I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 25, 2012

Mengapa Terus Setia Walaupun Tidak Puas?



Sebenarnya ramai orang yang tidak puas hati dengan pasangan mereka dan dengan perhubungan mereka sebagai suami isteri, tetapi mereka itu mengambil sikap pasif, iaitu tidak melakukan apa-apa untuk menghilangkan rasa tidak puas hati mereka.

Tingkah-laku pasif di dalam perkahwinan sebenarnya bersifat membina. Ditinjau daripada satu sudut, tingkah-laku pasif adalah baik untuk mengekalkan perkahwinan.

Kajian mendapati tingkah-laku pasif lazimnya digunakan oleh individu-individu tertentu.
Golongan pertama yang bersikap pasif walaupun tidak puas hati ialah mereka yang berpendapat masalah yang menyebabkan hatinya tidak puas adalah masalah yang kecil-kecil, remeh-temeh dan tidak membahayakan perkahwinan mereka. Oleh itu walaupun mereka tidak puas hati, mereka tidak mahu mengakhiri perkahwinan mereka, sebaliknya mereka terus setia. Sebagai contoh, perbuatan isteri suka berleter menyebabkan lelaki berasa tidak puas hati, tetapi disebabkan mereka anggap masalah itu masalah kecil, jadi mereka diam sahaja.

Golongan kedua ialah mereka yang tidak puas hati, tetapi pada pendapatnya dia masih boleh tahan lagi kerana dia tidaklah terlalu tidak puas hati. Oleh sebab dia masih boleh bertahan, maka mereka tidak terlalu terdorong hendak melakukan sebarang tindakan yang membahayakan perkahwinannya.

Golongan ketiga ialah mereka yang tidak mempunyai pilihan-pilihan lain yang lebih menarik. Disebabkan hal itu mereka cenderung terus setia walaupun tidak puas hati.

Kebanyakan individu terus bertahan dengan keadaan yang tidak memuaskan hati mereka semata-mata kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik.

Apabila mereka mempunyai pilihan lain, mereka lebih terdorong mengambil langkah keluar daripada keadaan itu. Mereka mungkin mengambil keputusan berpisah dan membina hubungan baru dengan pasangan lain. Satu lagi kemungkinan ialah mereka menjalin hubungan sulit. Di kalangan wanita, majoriti terus setia kepada pasangan kerana mereka percaya mereka tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik.

Golongan keempat ialah mereka yang menganggap mereka sudah terlalu banyak melabur di dalam perkahwinannya sekarang. Sebagai contoh, hubungan itu sudah sangat lama terjalin, umpamanya mereka sudah berkahwin selama 15 tahun, ataupun mereka sudah mempunyai ramai anak. Oleh hal yang demikian, meskipun mereka tidak puas hati dengan perkahwinan sekarang, meskipun mereka mungkin mempunyai peluang mencari pilihan-pilihan lain yang lebih baik, tetapi mereka mungkin tidak mahu bercerai kerana tidak sanggup berasa bahawa masa 15 tahun itu akan terbuang sia-sia sahaja, ataupun disebabkan mereka tidak mahu terpisah dengan anak-anak. Ramai lelaki yang mempunyai pilihan-pilihan lain yang lebih baik tetapi mereka itu terus setia disebabkan faktor ini.

Di dalam keadaan-keadaan seperti di atas, walaupun hati individu-individu itu tidak puas, mereka hanya terus mempertahankan kesetiaan mereka. Meskipun tidak puas hati tetapi mereka percaya keadaan akan berubah satu hari nanti. Tujuan utama mereka meneruskan kesetiaan ialah hendak menjaga status-quo, iaitu menjaga supaya hubungan itu kekal. Oleh hal yang demikian, mereka terus memikul tanggungjawab mereka dengan sebaik-baiknya dengan kepercayaan situasi akan berubah. Oleh itu mereka menunggu sahaja dengan penuh harapan dan berdoa mudah-mudahan masa akan mengubah keadaan.

Ada kalanya, individu yang tidak puas hati akan membiarkan sahaja keadaan rumahtangganya bertambah buruk. Tingkah-laku ini adalah tingkah-laku pasif yang amat membahayakan perhubungan. Di sini individu yang tidak puas hati itu membiarkan sahaja hubungannya bertambah lama bertambah buruk. Kajian menunjukkan individu-individu yang menggunakan tingkah-laku ini terdiri daripada:

a. Tidak puas hati dari mula
Mereka dalam golongan ini daripada awal-awal lagi sudah berasa tidak puas hati. Golongan seperti ini cenderung membiarkan sahaja hubungannya bertambah buruk. Contoh mereka yang tidak puas hati dari mula ialah individu-individu yang berasa dirinya semacam ‘dipaksa-paksa’ ataupun didesak-desak oleh pasangannya supaya menjalin hubungan itu. Mereka lazimnya sejak dari mula sudah mempunyai rasa tidak puas hati. Apabila berdepan dengan masalah, golongan ini tidak mempunyai motivasi tinggi untuk berusaha memperbaiki keadaan.

b. Sudah lama tidak puas hati
Mereka dalam golongan ini sudah lama berasa tidak puas hati juga cenderung membiarkan sahaja hubungan itu bertambah buruk. Ramai individu yang pada mulanya puas hati tetapi kemudian disebabkan oleh pelbagai faktor, mereka memendam rasa tidak puas hati yang sudah sangat lama. Golongan jenis ini sudah putus asa dan mereka yakin sebarang usaha cuma menghasilkan kegagalan serta sia-sia sahaja hendak memperbaiki keadaan.

c. Tidak banyak pelaburan
Mereka dalam golongan ini tidak banyak melabur ke dalam perhubungan mereka, oleh itu mereka cenderung membiarkan sahaja hubungan mereka bertambah buruk. Contoh hubungan yang tidak memerlukan banyak pelaburan ialah hubungan romantik yang masih baru, hubungan sulit dengan pasangan lain dan hubungan yang diasaskan pada pelbagai jenis kepentingan tidak murni seperti wang dan seks. Oleh kerana pelaburan mereka tidak banyak, kerugian mereka juga tidak banyak, akibatnya mereka tidak mempunyai motivasi yang kuat untuk menyelamatkan keadaan.

Antara tingkah-laku membiarkan sahaja sehingga sesuatu hubungan itu menjadi bertambah buruk ialah mengurangkan masa untuk bersama dengan pasangan, tidak pedulikan pasangan, tidak mahu membincangkan masalah, memberi layanan buruk pada pasangan, dan sengaja membiarkan situasi buruk tambah buruk.

Ada di antara mereka yang tidak puas hati mengambil tindakan melepaskan diri daripada keadaan itu. Tingkah-laku ini adalah tingkah-laku aktif. Tingkah-laku jenis ini amat membahayakan hubungan, di mana individu yang tidak puas hati itu sengaja mengambil langkah-langkah untuk keluar daripada hubungan yang tidak memuaskan hatinya.

Antara tingkah-laku aktif untuk lari keluar daripada hubungan yang tidak memuaskan hati termasuklah tindakan berpisah, bercerai, menjalin hubungan dengan pasangan lain serta keluar rumah dan tinggal berasingan ataupun berpoligami. Individu-individu yang cenderung menggunakan tingkah-laku ini ialah:

a. Tidak banyak pelaburan
Mereka yang tidak banyak pelaburan di dalam hubungan itu, apabila mereka tidak puas hati, mereka cenderung menamatkan sahaja hubungan itu. Oleh kerana pelaburan mereka tidak banyak, kerugian mereka juga tidak banyak. Sebagai contoh ialah hubungan sulit antara wanita dengan lelaki yang sudah beristeri. Sebuah kajian yang pernah dibuat di Britain mendapati 95 peratus hubungan sulit jenis ini berakhir tanpa perkahwinan.

b. Tidak banyak kerugian
Mereka yang tidak banyak menanggung kerugian sekiranya hubungan itu ditamatkan, apabila mereka tidak puas hati mereka juga cenderung mengakhiri hubungan tersebut. Contoh mereka yang tidak banyak menanggung kerugian ialah individu yang tahu dirinya mempunyai banyak daya tarikan, oleh itu mereka mempunyai banyak pilihan alternatif. Begitu juga mereka yang pasangannya tidak mempunyai banyak keistimewaan yang amat diperlukannya. Ataupun mereka yang hubungannya itu masih baru dan belum diketahui ramai.

