I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 7, 2012

Cerpen : Bertahan


Oleh : diya dayana isabella
Angin, sampaikan salam dari aku buat dirinya. Angin, sampaikan kata rinduku agar dirinya bisa merinduiku juga. Angin, terbangkan kasihku agar aku bisa bahagia bersamanya. Bulan, sinarkan kasih sayang ini agar berkilauan seantero dunia. Senja, usah berlabuh. Kerana aku pasti akan bertahan untuk cinta ini. Kerana aku cintai dia. Kerana aku cintai Adlan Hafiz.
******
Matahari tegak di atas kepala. Adlan Hafiz masih menunggu wajah yang dirinduinya. Dia mengerling jam di tangan kirinya. Irdina Marsha masih tidak tiba. Hatinya tidak keruan. Risau kian memuncak.
“Abang Lan, jangan macam ni. Kak Dina dah takde. Please, abang Lan.”
“Lan…” suara serak itu tersekat-sekat. Zarl berusaha menyusun patah kata yang sesuai. Sejak kematian Irdina Marsha, Adlan Hafiz bagaikan mayat hidup.
“Lan…aku faham perasaan kau. Tapi hidup perlu diteruskan.”
“Abang Zarl, Saffi sayang abang Lan. Saffi tak nak tengok abang Lan sedih macam ni. Abang Zarl tolonglah.”
“Saffi, beri abang Lan masa. Dia pasti akan sembuh.”
Zarl mengusap lembut bahu Adlan Hafiz yang masih membisu. Dia hanya diam tanpa sebarang reaksi. Zarl kasihankan Saffiyah, satu-satunya adik Adlan Hafiz.
Gadis kecil itu amat memerlukan perhatian dari Adlan Hafiz. Kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia ketika mengerjakan haji di Makkah.
Saffiyah mengusap air mata yang tiba-tiba mengalir keluar dari pipi mulusnya. Gadis kecil itu tidak sanggup lagi kehilangan sesiapa dalam hidupnya.
Buat sekian lama dirinya berusaha menerima hakikat pemergian kedua ibu bapanya, akhirnya dia akur. Kini dia bergantung sepenuhnya pada kasih sayang dan perhatian Adlan Hafiz.
Kasih sayang itu sedikit sebanyak tercalar apabila kematian Irdina Marsha. Dia tahu bahawa abangnya amat mencintai kak Dina.
******
Adlan Hafiz bagaikan tidak percaya. Mesej terakhir yang diterimanya merupakan perkataan terakhir dari gadis yang amat dicintainya, Irdina Marsha.
Gadis itu begitu menenangkan hati dan perasaannya. Matanya yang redup menampakkan lagi keayuan gadis itu.
“ADLAN HAFIZ…..saya sayangkan awak sepenuh hati saya. terima kasih atas cinta yang awak berikan pada saya. Jika esok saya tiada, simpanlah kenangan cinta ini. Merindui awak menyeksakan hati saya. Mencintai awak kenangan terindah bagi saya. Saya tahu mesti awaak penat jaga saya. Maaf…
Mesej ringkas itu membuatkan dirinya insan yang paling bahagia di dunia ini. Bahagia di samping Irdina Marsha. Ketika dia jatuh, gadis itulah peniup semangatnya. Jika dia terluka, senyuman gadis itu adalah penawarnya.
Mesej terakhir itu dibacanya berulang-ulang kali. Zarl hanya memerhati.
“Take your time, Lan. Take how much time that you want to have. But please, when you wake up, show me your smile. Wipe your tears away.”
******
Adlan Hafiz menyalahkan dirinya kerana membenarkan Irdina Marsha memandu sendirian semasa hari pertemuan mereka berdua. Dia sepatutnya menegah gadis yang baru sahaja lulus ujian memandu itu.
Adlan Hafiz benar-benar menyesal. Andainya dia tidak termakan dengan pujuk rayu Irdina Marsha, pasti dia akan bahagia bersamanya tika ini.
******
Deringan lagu I Like It dendangan Enrique Iglessias menjerit minta diangkat. Atilia segera menekan punat answer. Tertera nama Raihana, kawan baiknya sejak zaman kolej lagi.
