluang merasainya. Malah jika belajar di dalam negara sekali pun, peluang menuntut di Menara Gading bukan peluang yang sebarangan. Usia awal 20′an ini adalah peluang yang besar untuk kita mencabar diri. Meneroka dan mencari pengalaman kehidupan.

Itu menjadi sebab utama, mengapa saya tidak langsung mempertimbangkan idea berkahwin semasa belajar.

Bukan tidak terusik hati ini, melihat seorang demi seorang teman berumahtangga. Tambah-tambah pula di musim cuti musim panas. Arab kahwin, Melayu kahwin, semua kahwin. Minggu ini makan mansaf, minggu depan nasi beriyani dengan ayam masak merah!

Tetapi pilihan berkahwin semasa belajar, bukan untuk saya.

Ya, memang zaman belajar adalah untuk belajar. Tetapi definisi belajar itu luas. Bagi yang meletakkan pembelajarannya adalah terfokus kepada kuliah dan pengajian yang formal sahaja, maka fokuslah kepada semua itu dan berkahwin semasa belajar mungkin bisa menambah keelokan hidup belajar begitu.

Namun bagi manusia ‘bertahi lalat’ di tapak kaki seperti saya, zaman belajar itu adalah satu-satunya peluang untuk saya meluaskan horizon kehidupan. Mengembara dengan bebas ke mana-mana sahaja, secara spontan, dengan belanja yang kecil, bukan untuk melancong, tetapi untuk belajar tentang kehidupan.

Segala pengalaman yang saya perolehi dari kembara itulah yang menjadikan saya sebagai SAYA pada har ini. Saifulislam.Com yang saya coretkan hampir satu artikel sehari di musim-musim puncaknya, juga adalah hasil KEMBARA itu. Dan saya tidak dapat membayangkan kembara untuk misi dan visi begitu berlangsung dalam keadaan saya berkahwin dan beranak pinak.

Kerana sifat adventurous yang sama itu jugalah saya terpelanting ke bumi Eropah. Di sana, kebebasan semasa belum berumahtangga itu saya gunakan sepenuhnya untuk memberi dan menerima pada kehidupan di perantauan yang pengalamannya tidak mungkin dapat dibayar dengan wang ringgit.

SARANAN MENGEMBARA

Aktiviti mengembara dianggap sebagai suatu bentuk pembelajaran yang sangat tinggi nilainya bagi sesetengah orang. Kembara itulah yang membuka matanya, membuka tempurung fikirannya, dan belajar mengenal manusia sebagai sasaran ilmu dan teori. Mengenal manusia bukan boleh sekadar membacanya di kertas, sebaliknya ia menuntut pergaulan, interaksi, komunikasi, menikmati kemanisannya, dan menyabarkan diri terhadap kesakitan akibatnya.

Mengembara itu saranan Allah:



Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang silam; kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik” [al-Room 30: 42]

Saranan yang sama disebut berulang kali oleh Allah SWT di dalam surah aal-’Imraan [3: 137], al-An’aam [6: 11], al-Nahl [16: 36], al-Naml [27: 69] dan al-’Ankaboot [29: 20]. Para Nabi dan Rasul mengembara, para sahabat Nabi SAW juga bertebaran di serata dunia, alim ulama’ mengembara dan sekalian mereka yang hidupnya ada visi dan misi besar, akan mengembara.

Kembara itu tidak terikat kepada idea merentas sempadan. Mengembara itu adalah perjalanan seorang manusia yang keluar dari zon selesa kepada zon cabaran, keluar daripada kebiasaan kepada dunia baru, keluar dari rutin seharian, kepada mencari mutiara hikmah daripada sebuah kehidupan, dan semua itu sangat sinonim dengan penuntut ilmu zaman berzaman.

BAGI YANG TIDAK

Namun, tetap aktiviti mengembara itu hanya menjadi keghairahan segelintir kita. Justeru bagi segelintir yang lain, mengembara diterjemahkan sebagai membuang masa dan harta, lagha dan tiada kepentingannya.

Terpulang…

Akan tetapi, biar pun seseorang itu tidak mengembara di usia mudanya, dia mempunyai pelbagai aktiviti berkaitan dakwah, tarbiyah, menuntut ilmu dan 1001 cabang-cabang aktivisma siang dan malam yang wajar dimanfaatkan sebanyak-banyaknya. Justeru, menangguhkan seketika plan untuk berkahwin muda, tidak merugikan apa-apa.  Ia bukan soal halal haram, tetapi soal mencari yang terbaik dalam hidup.

Tambahan pula dengan demonstrasi ketidak matangan yang dipamerkan oleh segelintir mereka yang merancang untuk berkahwin muda ini tatkala menyatakan keinginan mereka. Tidak berani bersemuka dengan ibu bapa, baru sekali cuba sudah kecewa dan berputus asa, yang mana semua ini menunjukkan kelemahan jati diri yang perlu dirawat sebelum menggalas tanggungjawab perkahwinan. Rawatan itu sebahagiannya berkait rapat dengan pendedahan diri kepada realiti kehidupan.