c. Mempunyai pilihan lain
Mereka yang pilihan lain yang lebih memuaskan, apabila perlu, mereka cenderung menamatkan hubungan yang ada. Untuk menamatkan hubungan itu mereka tidak perlu tidak puas hati. Adalah dijangka kebanyakan kes poligami berlaku kerana adanya pilihan lain, tanpa mengira sama ada lelaki itu puas hati ataupun tidak puas hati dengan pasangannya sekarang. Di kalangan mereka yang berasa hubungannya sekarang adalah ‘patut-patut’ pun terdorong menamatkan hubungan yang ada apabila di depan mereka terdapat pilihan-pilihan lain yang pada anggapan mereka menjanjikan sesuatu yang lebih baik lagi. Inilah faktor yang menyebabkan sesetengah individu sanggup berpoligami ataupun meninggalkan pasangannya sekarang, walaupun pasangannya yang sekarang dikatakan ‘baik’ dan ‘tidak berdosa’ demi memulakan hubungan baru dengan pasangan lain yang dianggap ‘lebih baik’. Di kalangan mereka yang amat tidak puas hati pula, walaupun individu itu sudah banyak melabur dan mereka tahu mereka akan menanggung banyak kerugian, tetapi apabila dia mempunyai pilihan lain maka dia terdorong untuk menamatkan hubungan yang tidak memuaskan dan memulakan hubungan baru yang pada anggapannya akan membawa kepuasan. Statistik menunjukkan majoriti kes rujuk berlaku di kalangan pasangan yang masing-masing tidak mempunyai pilihan lain. Manakala statistik menunjukkan di kalangan lelaki yang sudah berpoligami, apabila mereka bercerai dengan isteri pertama, majoriti tidak rujuk semula.

d. Amat tidak puas
Mereka yang amat tidak puas hati dan amat tidak bahagia cenderung mengambil tindakan ini walaupun mereka tidak mempunyai sebarang pilihan lain kerana mereka sudah bersedia menanggung semua bentuk kerugian akibat tindakan itu. Ramai wanita memilih perceraian walaupun mereka tahu mereka tidak mempunyai peluang mendapat suami lain. Keputusan itu diambil hanya kerana mereka itu tidak sanggup lagi terus terseksa di dalam perkahwinannya. Manakala di kalangan lelaki-lelaki yang dikatakan kononnya tiba-tiba ‘hilang lesap’, majoriti adalah terdiri daripada mereka yang amat tidak puas hati dan mereka itu sudah sanggup kehilangan segala-galanya termasuk anak-anak sekali.

Di kalangan kelas masyarakat yang makmur dan diizinkan pula mengamalkan poligami, nampaknya faktor yang amat perlu diberi perhatian oleh kaum isteri ialah faktor kehadiran pilihan lain.

Teori perbandingan sosial mengatakan kehadiran pilihan-pilihan yang ‘lebih baik’ sangat mempengaruhi respons seseorang yang tidak puas hati, tanpa mengira sama ada rasa tidak puas hati itu kecil sahaja mahupun sangat serius. Apabila seseorang itu tidak mempunyai pilihan lain, walaupun dia sangat tidak puas hati, dia tidak ke mana-mana kerana keadaan tidak memberi peluang kepada lelaki itu untuk membuat pilihan. Sebaliknya, kalau lelaki itu puas hati sekalipun, apabila di depannya terdapat pilihan yang menjanjikan kepuasan yang lebih baik, dia terdorong membuat pilihan itu.

Nampaknya, untuk mencegah lelaki daripada menjalin perhubungan lain, tidak cukup jika seseorang wanita hanya menjadi pasangan yang baik. Nampaknya, teori ini mengatakan setakat menjadi pasangan yang ‘baik’ masih belum ‘cukup baik’. Teori ini mengatakan wanita hanya mempunyai satu pilihan sahaja, iaitu menjadi pasangan yang amat diperlukan.

Rahsianya pada dua wanita yang hebat…


Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat!



"Lelaki yang berjaya itu dilihat daripada dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" – Sayyidina Umar bin Khattab.

Siapakah si Dia yang bergelar  A ini ?

Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?

Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?

Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?

Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?

Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?

Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?

Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?

Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?

Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?

Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?Jawapannya ialah si 'ibu'nya.....


Siapakah si Dia yang bergelar  B ini ?
Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?

Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?

Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?

Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang?

Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya?

Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini?

Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua?

Jawapannya ialah si 'isteri'nya.....
Betullah kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" .

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah." (Hadis riwayat Muslim).

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.


Layari www.bidadaridunia.com bagi menyertai Konvensyen Bidadari Dunia 2012.

- Artikel iluvislam.com


Ditulis oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin. Beliau merupakan Pakar Perunding Kehormat Obstetrik & Ginekologi Hospital Tuanku Jaafar. Layari blog beliau di http://zainurrashid.com

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "barangsiapa yang mengabaikan solat berjemaah maka Allah s.w.t akan mengenakan 12 balasan yang dahsyat keatasnya.

Tiga darinya akan dirasainya di dunia ini antaranya: 
1. Allah s.w.t. akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2. Allah s.w.t. akan mencabut nur orang-orang mukmin dari padanya. 
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman. 

Tiga macam bahaya ketika ia hendak mati, antaranya : 
1. Roh dicabut ketika ia berada di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut. 
2. Dia akan merasa yang amat pedih ketika roh dicabut keluar. 
3. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya. 

Tiga bahaya yang akan dihadapi ketika berada didalam kubur, antaranya: 
1. Dia akan berasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang menggerunkan. 
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap. 
3. Kuburnya akan menghimpit sehinggan semua tulang-tulang rusuknya berkumpul( seperti jari bertemu jari). 

 Tiga lagi azab ketika di hari qiamat : 
 1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat. 
 2. Allah s.w.t. sangat murka kepadanya. 
 3. Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan api neraka. 


Saudara-saudaraku, janganlah kita menganggap solat berjemaah itu satu perkara kecil. Solat berjemaah itu adalah sunat Mu'akkad yakni sunat yang sangat-sangat dituntut, ada yang mengatakan ia fardhu kifayah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat berjemaah adalah terkutuk. Didalam kitab Taurad, Injil, Zabur, dan Al-Quran: "Orang yang meninggalkan solat berjemaah itu berjalan di muka bumi, padahal bumi mengutuk mereka itu dan orang yang meninggalkan solat berjemaah itu akan dimurkai oleh Allah s.w.t., oleh para malaikat dan semua makhluk Allah s.w.t. serta turut dimurkai oleh para malaikat dilangit dan bumi juga semua ikan-ikan dilaut".

Thursday, May 24, 2012

Dr. Haron Din Jumpa Nabi Muhammad

Memilih Ketika Dan Hari Yang Sesuai


Di dalam Islam telah digariskan ketika-ketika yang sesuai untuk melakukan jima’ sekiranya ingin mendapat anak yang cemerlang dan semoga ketika-ketika ini dijadikan panduan praktis oleh suami isteri:

    1. Menurut Imam Syafie r.a, waktu yang paling baik untuk jima’ ialah pada malam Jumaat, malam Isnin dan malam Khamis. Kerana mengikut sunnah Nabi saw. Faedahnya, jima’ pada malam Khamis menyebabkan anak itu menjadi mukmin yang baik.
    2. Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Isnin, anak yang bakal lahir akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala pemberian Allah swt.
    3. Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Selasa, anak itu akan mendapat nikmat syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan mengazabnya bersama orang musyrikin, mulutnya berbau harum dan akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
    4. Pesanan Rasulullah, jika berjima’ pada malam Khamis, anak yang bakal lahir itu adalah yang bijaksana di kalangan orang yang bijaksana, atau seorang alim di kalangan orang alim.
    5. Berjima’ semasa matahari di tengah langit, anak yang bakal lahir tidak akan dihampiri syaitan sehingga dia beruban, dan menjadi seorang faqih dan mendapat rezeki keselamatan agama dan dunia.
    6. Dari pesanan Rasullullah saw. jika jima’ pada malam Jumaat, anak yang bakal lahir dari jima’ itu akan menjadi pemidato yang berwibawa dan petah. Jika berjima’ pada hari Jumaat lepas Asar, anak akan menjadi terkenal, masyhur alim. Jika berjima’ pada malam Jumaat selepas Isyak, anak nanti akan menjadi seorang yang abdal (terkemuka).
Eloklah kita fikir-fikir sejenak, kemudian memperhatikan manusia-manusia yang terdaya diperhatikan. Sekiranya dia lahir dari kalangan ibu bapa yang mengetahui mengenai pentingnya memilih ketika yang sesuai untuk pembentukan janin yang cemerlang, tentulah ibu bapanya telah merancang agar melakukannya di hari-hari dan masa-masa yang tertentu. Kemudian perhatikan pula manusia-manusia yang pincang hidupnya. Dalam suasana manakah agaknya janinnya terbentuk?

