I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 29, 2011

Andainya Perempuan Tahu..Apabila Seorang Lelaki Jatuh Cinta

Apabila seorang Lelaki jatuh cinta,perempuan itu tidak semestinya punya segalanya tetapi perempuan itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya perempuan tahu..Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai perempuan itu.
Andainya perempuan tahu..Apabila seorang lelaki marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi perempuan itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya perempuan tahu..Apabila lelaki bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu perempuan mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya perempuan tahu..Apabila lelaki berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai perempuan tahu..Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri kebapaannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai perempuan tahu..Apabila lelaki merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat lelaki rasa dihargai.
Andai perempuan tahu..Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lperempuan itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai perempuan tahu..Apabila lelaki kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai perempuan tahu..Apabila lelaki kata perempuan lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun lelaki menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai perempuan tahu..Apabila lelaki menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana perempuan itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati lelaki itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai perempuan tahu..Apabila lelaki berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Lelaki sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai perempuan tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .Lelaki itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang perempuan itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya lelaki itu tampak kuat tapi dia punya kelemahan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat perempuan menjadi kuat kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang lelaki dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi lelaki bekerjaya, suami juga bapa yang terbaik untuk anak2 anda..

Wednesday, April 20, 2011

Coretan Sedihku ~

Tuhan..Jika tiada lagi kekuatan dalam diri ku ini, sudah pasti aku telah menamatkan nyawaku sendiri. Sayangilah aku Tuhan..kerana beban penderitaan yang ku galas amat pahit untuk ku tanggung sendirian. Hati ku ini sering menangis kerna rentetan hidup ku didunia ini dikongkong besi yang lebih dasyat daripada waja. Aku adalah manusia yang bernafas demi meneruskan sisa kehidupan dan hanya menunggu saat-saat kematian ku walaupun diri ku ini sudah mati sebelum waktunya..Tuhan aku adalah insan yg tak berdaya dimuka bumi mu ini. Insan yg penuh dgn kekecewaan dalam hati ku. Walaupun dibibir ini sering memberikan senyuman namun didalam hati ku penuh dgn tangisan. Percintaan yg selalu ku impikan..menjadi kabus ditengah malam..Ia akan hilang bila mentari siang memancari bumi ini....Tuhan hidup ku sebagai seorang lelaki yg penuh dgn penderitaan dan kegagalan..dalam mencari erti kebahagian dan kasih sayang...Namun aku pasrah akan kehendak mu... Walaupun jiwa ku parah namun hidup ini akan ku teruskan jua. Walaupun aku sudah mati sebelumnya namun impian dan semangat ku tetap ku teruskan jua. Tuhan kau tolonglah diri ku seorang lelaki yg sering gagal dalam percintaan. Airmata ini tiada terhentinya walaupun sesaat dimana ku berada..Menangis ku sendiri ketawa pun sendiri berpanjangan keresahan hati ini..Siapalah yg tahu sakit pening diri ku tiada bertempat ku mengadu...Bukan mengemis bukan meminta hati teriris ku pendamkan saja.Bukan belas bukan simpati yg aku harapkan selama ini..Aku hanya mengharapkan setitis kasih dari sebuah cinta yg sejati...

Tuesday, April 19, 2011

Sajak ini dedikasi untuk insan yang saya sayang


Kau hadir dalam hidupku
Kau membebaskan aku dari mentera kesedihan
Yang melingkari hidupku
Entah apa silapku kau menolak aku ke tepi
Hati yang pernah kau patahkan dulu
Itulah hatiku Aku sentiasa yakin dan pasti
Tanpamu disisi hidupku tak bererti…
Dengarlah jeritan kesunyian hatiku Yang kecewa denganmu
Aku tak inginkan dirimu lagi Lihatlah kekosongan hatiku
Tiada lagi tempat dihatiku untukmu
Tapi..Itu yang ku katakan dulu Sewaktu kau tinggalkan aku dan dilukaimu
Akhirnya aku mengerti dan pasti Aku jumpa dengan apa yang aku cari
Seseorang untuk dicintai Untuk berpaut
Untuk menjadi inspirasiku
Seseorang untuk di belai dan Untuk ku hargainya dalam hidupku…
Kerana kau telah pergi Aku pernah hilang rasa ingin hidup lagi
Sampai saat itu Aku tahu segalanya tentang hidupku Aku tertanya-tanya pada diriku sendiri
Bagaimana untuk kembalikan dirimu dalam hidupku
Kerana dirimu…Yang membuat aku tersenyum hari ini..