“Hello dear. What’s up?”
“Hmm..Lia. Zarl ada beritahu apa-apa pasal Adlan?”
“Nope. Nothing. Kenapa?”
“Lia…Dina dah takde. Dia tinggalkan kita.”
“Hah?” Atilia terkedu tanpa bicara. Dia segera beristigfar.
Benar, Irdina Marsha merupakan kekasih Adlan Hafiz. Atilia pernah mengejar cinta Adlan Hafiz suatu ketika dahulu. Tapi apabila Adlan Hafiz tidak mempunyai secalit rasa cinta terhadapnya, dia akhirnya akur.
Dari saat itu, dia merestui perhubungan di antara Irdina Marsha dan Adlan Hafiz. Dia sendiri tidak meluahkan isi hatinya terhadap Adlan Hafiz. Jauh sekali untuk berdamping mesra dengan Adlan Hafiz kerana lelaki itu hanya menganggap dirinya sebagai kawan biasa sahaja.
Atilia tidak pernah menafikan rasa cinta yang ada. Sebelum kedatangan Irdina Marsha, mereka adalah kawan rapat.
Segala rahsia mengenai Adlan Hafiz tersimpan erat dalam tangannya. Dan, Atilia adalah orang pertama yang mengetahui tentang perasaan cinta Adlan terhadap Irdina Marsha.
Sejak Irdina Marsha menyambut cinta Adlan Hafiz, Atilia menjauhkan diri walaupun Irdina Marsha langsung tak kisah akan perhubungan special antara mereka.
****
“Zarl..kenapa kau tak beritahu aku pasal Lan?”
“Untuk apa Lia? untuk apa?”
“Aku kan…”
“Kawan dia? Cukuplah Lia. cukup.”
“Zarl…aku tahu kau marah. Tapi aku berhak tahu.”
“Aku tak marah, Lia. aku kesal. Faham tak?.”
“Kesal?”
“Aku tak nak kau mengemis cinta Lan. Cukuplah Lia.”
“Mengemis?. Aku Cuma nak tolong dia je. aku…….”
“Kau still cintakan dia. Dan kau nak rampas kembali tempat yang Dina pernah ambil dari kau.”
“Aku…..”
“CUKUP. ATILIA!!”
“Kau tak faham perasaan aku, Zarl.” Deraian air jernih mengalir tanpa henti dari pipi Atilia. Gadis berkulit cerah itu kemerahan kerana menangis.
“Aku tak segila kau, Lia. aku still waras. Okay. Look here, girl. Afif sentiasa mahukan peluang dari kau. Tapi kau?”
“Afif?” Atilia mengelap air matanya yang tidak henti-henti mengalir.
“Yes for sure, dear. Kau tolak cinta dia kan?. Tapi dia? Still berharap untuk bersama kau sehingga ke hari ini.”
“Aku tak boleh terima cinta dia, Zarl. Aku cintakan Lan.”
Zarl akhirnya berlalu pergi. Perbincangan yang diharapkan akan ada penyelesaian nampaknya tidak berhasil. Zarl hanya mengeleng kepala. Pening kepalanya melihat gelagat Atilia. Dia hanya membiarkan gadis itu menangis sendirian. Atilia degil. Itulah yang dapat digambarkan tentang Atilia.
*******
Doktor Afif Ashral merupakan doktor yang berkaliber. Dia merupakan lulusan University of Ireland dalam bidang surgeon. Sekembalinya ke Malaysia, dia diiktiraf sebagai pakar surgeon di salah sebuah hospital swasta yang terbaik di Kuala Lumpur. Dulu, dia pernah meminta Atilia untuk bersamanya, mencintainya dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Tapi ternyata Atilia hanya muncul dalam angan-angannya sahaja.
Afif Ashral merupakan seorang yang tenang dalam membuat keputusan. Walaupun mempunyai paras rupa yang menjadi gilaan ramai, dia tidak culas dalam membuat keputusan. Dan kekesalannya sehingga ke hari ini ialah…ATILIA.