Wednesday, May 23, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Memahami Cemburu Wanita



Kebanyakan lelaki berkata mereka tidak faham apa sebenarnya yang dimahukan oleh wanita yang cemburu. Menurut mereka, walau apa sekalipun yang mereka buat, isteri mereka yang cemburu tetap juga cemburu. Ditinjau daripada satu sudut, cemburu ialah manifestasi hilangnya rasa selamat dari dalam hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu, tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.
Menurut pakar-pakar pikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila dia berkahwin, dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber kepuasan wanita yang pertama ialah tingkah-laku suaminya kepadanya. Dalam erti kata yang lain, dia mendapat kepuasan daripada cara-cara suaminya melayan dirinya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara yang positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah-laku positif. Setiap kali si suami membasuh pinggan selepas makan, maka si isteri berasa sangat puas. Ini bermakna, untuk memuaskan hati isteri, lelaki digalakkan membuat banyak perkara-perkara yang positif.
Sumber kepuasan wanita yang kedua datang daripada makna yang diberikan olehnya ke atas tingkah-laku suaminya. Mana-mana perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mecipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Hasilnya, setiap kali seseorang suami melakukan perbuatan-perbuatan begitu, maka isterinya berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan lelaki memuji masakan isterinya diberi makna dan yang tinggi oleh si isteri. Setiap kali seseorang suami memuji masakan isterinya, maka isterinya berasa sangat puas. Ini bermakna lelaki perlu mengetahui pelbagai tingkah-laku suami yang diberi makna dan nilai tinggi oleh isterinya, dan mereka digalakkan banyak menunjukkan tingkah-laku jenis itu kepada isteri.
Suami-suami melakukan berbagai-bagai perkara. Setiap perkara yang dilakukannya diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa puas yang sangat tinggi. Begitu juga yang sebaliknya. Setiap kali suami melakukan perkara-perkara yang diberi nilai rendah oleh isterinya, maka si isteri akan berasa amat tidak puas. Sebagai contoh, perbuatan balik lambat diberi nilai yang amat rendah oleh wanita, maka setiap kali lelaki balik lambat, isterinya akan berasa amat tidak puas.
Tetapi lelaki ingin tahu, bagaimanakah wanita memberikan nilai tinggi ataupun nilai rendah ke atas perbuatan dan tingkah-laku suami? Beginilah cara wanita memberikan makna dan nilai ke atas tingkah-laku suami mereka. Sebahagian daripada apa yang dilakukan oleh lelaki, mereka hanya melakukan perkara itu dengan isteri sahaja. Sebahagiannya pula mereka tidak pernah melakukannya dengan isteri. Manakala ada pula perkara-perkara yang mereka lakukan baik dengan isteri mahupun dengan orang-orang lain. Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami :

1. Eksklusif dengan isteri
Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu ia hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja, diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuatan eksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialah seks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yang sangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-laku seksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks, dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya. Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatan seksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yang sangat tinggi.
Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yang dianggap eksklusif oleh wanita ialah :

·  ·  a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lama
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yang kuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakap dan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapa wanita itu kepada suaminya.
b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.
c. Mencurahkan masalah peribadi
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikian perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.

Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuh menjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah-laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yang menyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinya seorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripada isteri.

2. Eksklusif tanpa isteri
Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif
Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialah perbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis ini diberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makan bersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatan suaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.
Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah-laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun, ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalau suaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan itu adalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, dia akan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia, ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.
Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yang serupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya. Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya, kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusif dengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-laku seksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsu seks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila dia mengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seks yang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmat yang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudah turun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.

Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskan nilai tingkah-laku si suami?
1. Perubahan tafsiran
Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanita lain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semua tingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkan nilai tersebut.
Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri dan pemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai "Tanda kasih suaminya kepada dirinya", tetapi setelah suaminya kahwin lain, kini si isteri mengatakan "Dia belikan kain batik sebab dia hendak menutup rasa bersalahnya." Tafsiran seperti itulah yang menyebabkan si isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batik itu.

2. Perubahan penilaian
Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kini menilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila dia tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu si isteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya. Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilai mutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, dia percaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungan suaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteri percaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmati oleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminya menikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala dia sendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminya tidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas dengan wanita itu.

3. Ramalan negatif
Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melabur lebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah dia percaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya sama sekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puas dengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masih memberikan layanan yang sama seperti dulu.

4. Perubahan persepsi
Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasih sayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-ia mengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripada perasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripada sebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahu bahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana dia tidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya berada bersama-sama dengan wanita lain itu.
Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktiviti tertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabila aktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia juga tidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminya kerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginya seorang.


BIBIR PESONA (PEREMPUAN)


BIBIR PESONA DAN MISTERINYA

Bibir wanita merupakan senjata yang cukup penting untuk memberitahu sex appeal bagi pemiliknya.  Di sinilah antara lelaki dan wanita dapat mengadakan suatu kerjasama untuk mencipta suatu kemesraan secara tersendiri yang terkenal dengan seni ciuman.  Oleh itu, lelaki selalu membayangkan sesuatu yang penuh keindahan jika pada suatu saat menyaksikan bibir wanita yang sedemikian segarnya.  Di balik keindahan yang diperlihatkan ini, bahagian bibir juga menyembunyikan suatu misteri watak pemiliknya.  Di bawah ini diperihalkan bibir dengan misterinya yang patut sekali untuk anda ketahui.
 
BIBIR YANG SEGAR DAN KEMERAH-MERAHAN
Seorang wanita yang secara ilmiah memiliki bibir yang sentiasa segar serta kemerah-merahan tanpa gincu, menunjukkan bahawa pemiliknya mempunyai kesihatan yang baik dan pandai menjaga tubuhnya.  Biasanya memiliki sifat yang periang dan terbuka jalan fikirannya.
Ramai yang senang bergaul dengan wanita ini kerana pandai bergaul dengan sesiapa sahaja.  Mereka dapat memberikan kesenangan pada kekasihnya dengan sifat kewanitaannya manja dan penuh keghairahan dalam hidup sehari-hari.
Pada umumnya juga bersifat manja serta menginginkan belaian kasih sayang yang penuh dengan kehangatan.  Mereka akan merasa kecewa bila nanti mendapatkan seorang kekasih yang memiliki sifat yang kaku sekali serta tidak dapat memanjakannya.  Biasanya wanita golongan ini memiliki ekspresi wajah yang merangsang sejajar dengan bibirnya yang sentiasa segar bugar.

BIBIR YANG BIRU
Ada juga yang memiliki bibir seperti ini.  Mereka boleh digambarkan sebagai memiliki erti secara tersendiri, iaitu menandakan babawa wanita pemiliknya adalah seorang yang tidak dapat dipercaya kata-katanya dan sering ingkar.  Tidak mempunyai rasa tanggungjawab sesuai dengan kewajipannya.
Cerewet dan sering berselisih faham.  Anda mesti pandai mengawalnya.

BIBIR YANG NIPIS
Wanita yang memiliki bibir seperti ini umumnya banyak cakap dan suka bercakap hal-hal yang tidak semestinya.  Suka menghalalkan cara-caranya sendiri.  Tidak memperdulikan tegahan dan pendapat serta perasaan orang lain.
Pandai merayu dan mempunyai kata-kata yang menawan.  Sesungguhnya mereka ini pandai berlakon.
Ciri khas ini hampir meliputi semua wanita yang memiliki bibir seperti ini.  Biasanya memiliki nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang mantap dari lelaki pilihannya.
Bagaimanapun mereka yakin dengan jalan hidup yang dipilihnya, meskipun ada setengah orang tidak senang dengan tindak tanduknya itu.

