I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 29, 2011

Titipan Cinta


Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.
kata-kata cinta
Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.




Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita

Wednesday, December 28, 2011

Cintaku Padamu Tanpa Sebab!


Gadis: Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?
Jejaka: Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!
Gadis: Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
Jejaka: Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!
Gadis: Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?
burung merpati cinta
Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata..
Jejaka: Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!
Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.
Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..
“Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara.
Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.
Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.. Sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya.
“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

Thursday, December 15, 2011

JIKA AKU JATUH HATI


Ya Allah pertemukan jodoh aku dengannya ...Jika dia bukan jodoh aku,engkau bawalah ia jauh daripada pandangan hatiku, Jika dia adalah jodoh aku engkau kekalkan hubungan ini sehingga hati ini menjadi satu ...Ya Allah aku amat menyintainya ... Walaupun cinta abadi itu hanyalah Cinta Kepada Allah ...tetapi ini adalah cinta sesama manusia yg ditakdirkan untuk hidup berpasangan .... aku seorang hamba yang lemah ...menginginkan pasangan yang Solehah dan beriman kepada-Mu ...


Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling
daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….


p/s : sekali aku sayang ...sampai bile2 aku tetap sayang

Wednesday, December 14, 2011

Adakah Ini Cinta atau Sekadar Suka, Minat, Sayang?


Kita tak pernah terlepas dari perasaan untuk menyayangi dan disayangi sesama sendiri. Kita sebagai manusia memang dilahirkan dengan fitrah untuk berkasih sayang. Sikap kasih sayang amatlah meluas. Bukan hanya kasih sayang bersama pasangan kekasih. Kasih sayang pada keluarga, kawan-kawan malahan kepada haiwan. Kali ini zack tertarik untuk bincangkan isu antara cinta, sayang, suka dan minat. Adakah ia berbeza atau sama? Sudah tentulah berbeza kan. So, apakah beza antara cinta, sayang, suka dan minat ni?
SUKA ialah perasaan sukakan seseorang. Apabila kita bersama dengan dia kita rasa hidup ceria je dengan gelak ketawa. Kita suka sebab sifat atau perangai si dia yang ceria dan happy-go-lucky. Tapi kalau kita tak berjumpa dengan dia dalam satu tempoh yang lama. Kita still rasa cool tanpa perasaan rindu atau gelisah hati.


CINTA ialah merupakan cetusan perasaan atau emosi kepada sesuatu. Ianya perasaan cinta kita pada seseorang di mana kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, sebolehnya kita nak si dia tahu dan kita sedaya upaya tak nak melukai hati si dia yang tersayang walaupun kadang-kadang tanpa kita sedari kita dah melukai hati dan perasaannya. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Perasaan cinta yang tulus tidak akan mengharapkan apa-apa balasan.
Bezanya antara suka dan cinta. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
SAYANG ialah perasaan sayang di mana kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Kebiasaannya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi pendengar setia kepada masalah kita. Yang sentiasa berada disisi kita seperti seorang kawan baik.
MINAT ialah sesuatu yang ada pada seseorang seperti sifat, peribadi, aura atau lain-lain yang membuatkan kita minat pada dia dan untuk mendekatinya. Contoh macam kita minat artis perempuan seperti Shila Amzah. Maybe kita minat pada rupa paras yang Cantik atau suara yang merdu yang menyebabkan kita tertarik untuk mendekatinya. Tapi kita hanya sekadar minat pada rupa dia bukannya jatuh cinta, sayang atau suka.
Tanpa adanya perasaaan minat, suka dan sayang.. Maka tidak akan lahirnya perasaan CINTA pada seseorang itu kerana semua perasaan minat, suka dan sayang itu pelengkap kepada perasaaan cinta. Tepuk dada tanya hati mana satu perasaan korang yang sebenarnya. Jangan terus keliru. Tapi walau sedalam mana pun sayang korang pada seseorang, sayangilah diri korang terlebih dahulu. Ingatlah segala batasan dalam percintaan. Bertindak la seiring dengan akal bukan dengan hati dan perasaan semata-mata (^-^) .