Gadis berlesung pipit itu menolak cintanya tanpa sebarang alasan. Dia kesal namun prinsipnya, cinta itu tak boleh dipaksa membuatkan dia akur. Setelah itu, dia membawa diri jauh ke negera orang putih.
*****
Hari semakin senja. Adlan Hafiz masih termangu di meja batu. Saffiyah hanya memandang dari jauh. Kemudian, dia disapa oleh Zarl.
“Saffi, abang Lan dah okay ke?”
“Tak, abang Zarl. Macam tu jugak. Saffiyah mengeluh panjang sambil mengelengkan kepalanya. Zarl menghela nafas panjang. Dia menenangkan Saffiyah yang kelihatan risau.
“Give him a little time more, Saffi”
“Sampai bila? Hah, abang Zarl. He’s hurting me. Saffi tak sanggup tengok dia macam tu, abang Zarl.”
“Abang faham, Saffi. Tapi abang tak tahu apa yang abang perlu buat untuk sedarkan dia.”
“Abang Zarl….”
“Maafkan abang, Saffi.”
*********
Adlan Hafiz melewati tanah perkuburan itu. Dia berhenti seketika. Tujuannya pada hari itu untuk melawat kubur Irdina Marsha.
Kedengaran surah Yaasin bertalu-talu dari bibir Adlan Hafiz. Batu nisan iu diusapnya beberapa kali. Kemudian tangan ditadah untuk mengaminkan doa yang dibacanya.
Tiada sebarang suara kedengaran. Yang ada Cuma unggas dan burung-burung yang berkicauan. Pagi itu terasa dingin. Buat seketika, dia kemudiannya pulang ke rumah.
“Mak Mah, Saffi dah breakfast?”
“Belum, Lan. Dia belum bangun.”
Adlan Hafiz mengerling jam di dinding. Sudah hampir pukul 10 pagi. Masakan Saffiyah belum bangun. Matahari yang tegak memancarkan cahayanya ke kamar beradu Saffiyah.
Matanya berat sekali untuk dibuka. Kepalanya berpinar-pinar. Dia terkena hujan apabila balik dari kolej semalam. Saffiyah sengaja tidak mahu abangnya menjemputnya semalam. Dia mahu bersendirian.
Disebabkan penat, dia tertidur sehingga tidak menukar bajunya yang basah kuyup. hari Ahad itu membuatkan Saffiyah begitu malas untuk bangun. Dia hanya ingin berehat.
*****
Pintu bilik diketuk perlahan. Tiada sebarang sahutan dari dalam. Adlan Hafiz kemudiannya memulas tombol pintu. Dilihatnya Saffiyah sedang nyenyak tidur.
Dia merapati katil Saffiyah. Sudah agak lama dia tidak bergurau senda dengan Saffiyah.
“Ahh..aku pentingkan diri sendiri. Saffi, maafkan abang.”
Adlan Hafiz mengusap rambut ikal Saffiyah. Tanpa disedari, dahi Saffiyah panas berbahang. Adlan Hafiz cuba mengejut Saffiyah namun tiada tindak balas.
Tanpa berlengah, Adlan Hafiz membawa Saffiyah ke hospital yang berdekatan.
****
“Kau still tak berputus asa kan?. Hah,Lia?” Raihana mengerti perasaan Atilia saat ini.
Mungkin bagi Atilia, pemergian Irdina Marsha memberinya peluang kedua untuk meraih cinta Adlan Hafiz.
“Kenapa kau tanya?”
“Because I care about you, Lia. Just don’t want you to feel hurt.”
“Aku harus rebut peluang yang ada, Han. Aku ingin menjadi pengganti Dina. Aku harap kau faham.”
“Aku faham. Tapi Afif macam mana?”
“Afif? Aku tak nak permainkan perasaan dia, Han.”
Raihana hanya mengangguk. Benar kata Atilia. Menerima cinta Afif Ashral bermakna mempermainkan cinta mereka. Tapi Raihana risau andainya sangkaannya benar.