BIBIR MUNGIL
Wanita yang memihki bibir yang kecil mungil pada umumnya mempunyai gaya dan pesona yang dapat mendebarkan pihak lelaki.  Mereka akan menunjukkan sikapnya yang keanak-anakan dan penuh kemanjaan.
Sikapnya selalu minta dilindungi dan dibelai.  Namun, jika belum dapat menyesuaikan dengan keinginannya, maka golongan ini akan selalu membuat kerenah dan keresahan kepada kekasihnya. Golongan ini selalu menggantungkan pihak lain kerana tidak memiliki pendirian yang mantap serta selalu was-was terhadap apa-apa yang dilakukannya.  Pihak lelaki yang dapat menggunakan kesempatan dengan menggodanya akan menimbulkan seni tersendiri yang penuh dengan kecerahan.
Mudah sekali untuk menjinakkan wanita golongan ini jika memiliki kecerdikan untuk dapat mengetahui akan kelemahan-kelemahannya.  Yang penting adalah dapat menciptakan kepelbagaian yang dapat memberikan kesenangan padanya. Ini akan membuat mereka menjadi jinak serta hilang sikap malu-malu kucing.
Golongan ini dapat diharapkan untuk menjadi ibu rumahtangga yang baik, tetapi anda harus tahu bahawa betapa golongan ini cerewet.
Walaupun nafsunya cukup besar, tetapi jarang yang dapat ditunaikannya. Sikap yang terbuka dapat membuka rahsia dirinya dalam menyelesaikan berbagai-bagai masalah.

BIBIR TEBAL
Wanita yang memiliki bibir tebal pada umumnya menunjukkan petanda bahawa pemiliknya sukakan kemesraan.  Suka kepada kebebasan dan berfikiran terbuka.  Mereka gemar bercakap soal cinta dan seks.
Dapat memberikan kesenangan, tetapi kadangkala dapat memberikan rasa bosan kerana sikapnya yang suka mencemuh dan membuat malu di hadapan orang ramai.
Tidak suka berpura-pura, tetapi jika memiliki rahsia akan disimpannya betul-betul.  Apabila sudah membenci seseorang maka rahsia itu akan berkecai juga.
Jika sudah bersolek, maka semua waktu seakan mahu dihabiskan untuk berdandan.  Mereka kurang mengambil berat terhadap suami, terutama yang bersangkutan dengan hal rumahtangga, seperti mengurus rumah, makan minum anak dan suami.
Peranan seorang suami harus lebih mantap.  Mereka harus dibentuk dari awal dan tidak mustahil mereka boleh menjadi isteri yang paling disayangi suami.

BIBIR YANG SELALU TERBUKA
Wanita ini umumnya memiliki nafsu seks yang kuat, berkobar-kobar dalam mengejar kepuasan biologi.  Walaupun dalam masalah seks, mereka ini rambang, tetapi berlawanan sekali dengan disiplinnya dalam pekerjaan yang dilakonnya, selalu mendapat kejayaan.
Ramai di antara mereka ini yang sukses.  Memiliki pandangan yang cukup luas dalam lapangan yang dikuasaianya.
Golongan ini cukup optimis dengan tujuan yang dikejarnya dan kerananya banyak yang dapat kejayaan.
Mudah jatuh cinta dan jika mereka ingin menambat hati seseorang lelaki idamannya, mereka akan mengejarnya walau sampai ke lubang cacing.
Untuk mendapatkan hajat hatinya itu, baginya malu sudah tidak ada lagi.  Ciri khas yang dimiliki golongan ini adalah merupakan gambaran dari para wanita yang seksi dan sering dijadikan pelakon-pelakon dilayar putih.




Saturday, May 19, 2012

Ustaz azhar - Dilema memilih pasangan


p/s : Ikhlaskan hati menerima dan mencintai seseorang

MEMILIH PASANGAN HIDUP


TITIK TOLAK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA


Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang memperhubungkan antara lelaki dan wanita. Impian kita terhadap ikatan ini ialah agar ia akan terus kekal hingga ke akhir hayat. Selain daripada itu, kita juga mengharapkan agar perkahwinan itu sentiasa aman damai, bahagia dan agar darinya dikurniakan oleh Allah s.w.t.  dengan anak yang soleh, cerdik, cerdas seterusnya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tidak ada siapapun manusia di dunia ini yang menginginkan agar perkahwinannya porak-peranda atau mengharap agar dikurniakan anak yang jahat tingkah lakunya, bodoh akal fikirannya dan menjadi pengkhianat kepada agama dan negara. Cuba kita bertanya kepada ibubapa yang mempunyai seorang anak yang ketagihan dadah:
"Adakah ketika anak pak cik ini masih kecil, memang pak cik sentiasa berharap agar dia menjadi seperti sekarang apabila dewasa kelak ?"
Bagaimanakah cara untuk menjamah hakikat kebahagiaan rumahtangga yang diidam-idamkan dan melempar jauh kengerian-kengerian kehancuran rumahtangga? Jawapannya ada di tangan kita sendiri....

Dan perkataan kita di sini terbahagi kepada dua, iaitu: 

1) Diri kita sendiri yang perlu ada sifat-sifat yang boleh digolongkan sebagai mampu membahagiakan isteri dan menitiskan zuriat yang soleh dan solehah.

2) Kebijaksanaan kita dalam mencari pasangan hidup yang akan menjanjikan kebahagiaan berumahtangga, melahirkan serta mendidik anak-anak agar menjadi insan yang sempurna.
Sebenarnya dua perkara ini merupakan inti, sari atau ibu dari sabdaan-sabdaan Rasulullah s.a.w., firman-firman Allah s.w.t.  dan pendapat-pendapat dari para ulamak mengenai keharmonian dan kerukunan keluarga. Dua perkara ini juga merupakan rahsia dan titik tolak untuk mencapai impian tersebut.
Kerana jika bukan kita, siapa lagi yang akan memberi segala impian yang diharap-harapkan dalam kehidupan berumahtangga? Adakah orang lain selain dari kita mampu melaksanakan perkara ini? Sudah tentu tidak.


MENCARI JODOH

Jodoh pertemuan telah ditentukan oleh Allah s.w.t. , namun kita sebagai manusia diperintahkan agar berusaha, berikhtiar dan berdoa supaya di kurniakan oleh Allah s.w.t.  dengan pasangan yang baik dan solehah. Setelah usaha dilakukan dengan bersungguh-sungguh barulah menyerahkan perkara tersebut kepada Allah s.w.t., terpulang kepadaNya samada mahu diperkenankan ataupun sebaliknya.

Bukan sedikit dari kalangan masyarakat kita yang hanya menunggu-nunggu ketentuan dan ketetapan dari Allah s.w.t.  tanpa disertakan dengan usaha dan ikhtiar. Mereka ini samalah dengan manusia yang hanya menunggu-nunggu rezeki datang bergolek atau terbang melayang di hadapan mata tanpa di sertakan dengan usaha dan ikhtiar.
Manakala mereka yang sibuk berusaha mencari jodoh pula tidak kurang juga yang melakukan pelbagai kesilapan. Bukan hanya dari sudut agama tetapi kemanusiaan dan kemasyarakatan. Baik dari pihak lelaki mahupun perempuan.
Pihak lelaki lebih cenderung memilih calon isteri yang mempunyai rupa paras yang menarik, pandai bergaya dan bersolek ketika berada di luar rumah, lincah gerak lakunya, luas pergaulannya, berpemikiran moden atau tidak kekampungan dan sebagainya. Perempuan yang berhijab atau bertudung menutup aurat dan kuat beribadat dianggap kuno dan amat memalukan. Yang tidak tahu keluar rumah untuk bekerja atau bersosial yang tidak ada manfaatnya dari sudut agama dipandang sebagai gadis pingitan yang tidak punya tempat di mata masyarakat hari ini.  Dan yang sentiasa melakukan tindakan berlandaskan al-Quran dan al-Hadis dikatakan ingin kembali ke zaman unta.
Manakala pihak perempuan pula tidak kurang hebatnya, calon suami mestilah yang berharta, berpangkat, punya kedudukan dan nama, berkelulusan tinggi, segak bergaya dengan pakaian yang mahal-mahal dan kalau boleh mempunyai kenderaan yang semewah mungkin.

Mereka lebih mengutamakan nafsu mereka terhadap matabenda dunia dan membelakangkan agama. Dengan ini, mereka samada sedar ataupun tidak, telah menjerumuskan rumahtangga yang akan dibina ke arah kehancuran. Sekalipun tidak hancur ia akan sentiasa diburu oleh kegelisahan dan ketidakselesaan hidup. Dan apabila manusia berebut-rebut mengutamakan kebendaan dan membelakangkan agama, maka nantikanlah wujudnya sebuah genarasi yang dua atau tiga kali ganda tidak mengenal Allah s.w.t. dan RasulullahNya. 