Mengembara dan beraktivisma adalah salah satu wasilah besarnya.

SUDAH BERSEDIA

Ketika saya mengambil keputusan untuk berumahtangga, salah satu perkara yang menjadi pertimbangan saya adalah pada kesediaan diri untuk menamatkan kembara.

Bersediakah saya?

Sudah puaskah saya berkelana?

Di pertengahan usia 20′an, beberapa kejayaan hidup yang saya capai selepas 1001 mehnah kehidupan, terasa hambar apabila kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama. Sebagaimana manusia paling jahat dihukum penjara agar terseksa oleh sebuah kesunyian, perasaan sunyi itulah yang menggerakkan diri saya untuk mencari teman pelengkap hidup.

Berkahwin, adalah titik pengubah corak hidup saya.

Memang benar langkah kaki menjadi pendek, kebebasan bergerak dan membuat keputusan spontan sudah tidak mungkin berulang lagi. Tetapi ketika itu, ‘batasan’ yang terbentuk mengiringi sebuah komitmen kepada perkahwinan, bukan lagi menjadi sesuatu kekurangan kerana segalanya sudah tiba pada masanya.

Apa yang ingin saya cari, telah saya cari.

Berumahtangga adalah fasa baru untuk peningkatan hidup dan diri.

Lepas kahwin pun masih boleh menulis Diari Kembara, cuma lain sedikit catatannya

Di sinilah saya katakan, bahawa jika seseorang itu ada keinginan untuk adventurous di dalam diri, maka berkahwin semasa belajar sesungguhnya akan menjadikan kita lembab. Tetapi jika seseorang itu secara peribadinya adalah seorang yang tidak menjadikan pendedahan diri kepada dunia luar sebagai salah satu agenda yang ada kepentingannya kepada diri, maka keseluruhan artikel ini tidak relevan buatnya.

“Lepas berkahwin pun boleh juga terus aktif, ustaz!” seorang pelajar mencabar teori saya.

“Hai, baru sahaja kita ‘mengumpat’ tentang sahabat-sahabat yang baru berkahwin ni, susah benar nak panggil mesyuarat, kan?” saya mengusik.

Semua ketawa. Bukan mengumpat, tetapi cuba mencari punca.

“Lagi pun, kalau nak travel, kena fikir tiket pasangan, apatah lagi campur anak-anak. Sekali travel, beribu-ribu ringgit jawabnya”, saya menambah.

“Apalah sangat travel tu, nak dibandingkan dengan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata!” katanya penuh semangat.

“Idea ana hanya untuk mereka yang sanggup menangguhkan nikmat beristeri dan menimang cahaya mata itu dari mengecapinya pada awal 20′an kepada pertengahan 20′an, kerana ada visi dan misi tertentu”, saya mengulangi pra syarat diskusi tadi.

“Jadi, kesimpulan ustaz, berkahwin awal ini melembabkan orang macam ustaz betul tak?” katanya penuh berani.

“Haha. Betul! Cuma, apa yang dikatakan sebagai ‘orang macam ustaz’ tu, terserah kepada anta mendefinisikannya,” saya mengakhiri perbualan.

NASIHAT PERIBADI

Nasihat peribadi saya kepada adik-adik di bangku pengajian, terutamanya buat mereka yang menuntut di luar negara, gunakanlah peluang semasa belajar ini untuk meneroka kehidupan habis-habisan. Mengembara, mencari pelajaran dari sebuah pengalaman, keluar dari kelompok sebangsa seagama untuk mempelajari realiti, lakukan semua ini pada setiap detik dan masa yang terhad itu.

Justeru, selesaikanlah dulu pengajian sebelum bernikah. Dengan ibu bapa pun mudah cerita, prospek diri sebagai manusia da’i juga banyak kelebihannya.

Mungkin dengan lima tahun penangguhan keinginan berumahtangga itu, membolehkan anda menawarkan lebih banyak bahan perkongsian berupa pengalaman dan kebaikan buat diri, keluarga, masyarakat dan ummah.

Apa yang penting, jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.

Berkahwin jangan kerana terikut-ikut.

Taqlid buta dalam beragama mengundang binasa, taqlid buta dalam berumahtangga juga mengundang bencana.

ANUGERAH ANDA DI AKHIRAT


 1. MENINGGALKAN Sholat – ULAR SAQAR sedang menunggu
2. MELEWAT-LEWATKAN Sholat – NERAKA WAIL sedang menganga
3. MERINGAN-RINGANKAN syariat – Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar
4. MENGUMPAT peribadi orang – GUNTING neraka sedang diasah
5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah – DURI-DURI menanti anda di taman neraka
6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan
7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu
8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka
9.Meringankan AMANAH – Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka
10.BERSANGKA BURUK – AMALAN BAIK diambil orang