Raihana dan Zarl percaya yang Adlan Hafiz hanya menganggap Atilia sebagai kawan biasa sehingga ke hari ini. Walaupun ketiadaan Irdina Marsha, cinta Adlan Hafiz seolah-olah tutut terkubur bersama-sama Irdina Marsha. Mungkin cinta Adlan Hafiz hanya untuk arwah Irdina Marsha. Dan pastinya, Adlan Hafiz tidak menerima cinta Atilia kerana tidak mahu mempermainkan cinta Atilia.
*******
Saffiyah ditahan di hospital selama 3 hari. Doktor Syukri mengesyaki terdapat kuman dalam darah Saffiyah. Ujian darah yang dibuat bakal menentukan sama ada gadis itu benar-benar dijangkiti kuman.
Adlan Hafiz mengusap kepalanya beberapa kali. Perasaan bersalah kian menerpa. Dia terlalu mementingkan diri sendiri.
Zarl dan Atilia turut melawat Saffiyah di hospital. Atilia dan Adlan Hafiz hanya berpandangan. Tiada senyuman terukir. Hanya kerisauan mula menghias wajah Adlan Hafiz.
“Lan, Saffi macam mana?” Zarl turut bersimpati dengan Adlan Hafiz. Saffiyah satu-satunya keluarga Adlan Hafiz. Mereka tiada sesiapa lagi.
“Zarl, aku risau sebab dah tiga hari dia tak sedarkan diri. Asyik meracau je.”
“Banyakkan bersabar, Lan. Kami ada kat belakang kau.” Kata-kata Atilia sedikit sebanyak menenangkan fikiran Adlan Hafiz yang serabut.
“Lan, kalau ada apa-apa, bagitahu je kitaorang. Kitaorang akan cuba bantu sedaya yang boleh.”
“Thanks guys.”
Setelah masa melawat tamat, Zarl dan Atilia pulang ke rumah masing-masing.
****
Keesokan harinya….
Raihana tergesa-gesa melawat Saffiyah di hospital. Dia hampir terlanggar Afif Ashral ketika hendak pulang setelah melawat Saffiyah. Adlan Hafiz masih setia di sisi Saffiyah. Doktor Syukri megesahkan bahawa Saffiyah hanyalah demam panas. Adlan Hafiz kelihatan lega. Dia tersenyum dan berterima kasih kerana Raihana sudi melawat Saffiyah.
“Maaf. Saya tak sengaja.”
“Han kan?” Saya Afif. Ingat saya lagi?.”
“Oh my god..Afif Ashral!!.”
“Ingat jugak awak kat saya.”
“Hmm…maaf sebab hampir nak terlanggar awak.”
“Awak dari mana?”
“Saya melawat Saffiyah. Dia demam. Dah tiga hari.”
“Adik Adlan Hafiz?” Raihan hanya mengangguk perlahan. Dilihatnya Afif Ashral hanya terpaku. Seolah-olah memikirkan sesuatu.
Raihana hampir terlupa bahawa Afif Ashral bertugas di hospital berkenaan. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Saya ada perkara nak bincang dengan awak, Han. Boleh kita borak sambil minum?”
“Okay. Kejap Afif.”
“Kenapa Han?”
“Adakah awak……err..err…”
“Adakah saya masih menunggu Atilia?. Itu ke soalannya?”
“Hmm..baguslah kalau awak dah tahu. So, apakah jawapannya?”
“Ye, Han. Saya tetap akan tunggu dia. Saya tak sempurna tanpa cinta Atilia.”
*****
Saffiyah dibenarkan keluar daripada hospital. Adlan Hafiz memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana Saffiyah telah sembuh seperti sedia kala.
“Lan, kau kena beri perhatian pada dia.”
“Aku faham Zarl. Maaf sebab aku buat korang risau pasal aku.”
“Hmm…takde hal lah. Yang penting sekarang, kau dah sedar.”
“Okay. Aku faham apa yang kau dengan Han cuba sampaikan.”
Raihana ke dapur sebentar. Saffiyah pantas mengekori Raihana. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan kepada Raihana. Dia meninggalkan Zarl dengan Adlan Hafiz di ruang tamu. Mereka kelihatan rancak meneruskan perbualan. Dia tersenyum sendirian apabila Adlan Hafiz faham tentang apa yang cuba Zarl sampaikan. Niat mereka baik.