KESAN MELETAKKAN HARTA SEBAGAI SYARAT UTAMA

Pemilihan jodoh dengan meletakkan material sebagai nombor wahid dan agama sebagai angka yang terakhir akan mengakibatkan beberapa perkara yang tragis, iaitu:

1- Menyebarluaskan lagi penyembahan material di kalangan masyarakat Islam kerana material telah dianggap sebagai lambang kebahagiaan walaupun hanya palsu semata-mata. Manakala agama pula dianggap ketinggalan zaman. Bahkan lebih dahsyat dari itu, agama dianggap sebagai puaka yang amat menakutkan dan menyeramkan. Akal fikiran mereka sentiasa dihantui dengan anggapan bahawa apabila menjadi isteri kepada lelaki yang kuat agamanya, nescaya dirinya akan terkongkong dalam lingkungan yang amat sempit sekali. Tidak boleh berhias, bergaya, bekerja dan bergiat dalam segenap lapangan. Tugasnya hanya di dapur, melahirkan dan mendidik anak-anak. Sebenarnya ini hanyalah momokan yang mereka cipta sendiri.....
Dari pengaduan-pengaduan yang saya dengar dan melalui pengamatan terhadap masyarakat yang melingkungi saya, saya mendapati bukan sedikit dari kalangan wanita-wanita Islam yang menganggap bahawa mendidik dan memelihara anak adalah satu bebanan. Mereka lebih rela bekerja seberat mana sekalipun dari menjaga dan mendidik anak-anak. Perasaan kasih sayang sepenuh hati dan sifat keibuan telah ditarik oleh Allah s.w.t.  dari sebahagian wanita-wanita Islam. Lihat saja! Bagaimana kes membuang anak begitu berleluasa terjadi di negara kita ini.
2- Akan menjejaskan institusi kekeluargaan sesebuah masyarakat. Penceraian mula meningkat dari hari ke hari. Di samping itu terlalu banyak rumahtangga yang sedang menanti giliran untuk runtuh.
Akibat membelakangkan akhlak ketika memilih calon, maka si isteri atau si suami menanggung derita perpanjangan. Mutakhir ini, bukan hanya suami dari kalangan orang-orang awam bahkan tokoh masyarakat, ahli politik dan pak menteri telah terjebak dengan beberapa kegiatan yang kurang sihat. Judi, rasuah, perzinaan dan sebagainya. Mengadakan hubungan dengan pelacur sudah menjadi suatu yang lumrah bagi suami-suami yang tidak beragama. Yang berpendapatan rendah akan pergi kepada pelacur-pelacur kelas bawahan. Manakala yang bergaji lumayan dan punya kedudukan yang tinggi akan menyimpan sekurang-kurangnya seorang wanita.
Si isteri pula, lebih terdedah kepada perangkap lelaki-lelaki hidung belang. Samada di majlis-majlis sosial atau di tempat kerja. Isteri orang-orang awam yang terperangkap akan dipujuk rayu di mana kesudahannya berlakulah perzinaan yang dilaknat Allah s.w.t.
Manakala isteri orang-orang berada atau ternama akan menyimpan lelaki tersebut dengan diberi habuan berupa wang atau kemudahan yang bukan sedikit nilai ringgitnya.
Antara alasan-alasan yang sering diberikan oleh isteri-isteri ini ialah mereka sering ditinggalkan oleh suami kerana urusan perniagaan, mereka tidak mendapat kepuasan seks bersama suami atau sebagainya. Namun bagi saya semuanya itu adalah alasan yang terlalu rapuh dan tidak boleh dipakai samasekali. Pada hakikatnya, kerana mereka ini telah membelakangkan agama. Seandainya orang yang beragama mengalami masalah yang sama sudah pasti mereka tidak memilih jalan dosa dan noda ini.
Sebagai contoh ialah sebuah kisah, pernah terjadi peristiwa di mana si isteri tidak mendapat kepuasan seks dari suaminya. Ramai teman-teman yang menasihati si suami agar berusaha mengatasi masalah ini samada bertemu doktor, berurut secara tradisional atau sebagainya. Namun si suami berdegil tidak mahu menurut nasihat teman-temannya. Jiwa si isteri pula  terus memberontak inginkan kepuasan seks.
Apabila dilihat tidak ada perubahan, si isteri mula memilih caranya sendiri untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapinya. Dia mula mencari lelaki lain agar dapat mengisi kekosongan jiwanya. Akhirnya beberapa orang lelaki telah menidurinya termasuklah seorang rakan karib suaminya sendiri.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, begitulah dengan nasib si isteri di mana akhirnya perbuatannya itu diketahui oleh si suami. Malu bukan kepalang kerana rupanya perkara itu sudah lama menjadi buah mulut masyarakat keliling. Maka dia menceraikan isterinya. Mereka berpisah....
Apa yang dapat kita lihat pada masalah di atas, pengkhianatan terhadap suami dengan melakukan zina bersama lelaki lain adalah disebabkan oleh kurangnya agama  isteri lelaki itu. Dia menyelesaikan masalah tidak mendapat kepuasan seks dengan cara yang benar-benar keji dan menjijikkan.
Sebaliknya, seandainya isteri lelaki itu merupakan seorang yang beriman dan kuat agamanya sudah tentu dia akan menyelesaikannya dengan jalan yang baik dan diredhai oleh Allah s.w.t.  Berkemungkinan jika peringkat pertama, kedua dan ketiga tidak mampu mengatasi masalah ini, mereka akan bertemu kadhi untuk minta penyelesaian. Jika jalan buntu yang ditemui juga sudah tentu talak adalah cara yang terbaik.
Cuba kita perhatikan sekali lagi, natijah dari dua jalan penyelesaian yang berbeza terhadap masalah di atas adalah sama sahaja, iaitu berakhir dengan perceraian. Jika dia menyelesaikan masalah itu dengan cara mengadakan hubungan seks haram bersama lelaki lain, kemudian diketahui oleh suaminya maka dia akan diceraikan. Dan begitu juga jika dia menyelesaikannya dengan jalan yang ditunjukki oleh syariat, akhirnya dia diceraikan juga. Jika begitu mengapa memilih jalan yang kotor dan menjijikkan? Bukankah lebih baik jika dia menyelesaikannya dengan cara yang kedua? Kerana kehormatan diri dan keluarganya akan terpelihara.
3- Melahirkan keturunan yang rosak moral dan kurang agamanya. Kerana ibubapa yang baik akan mendidik anaknya ke arah kebaikan. Sebaliknya, ibubapa yang kurang agama akan mendidik anaknya ke arah yang tidak dikehendaki oleh Islam, walaupun menurut kacamatanya ia adalah kebaikan. Bahkan berkemungkinan anak tersebut akan dua kali ganda lebih buruk agamanya dari ibubapanya sendiri.
Sejak kebelakangan ini, gejala keruntuhan moral telah menjadi satu topik yang sangat hangat diperkatakan, dari golongan bawahan hinggalah ke peringkat ulamak dan tokoh politik. Semakin banyak mereka memperkatakan tentang keruntuhan moral seolah-olah ia semakin menjadi-jadi dan bertambah buruk. Tidak membawa perubahan langsung.
Penagihan dadah, kegiatan seks bebas, melawan ibubapa dan guru, mencuri dan seribu satu macam penyakit sosial lagi sedang menyerang anak-anak remaja kita yang baru berusia 13, 14 atau 15 tahun.
Bila kita lihat kepada usia, kita dapati mereka ini terlalu muda untuk didedahkan kepada perhubungan seks dan pengetahuan mengenainya. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini, mereka sudah jauh lebih matang tentang perhubungan seks. Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka sudahpun berkali-kali atau seringkali melakukan hubungan seks dengan beberapa orang lelaki. Masalah kehamilan dari hubungan seks secara haram ini sudah tidak menjadi masalah bagi mereka. Kebanyakkan wanita-wanita remaja ini sentiasa membawa kondom atau pil pencegah hamil ke mana sahaja mereka pergi. Ia boleh diperolehi dengan bebas dan mudah di kedai-kedai. Bahkan menurut kajian, pasangan perempuanlah yang lebih banyak menyediakan alat cegah hamil bagi mengelak risiko kehamilan yang sudah tentu lebih banyak dibebankan kepada mereka berbanding dengan pasangan lelaki.
Selain dari beberapa faktor yang menjadi tulang belakang berlakunya keruntuhan moral sebegitu buruk sekali dalam masyarakat kita, ibubapa juga telah digembar-gemburkan sebagai faktor nombor wahid.
Pernah terjadi di salah sebuah negeri di Malaysia, satu serbuan telah dibuat oleh pihak yang berkuasa dalam usaha membenteras kegiatan maksiat yang berleluasa. Salah satu pasangan yang tertangkap adalah pasangan remaja yang masih lagi di bangku sekolah. Ketika pasangan perempuan dihantar pulang ke rumah ibubapanya, telah berlaku satu peristiwa yang memang tidak di duga. Di mana ibu perempuan tersebut telah memarahi pihak berkuasa yang menghantar anaknya itu. Ibunya berkata:
"Apa encik susah, kalau anak saya mengandungpun, saya akan dapat cucu!"
Percayakah pembaca sekelian, bahawa seorang ibu atau bapa yang hidup sentiasa membelakangkan agama mampu menarik 10 atau 20, bahkan 100 orang remaja lain yang baik tetapi tidak mempunyai ketahanan diri (iman) yang kukuh ke arah keruntuhan moral yang dikeji oleh syarak, samada keruntuhan itu dinilai sebagai sesuatu yang baik oleh masyarakat ataupun tidak.  Di mana anak-anak dari pasangan ini sudah tentu tidak akan mendapat didikan yang sempurna menurut kacamata Islam. Mereka ini akan menjadi seperti parasit yang membawa wabak ke mana sahaja mereka pergi.... Siapa yang bersahabat dengannya sudah tentu akan menerima akibatnya. Paling kurangpun akan terkena percikan-percikan dari kekotoran rendah akhlaknya. Jika anak ini bersahabat dengan 10 orang, maka kesepuluh-sepuluhnya akan menerima percikan akhlak kejinya.. Begitulah seterusnya.


