"Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik
parasnya." (Al-Waqi’ah:22)
"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari
yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah
disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin." (Ar-Rahman:56)
"Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata
delima dan marjan." (Ar-Rahman:58)
"Dalam Syurga itu terdapat (bidadari-bidadari) yang
baik akhlaknya, lagi cantik parasnya." (Ar-Rahman:70)
“Bidadari-bidadari yang jelita, putih bersih, yang tinggal
tetap di tempat tinggal masing-masing.” (Ar-Rahman:72)
"Bidadari-bidadari itu tidak pernah disentuh sebelum
mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin." (Ar-Rahman:74)
“KAMI kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik
bermata jeli.” (At-Thur:20)
"Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang
pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya
umurnya." (Sad:52)
"Demikianlah keadaannya, dan KAMI jadikan teman mereka,
bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi cantik matanya." (Ad-Dukhan:54)
"Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang
tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah
matanya." (As-Saffat:48)
"Sesungguhnya KAMI telah menciptakan mereka
(bidadari-bidadari) dengan ciptaan istimewa, Dan kami jadikan mereka perawan
(yang tidak pernah disentuh oleh sesiapa). Penuh cinta dan sebaya umurnya.”
(Al-Waqi’ah: 35-37)
"Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang
lebih baik daripada semuanya itu ? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa
disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga
pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan
dari Allah." (Al-Imran:15)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan,
iaitu kebun-kebun dan buah anggur dan bidadari yang sebaya umurnya.” (an-Naba’:
31-33)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza
wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang
tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak
pernah terlintas oleh fikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk
syurga adalah dengan wajah bercahaya macam bulan di malam purnama. Rombongan
berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau
di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, di mana
sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti
tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari
menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (HR.
Bukhari)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin
melihat wajahnya di pipi bidadari yang licin itu.” (HR. Al-Baihaqi dan
Al-Hakim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika
sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi
seluruh timur dan barat.” (HR. Ath-Thabrani)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari
syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi
antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak.” (HR. Bukhari dan
Muslim)
Dari Anas ra, Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya bidadari
nanti akan menyanyi di syurga, bidadari yang cantik disembuyikan khusus untuk
suami-suami yang mulia.” (Shahih al-Jami’: 1602)
Dari Abdullah ibnu Mas’ud ra, Nabi saw. bersabda, “Kelompok
pertama kali yang masuk syurga, wajah mereka bercahaya bagai bulan di malam
purnama. Kelompok kedua seperti bintang kejora yang terbaik di langit. Bagi
setiap orang dari ahli syurga itu diberi dua bidadari syurga. Pada setiap
bidadari ada 70 perhiasan. Sumsum kakinya dapat terlihat dari balik daging dan
perhiasannya, sebagaimana minuman merah dapat dilihat di gelas putih.” (HR.
Thabrani dengan sanad shahih, dan Baihaqi dengan sanad hasan. Hadits hasan,
shahih lighairi: Shahih al-Targhib: 3745)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril
mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh
bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah
akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan
memadamkan sinar matahari dan bulan?” (HR. Thabrani)
Wallahu 'alam.