” Kak Han, betul ke kak Lia suka kat abang saya?”
“Hmm…betul, Saffi. That’s true.”
“Tapi dorang kan bestfriend.”
“Itu dulu, Saffi. Mungkin sebab dorang berdua terlalu rapat, perasaan lebih daripada seorang kawan itu muncul tanpa dia sedari.”
“Kenapa abang pilih kak Dina?”
“Itu kak Han tak pasti. Cuma Lan je yang ada jawapannya.”
Saffiyah hanya mengangguk perlahan. Raihana meninggalkan Saffiyah bersendirian di dapur. Dilihatnya gadis kecil itu ligat memikirkan sesuatu.
Pandangan mata Zarl seolah-olah memberi isyarat kepada Raihana. Melihatkan cara Zarl, Raihana pasti segalanya sudah dijelaskan. Raihana mengangkat beg tangannya dan mereka beransur pulang ke rumah masing-masing.
Raihana melihat Zarl tersenyum penuh makna. Raihana sebenarnya rasa tidak sedap hati. Dia cuma membalas senyuman Zarl dengan wajah yang berkerut.
****
Lihat aku disini
Kau lukai
Hati dan perasaan ini
Tapi entah mengapa
Aku bisa memberikan maaf padamu
Mungkin karena cinta
Kepadamu tulus dari dasar hatiku
Mungkin karena aku
Berharap kau dapat mengerti cintaku
Lihat aku disini
Bertahan
Walau kau sering menyakiti
Hingga air mataku
Tak dapat menitis dan habis terurai
Meski kau terus sakiti aku
Cinta ini
Akan selalu memaafkan
Dan aku Percaya nanti engkau
Mengerti bila cintaku takkan mati
****
Bait-bait lagu Bertahan dendangan kumpulan Rama dari seberang itu menyayat hatinya. Radio siaran Era itu sengaja dipasang kuat. Lagu itu sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan kisah cintanya.
Atilia terlalu penat. Penat menagih kasih seorang lelaki. Dia berbaring sambil menadah telinganya dengan mengingati setiap kata-kata Adlan Hafiz.
Benar. Adlan Hafiz tidak pernah cuba memahami perasaan perempuannya. Benar hakikatnya. Adlan Hafiz sering menyakiti hati dan perasaannya.
Sehingga satu ketika, hatinya benar-benar tersiat. Adlan Hafiz masih tidak mampu memberi satu peluang kepadanya. Memberi alasan untuk tidak mahu mengkhianati cinta Irdina Marsha.
Dia hanya mampu bertahan demi cinta yang dia inginkan. Demi sebuah percintaan, dia sanggup melakukan apa sahaja. Dia sendiri begitu keliru dengan sikap Adlan Hafiz. Apa kurangnya dirinya berbanding Irdina Marsha.
******
Adlan Hafiz, berikan saya satu peluang. Peluang untuk mencintai awak.
Peluang untuk berbahagia bersama-sama awak.
Peluang untuk menjaga awak seumur hidup saya.
Peluang untuk merasa getaran cinta awak.
Peluang untuk saya untuk sentiasa bersama awak.
Saya akan pastikan awak bahagia.
Bahagia di sisi saya.
Takkan saya biarkan hati awak terluka.
******
Diari Atilia tersimpan kemas dalam tangan Afif. Dia secara tidak sengaja membaca diari milik Atilia. Sehingga satu masa dia akhirnya sedar. Cinta Atilia hanya untuk Adlan Hafiz. Tiada seulit rasa cinta Atilia untuk dirinya.
Kenyataan itu benar-benar meruntunkan hati lelakinya. Dia harus akur dengan perkara itu. Air mata lelakinya menitis di pipi. Dia mengesat mutiara yang jatuh. Kemudian, Afif mengerling gadis yang sedang nyenyak tidur di katil pesakit itu.
Atilia disahkan menghidapi kanser paru-paru. Pernafasannya tidak sekata dan dia pengsan ketika di tempat kerja.