MEMILIH CALON ISTERI

Saya telah mengutip dari beberapa kitab dalam mazhab Syafi'i yang menyenaraikan sifat-sifat seorang wanita yang baik untuk dijadikan isteri. Sifat-sifat atau ciri-ciri tersebut ialah:


1. Beragama 
2. Dari keturunan baik-baik 
3. Cantik rupa paras 
4. Tidak dari kaum kerabat yang hampir 
5. Anak dara 
6. Banyak anak 
7. Berakal 
8. Berakhlak mulia 
9. Tidak mempunyai anak dari lelaki lain 
10. Yang murah mas kahwinnya 

PERTAMA: Beragama
Maksud beragama di sini ialah taat kepada Allah s.w.t., melakukan amalan-amalan yang soleh dan menjauhi perkara-perkara yang diharamkan.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 
Ertinya: Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka carilah yang beragama, jika tidak binasalah engkau. 
(Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Pilihan untuk wanita terhadap lelaki pula, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 
Ertinya: Apabila datang orang melamarmu, orang yang baik yang kamu sukai agama dan budi pekertinya, maka kahwinlah, jika tidak tentulah akan menjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakkan yang luas. 


MENGENAL PEREMPUAN YANG BERAGAMA

Menurut syeikh Idris al-Marbawi di dalam kitab Bahrul Mazi, ciri-ciri yang ada pada seorang perempuan yang beragama ialah :


1. Diasuh dengan ajaran agama 
2. Mengenali Allah s.w.t.  dan kekuasaanNya 
3. Mengenali Rasulullah s.a.w. 
4. Mempercayai setiap firman Allah s.w.t.  dan setiap sabdaan Rasulullah s.a.w. 
5. Sifat dan perangainya bertepatan dengan perintah syarak dan menjauhkan diri dari larangannya. 
6. Tidak mempamerkan atau memperlihatkan diri kepada lelaki yang ajnabi. 
7. Memelihara mulutnya dari mengucapkan kata-kata lucah dan cabul. 
8. Tidak berperangai dengan perangai perempuan jalanan dan tidak bermaruah.


Tidak dapat disangsikan lagi bahawa faktor agama mestilah diletakkan pada tingkat pertama dalam memilih calon isteri. Kerana wanita yang kuat agamanya mampu memelihara kesucian diri dan maruahnya.  Firman Allah s.w.t. : 
Ertinya: Wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang taat kepada suami-suami dan menjaga (kehormatan diri mereka) di waktu suami-suami mereka tidak ada, dengan cara yang diwajibkan Allah. (Surah al-Nisaa': 34)

Sebaliknya, wanita yang kurang agama sememangnya tidak dapat disangkal lagi, bahawa dia amat mudah terjebak ke dalam perangkap dan tipu daya syaitan. Dia tidak boleh dipercayai di dalam perkara :

1) Memelihara farajnya. 
2) memelihara harta benda suami.


Dan, yang paling membahayakan sekali jika terdapat gandingan sifat-sifat di bawah ini pada seseorang perempuan
1) Rosak agamanya 
2) Cantik rupa parasnya

Atau:

1) Rosak agamanya 
2) Cantik rupa parasnya 
3) Banyak hartanya

Memang benarlah sabdaan Rasulullah s.a.w. seperti yang tertera di atas, bahawa barangsiapa yang memilih isteri dengan membelakangkan faktor agama nescaya dia akan menerima kebinasaan, "..maka carilah yang beragama, jika tidak binasalah engkau."
Membelakangkan agama juga akan menyebabkan bumi ini akan ditimpa fitnah dan kerosakkan. Mengapa tidak, apabila institusi kekeluargaan di dalam sesebuah negara telah punah, maka akan lahirlah masyarakat yang hidup berkudakan hawa nafsu. Peratus anak yang tidak mendapat kasih sayang yang sempurna dari ibubapa mereka yang akan ditimpa dengan penyakit sosial adalah tinggi.

Sabda Rasulullah s.a.w.: 

"Apabila datang orang melamarmu, orang yang baik yang kamu sukai agama dan budi pekertinya, maka kahwinlah, jika tidak tentulah akan menjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakkan yang luas."

Rasulullah s.a.w. telah mengajar umat Islam bahawa negara yang aman damai bermula dari keluarga yang sejahtera. Manakala keluarga yang bahagia pula perlu dibentuk sejak dari memilih pasangan lagi.


SYAIR IQBAL TENTANG WANITA

Perhatikanlah kata-kata Allamah Muhamad Iqbal di dalam petikan syairnya yang bertajuk Rahsia-rahsia Kelenyapan Diri . Betapa jeleknya seorang wanita tanpa agama:


Ambillah pula tubuh yang lampai, berdada pipih, berbaju ketat,

Kerling matanya mempesonakan,
Fikirannya gilang-gemilang dengan cahaya tamadun Barat;
Zahirnya berupa wanita,
Batinnya bukan wanita!
Dia telah memusnahkan tali-tali ikatan yang memelihara
Umat murni kita menjadi selamat sejahtera;
Kecantikannya yang suci telah terburai semua dan ditumpahkan.
Lancang matanya, kebebasannya membangkit kemarahan,
Dia samasekali tak tahu malu.
Ilmunya tak cukup buat menanggung beban keibuan
Dan di senjakala dan malam harinya, tak sebijipun
bintang berpendar!
Lebih baiklah andainya kuntum mawar ini tak pernah tumbuh
di tamansari kita.
Lebih baiklah perempuan jenisnya disapu bersih dari kalangan umat ini.



PERANAN WANITA YANG BERAGAMA

Sejarah yang tidak pernah membohongi kita telah membuktikan bahwa setinggi mana sekalipun kejayaan yang diraih oleh seorang lelaki pasti di sisinya ada seorang wanita yang berperanan besar dalam menggapai impiannya itu. Sebagai contoh imam Syafi'i, kejayaannya dalam menimba ilmu pengetahuan bermula dari ibunya yang amat bijak dan mengerti tentang apa yang diperlukan untuk kejayaan cemerlang anaknya. Imam Syafi'i tidak dibiarkan tinggal di Palestin setelah kewafatan suaminya, tetapi dibawa ke Mekah. Ibunya mengerti bahawa Mekah menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada bumi Palestin. Kerana Mekah ketika itu masih terdapat ramai alim ulamak dan cerdik pandai. Di samping itu juga bahasa Arab penduduk Mekah belum tercemar lagi. Dan lebih menguatkan lagi ialah Mekah adalah bumi nenek moyang Imam Syafi'i. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan ibu beliau nampak dengan jelas bahawa kejayaan  beliau adalah bermula dari Mekah.

Ibu Syeikh Abdul Kadir al-Jailani di dalam hikayatnya yang begitu masyhur sekali, di mana beliau telah mengajar anaknya supaya jangan berbohong walau dalam keadaan apa sekalipun. Ajaran dan pesanan ibunya telah ditaati oleh syeikh Abdul Kadir al-Jailani. Ketika beliau ditangkap dan ditanya oleh ketua penyamun mengenai wangnya, beliau tetap berkata benar. Dengan kehendak Allah s.w.t., sifatnya yang tidak tahu berdusta itu menyebabkan ketua penyamun bertaubat dan terus mengabdikan diri kepadaNya.

Seorang ahli bijak pandai pernah berkata: 

"Tangan ibu yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia ini."



MENAWARKAN ANAK KEPADA LELAKI SOLEH

Disunatkan bagi wali menawarkan anak perempuannya kepada orang yang soleh sebagaimana yang telah dilakukan oleh nabi Syuaib a.s. kepada Nabi Musa a.s., saidina Umar al-Khattab  r.a. kepada saidina Abu Bakar r.a. dan saidina Usman r.a.



WANITA MENAWARKAN DIRINYA KEPADA LELAKI SOLEH

Seorang wanita juga diharuskan menawarkan dirinya kepada seorang lelaki yang diyakini kesolehannya. Islam tidak memandang bahawa perkara ini sebagai sesuatu yang salah atau sumbang, bahkan ianya digalakkan dan perempuan tersebut akan mendapat pahala seandai tujuannya ingin mencari keredhaan dari Allah s.w.t.

Perkara ini ada disebutkan pada suatu hadis Rasulullah s.a.w. di dalam kitab Sahih al-Bukhari, di mana seorang wanita telah datang menawarkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. Anak perempuan Anas yang ada ketika itu telah mengeji perbuatan wanita itu. Mendengar perkataan anaknya itu, lalu Anas menjawab: "Dia lebih baik daripada kamu. Dia mengkehendakki Rasulullah s.a.w. kerana itulah dia menawarkan dirinya untuk dikahwini oleh Baginda s.a.w."

Syeikh Muhamad Qutb di dalam kitabnya Tuhfatul Arus Wal Aris  menyimpulkan tiga perkara dari kejadian yang berlaku di dalam hadis di atas: 
1) Adab yang timbul dari perasaan malu yang ditunjukkan oleh perempuan itu ketika menawarkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. Perempuan itu hanya mengatakan: "Apakah engkau inginkan diriku?", tidak berkata: "Aku ingin dinikahi oleh engkau wahai Rasulullah s.a.w.."

2) Sikap yang diambil oleh wanita itu adalah benar yang tidak boleh dipersalahkan kerana ianya jauh dari berlawanan dengan syariat Islam yang suci.
Bukti tentang kebenaran sikapnya ialah apabila Rasulullah s.a.w. sebagai sumber rujukan syariat hanya diam membisu tanpa mencelanya. Dan diperkuatkan lagi dengan jawapan Anas terhadap celaan anaknya dengan memuji sikap wanita tersebut yang membuktikan kecintaannya terhadap Rasulullah s.a.w.
3) Rasulullah s.a.w. sebagai insan yang paling sempurna akhlaknya hanya mengambil sikap membisu terhadap tawaran wanita itu sebagai tanda penolakan. Ini adalah diplomasi dari Baginda supaya perasaan wanita tersebut tidak terguris. Kerana penolakan dengan perkataan dalam keadaan ini hanya akan membuatkan perempuan itu malu atau sebagainya.


KEDUA: Dari keturunan baik-baik
Maksud dari keturunan orang baik-baik ialah perempuan yang diketahui berketurunan ulamak atau orang-orang soleh .


Rasulullah s.a.w. bersabda : 
Ertinya: Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka carilah yang beragama, jika tidak binasalah engkau. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Islam menggalakkan seorang lelaki agar berkahwin dengan perempuan dari keturunan alim ulamak dan orang-orang soleh. Kerana orang-orang soleh akan mengasuh dan mendidik anaknya kepada kebaikan. 


HUKUM MENGAHWINI ANAK HARAM

Adalah dimakruhkan mengahwini anak haram (anak zina), anak orang fasik, anak pungut atau anak yang tidak diketahui ibubapanya .


KETIGA: Cantik
Iaitu perempuan yang mempunyai rupa paras yang memberi keinginan kepada lelaki. Imam al-Ghazali menyatakan , iaitu kecantikan yang dapat menarik kemesraan dan kasih sayang.


Sabda Rasulullah s.a.w. : 
Ertinya: Sebaik-baik wanita ialah, apabila engkau melihatnya dia menyenangkan hatimu...

Atas maksud inilah maka Islam mengharuskan melihat terlebih dahulu seorang wanita yang kahwini . Kerana kecantikan rupa paras dapat mententeramkan jiwa dan mampu memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi.


HUKUM MENGAHWINI PEREMPUAN YANG TERLALU CANTIK

Makruh hukumnya mengahwini seorang perempuan yang terlalu cantik rupa parasnya. Menurut imam al-Mawardi perempuan tersebut akan sombong dengan kecantikan yang dimilikinya .


Menurut imam Ahmad pula: 

"Tidak terlalu cantik (ketika memilih calon isteri) kerana dia kurang tunduk kepadamu ".



KEEMPAT: Tidak dari kaum kerabat yang hampir
Maksud kaum kerabat yang hampir ialah anak perempuan kepada bapa saudara atau emak saudara (sepupu) samada dari pihak ibu atau bapa .


Islam tidak menggalakkan perkahwinan dengan kaum kerabat yang hampir ialah kerana ia telah menyimpangkan dari maksud asal  perkahwinan iaitu memperhubungkan satu puak dengan puak yang lain . Di samping itu lemah syahwat tehadap pasangannya itu . 


PERKAHWINAN RASULULLAH S.A.W. DENGAN SEPUPUNYA ZAINAB

Salah seorang isteri Rasulullah s.a.w. ialah Zainab binti Jahsy. Beliau merupakan kaum kerabat Rasulullah s.a.w. yang hampir (sepupu). Namun perkahwinan ini bukanlah menunjukkan bahawa mengahwini kerabat yang hampir adalah afdhal. Tetapi kerana mahu menyatakan hukum, iaitu halal mengahwini bekas isteri anak angkat (janda anak angkat).



PERKAHWINAN SAIDINA ALI DENGAN FATIMAH BINTI RASULULLAH S.A.W .

Mengenai perkahwinan ini pula, saidina Ali dan Saiyidah Fatimah al-Zahra' hanya memang diakui mempunyai hubungan kerabat tetapi dianggap kerabat yang jauh. Di mana Saiyidah Fatimana al-Zahra merupakan anak perempuan kepada sepupu saidina Ali.



KELIMA: Anak dara
Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Jabir r.a. yang telah menikahi seorang perempuan janda: 
Ertinya: Mengapa engkau tidak mengahwini anak dara supaya engkau dapat bergurau senda dengannya dan dia dapat bergurau senda dengan engkau.(Riwayat jamaah)


Terdapat beberapa sebab mengapa Islam menganjurkan agar umatnya mengahwini anak dara, antaranya ialah: 
1) Manis dan lemah-lembut tutur katanya 
2) Banyak anak 
3) Redha dengan sedikit jimak 
4) Jauh dari sifat-sifat kejahatan


Sabda Rasulullah s.a.w. dalam perbualannya dengan Saiyidah Aisyah r.a.: 
Ertinya: Wahai Rasulullah s.a.w., seandainya engkau tiba di sebuah lembah, dan di lembah itu terdapat tanaman yang sudah dimakan dan terdapat pula tanaman lain uang belum pernah dimakan, di manakah engkan akan menggembalakan unta engkau? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Di tempat yang belum pernah digembalai orang." Saiyidah Aisyah r.a. berkata: "Akulah tempat itu."


Di dalam hadis di atas, Saiyidah Aisyah r.a. ingin menyatakan keutamaan dirinya kerana beliaulah satu-satunya gadis yang pernah dikahwini oleh Rasulullah s.a.w. 
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: 
Ertinya: Kahwinilah anak dara kerana sesungguhnya mereka itu manis mulutnya,, ramai melahirkan anak  tidak banyak kerenahnya dan redha dengan kerja yang lebih ringan dan mudah.



HUKUM MENGAHWINI JANDA

Seorang lelaki dimakruhkan berkahwin dengan seorang janda melainkan jika mempunyai keuzuran seperti tidak berkemampuan untuk memecahkan dara disebabkan oleh lemah zakar. Seseorang itu disunatkan mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki yang belum pernah berkahwin .



KEENAM: Ramai anak
Seorang lelaki boleh mengetahui bahawa perempuan itu akan mempunyai ramai anak dengan melihat kepada kaum kerabatnya. Jika kaum kerabatnya mempunyai ramai anak, maka insyaallah perempuan itu juga akan mempunyai ramai anak .


Sabda Rasulullah s.a.w.: 
Ertinya: Berkahwinlah dengan wanita yang penyayang dan ramai anak. (Riwayat Abu Daud dan Nasi'i dari Ma'qil bin Yasar)



KETUJUH: Tidak mempunyai anak dari lelaki lain
Disunatkan mengahwini perempuan yang tidak mempunyai anak dari lelaki lain, kecuali jika terdapat maslahat seperti kerana mahu memelihara anak perempuan tersebut .

Rasulullah s.a.w. sendiri telah mengahwini Ummu Salamah yang ketika itu telahpun mempunyai anak. Tetapi Rasulullah s.a.w. mengahwini Ummu Salamah kerana maslahat .


KELAPAN: Berakal
Iaitu seorang perempuan yang bijak dan pintar dalam menguruskan segala hal ehwal rumahtangga. Dia bijak membelanjakan wang dan harta suaminya agar tidak berlaku pembaziran dalam berbelanja, pintar melayan kehendak suami hingga menyebabkannya tidak pernah jemu dan bosan. Dia menggunakan kebijaksanaannya untuk menjadikan rumahtangganya aman bahagia dan diredhai oleh Allah s.w.t.



KESEMBILAN: Berakhlak mulia
Mengahwini perempuan yang berakhlak mulia akan membantu suaminya melakukan ibadah dan mendirikan hukum-hakam agama .



JAUHI PEREMPUAN INI!

Sebahagian daripada ulamak Arab telah berkata: 
Janganlah kamu mengahwini perempuan yang mempunyai enam sifat di bawah ini :

1· Perempuan yang sentiasa keluh-kesah dan mengadu mengenai dirinya itu dan ini. Di samping itu juga dia gemar menghiasi dirinya agar kelihatan cantik. Dalam perkahwinan, perempuan ini akan menyakitkan hati dan tidak akan memperoleh sebarang kebajikan darinya.
2· Perempuan yang suka mengungkit-ngungkit setiap kebaikan yang telah dilakukan terhadap suami. Katanya kepada suami: "Aku telah melakukan kebaikan begini dan begitu kepada engkau tetapi engkau tidak pernah melakukan suatu apapun kebaikan padaku."
3· Ingin kepada lelaki lain dan ingin kepada anak dari suaminya yang lain. Perempuan yang bersifat begini wajib dijauhi daripada dikahwini.
4· Perempuan yang materialistik. Dia mahu membebankan suami dengan menyuruhnya membelikan untuknya itu dan ini.

5· Perempuan yang mempunyai dua sifat, iaitu: 
i- Perempuan yang gemar bersolek agar dirinya kelihatan cantik dan bergaya. Kemudian dia keluar ke sana sini untuk memperaga kecantikannya.

ii- Perempuan yang cerewet terhadap makanan dan tidak makan kecuali bersendirian. Ditambah pula dengan sikapnya yang tidak pernah merasa cukup terhadap pemberian suami.
6· Perempuan yang banyak cakap atau becok mulutnya.


SIFAT YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN DAN SEBALIKNYA BAGI LELAKI

Menurut saidina Ali r.a. pula : 
Terdapat tiga sifat yang tidak baik seandai ada pada seorang lelaki, tetapi ia adalah paling seandainya ada pada seorang perempuan, iaitu:

1. Bakhil atau kedekut, kerana apabila seorang perempuan bersifat demikian akan terpeliharalah harta suaminya .
2. Membesar diri, kerana apabila seorang perempuan itu membesar diri maka dia tidak akan bercakap-cakap dengan seseorang menggunakan kata-kata yang lemah lembut. Dengan ini terpeliharalah perasaan cemburu suaminya.
3. Penakut, kerana apabila seorang perempuan itu bersifat penakut maka dia tidak akan keluar dari rumahnya. Dengan ini sifat cemburu suaminya dapat dikawal.


KESEPULUH: Murah mas kahwinnya
Sabda Rasulullah s.a.w.: 
Ertinya: Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda: Sebesar-besar keberkatan manusia itu ialah yang murah maharnya.



BEBERAPA MASALAH YANG TIMBUL KETIKA MEMILIH CALON ISTERI

Jika seorang lelaki menghadapi masalah ketika memilih calon isteri kerana sebahagian sifat-sifat calon yang baik ada pada seorang perempuan dan sebahagiannya pula terdapat pada perempuan lain. Maka hendaklah dia mendahulukan atau mengutamakan perempuan yang beragama kemudian yang berakal dan berakhlak baik, kemudian dari baka yang ramai anak, kemudian dari keturunan baik-baik, kemudian yang masih anak dara, kemudian yang cantik rupa parasnya dan akhir sekali ialah yang ada maslahat untuk kebaikan dirinya.

Contoh 1:
Perempuan a: Beragama tetapi kurang berakal
Perempuan b: Berakal tetapi kurang agamanya
Hendaklah memilih perempuan a.
Contoh 2:
Perempuan c: Kurang agamanya, tidak dari baka ramai anak tetapi berakal dan baik akhlaknya
Perempuan d: Kurang agamanya, kurang barakal tetapi dari baka ramai anak dan mempunyai akhlak yang mulia.
Hendaklah dia mendahulukan perempuan c.
Contoh 3:
Perempuan e: Hanya mempunyai satu sifat sahaja, iaitu dari baka ramai anak.
Perempuan f: Hanya mempunyai satu sifat sahaja, iaitu dari keturunan baik-baik.
Hendaklah mendahulukan perempuan e.
Contoh 4:
Perempuan g: Hanya satu sifat sahaja iaitu anak dara.
Perempuan h: Hanya satu sifat juga iaitu cantik rupa parasnya.

Hendaklah memilih perempuan g. 


BERISTIKHARAH SEBELUM MEMINANG

Setelah menemui wanita yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendakki oleh syarak, seorang lelaki disunatkan mengerjakan sembahyang Istikharah sebelum masuk meminang. Ini bertujuan untuk memohon petunjuk dari Allah s.w.t.  agar pilihan yang dibuatnya itu di arahkah kepada kebaikan .


Sabda Rasulullah s.a.w.: 

"Rahsiakanlah niatmu hendak meminang. Ambillah wudhuk dengan cara sebaik-baiknya kemudian sembahyanglah sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu. Pohonkanlah puji syukur kepadaNya dan agungkanlah Dia, lalu ucapkanlah: Ya Allah, Engkau Maha Kuasa sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau Maha mengetahui segala yang ghaib. Jika Engkau memandang pada diri si fulanah terdapat kebajikan bagiku, bagi agamaku, bagi dunia dan akhiratku, takdirkanlah dia bagiku." (Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Abu Ayub)

Al-Hakim mengatakan bahawa sunah ini biasa dilakukan oleh penduduk Mesir.


CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habua syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:


1. Taat kepada Allah dan RasulNya 
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya 
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?


i) Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya. 
ii) Wajib menutup aurat 
iii) Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah 
iv) Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya. 
v) Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa 
vi) Berbuat baik kepada dua ibubapa 
vii) Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang 
viii) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi 
ix) Bersikap baik terhadap jiran tetangga 

2. Taat kepada suami

i) Memelihara kewajipan terhadap suami 
ii) Sentiasa menyenangkan suami 
iii) Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah. 
iv) Tidak cemberut di hadapan suami. 
v) Tidak menolak ajakan suami untuk tidur 
vi) Tidak keluar tanpa izin suami. 
vii) Tidak meninggikan suara melebihi suara suami 
viii) Tidak membantah suaminya dalam kebenaran 
ix) Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya. 
x) Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.



FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita. Faktor-faktor tersebut ialah:


1- Lupa mengingati Allah 
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.


Firman Allah s.w.t.  di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: 
Ertinya: Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.


Sabda Rasulullah s.a.w.: 
Ertinya: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan. (Riwayat Tarmizi)


Mengingati Allah s.w.t.  bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya. 

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t.  hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t.  di dalam surah al-An'am: 
Ertinya: Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.


3- Mudah terpedaya dengan syahwat 
4- Lemah iman 
5- Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Wallhu A'lam

Rujukan

1. Al-Quran
2. Ihya' Ulumuddin
3. I'anah al-Thalibin
4. Al-Iqna'