Impian Afif berbunga apabila dia mengetahui akan perhubungan Adlan Hafiz dan Irdina Marsha yang terjalin suatu ketika dahulu. Namun, apabila Irdina Marsha pergi meninggalkan mereka, dia pasti yang Atilia pasti merebut peluang untuk kembali merebut cinta Adlan Hafiz. Impian itu kembali hancur dan berkecai.
“Han, dia tak punya banyak masa.”
“Takde cara lain ke Afif?”
“Takde Han. Kita kena buat sesuatu untuk dia.”
“Baik Afif. Aku faham maksud kau.”
“Thanks Zarl, Han. Aku hargai pertolongan korang.”
******
“Adlan, kenapa masih berdegil?”
“Han..Zarl, korang faham tak masalah aku sekarang. Aku tak sanggup khianati cinta Dina.”
“Please, Lan. Dina dah takde. Itu kenyataan.”
Raihana merayu kepada Adlan Hafiz. Suaranya sendu kerana hampa dengan sikap Adlan Hafiz.
“Menerima kenyataan itu lebih baik, Lan. Tolong Lia, tolong Afif dan kau tolong aku dan Han. Pasti masalah ni akan selesai.”
Zarl berusaha menyakinkan Adlan Hafiz. Tapi hampa. Akhirnya Afif Ashral bertemu empat pasang mata. Bukan untuk merampas cinta Atilia, tapi sekadar menolong Atilia yang sedang nazak.
“Could you just be pretend to love her?”
“I just don’t know, Afif. I am really sorry.”
“Dia dah takde masa. Maybe just a 3 month.”
“3 month, Afif?”
“Yes, Lan. Just a few acting for her sake.”
**********
Air mata yang jelas kelihatan tanda satu penyesalan. Hiba menjadi peneman. Atilia baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pemergiannya satu pengakhiran bagi sebuah penderitaan.
Sejak 3 bulan lepas, Adlan Hafiz menghilangkan diri. Jauh ke negara asing. Memencilkan diri, menyepikan diri.
Tatkala burung hantu bersiulan, cinta Atilia hanya satu persinggahan. Dia hanya ingin merasa sedikit manisnya cinta Adlan Hafiz. Namun semua itu hanyalah mimpi.
Maafkan aku, ATILIA…………
*****
TAMAT


Wednesday, January 4, 2012

Mencintai Mu Karena Allah


Ada yg hangat mengalir di pipi
Ada yg bergetar di dalam hati
Ada yg diam tak mampu berkata lagi
Ada bahagia di sini…
Terima kasih kekasih hati
Terima kasih telah mau jadikan ku saudarimu sejati..

Karena Ilahi Rabbi semua ini terjadi
Kasih ini menjalar hingga lewati batas imajinasi…
Tau kah kau saudara ku terkasih..
Hadir mu warnai hidup ku
Miliki mu buat aku tau Maha Besar Tuhan ku
Satukan kau dan aku walau kita tak pernah bertemu…
Dirajut dengan Benang CintaNYA
Sampai dalam qalbu kita
Ingatkan ku kala ku alpa
Maafkan ku kala ku khilaf
Jangan lupakan aku kala kau duka
Jangan pergi dari ku kala kau terluka
Aku akan selalu ada dengan tangan cinta
Biarkan aku ada dlm pojok hati mu
Walau hanya sesekali kau jenguk
Ketika kau rindu..
Jannah Sang khalik impianku jadikan itu tempat kita bertemu…
Karena Allah aku mencintai mu
Tuhan ku dan Tuhan mu…

Sejauh mana ~


"Tik..Tik...Tikk..."

Jarum jam didinding bergerak sedikit demi sedikit, saat demi saat, umpama tidak akan pernah berhenti bergerak. Apa yang pasti, masa tidak akan menunggu kita. Setiap saat membuatkan usia semakin tua. Sama ada semakin matang, atau semakin bodoh, entahlah.. Semuanya terpulang pada diri sendiri.

Pernahkah anda mengambil masa sejenak untuk berfikir, selama mana dan sejauh mana perhubungan cinta anda dan dia mampu bertahan? Mampukah anda mempertahan cinta yang dirasakan cinta sejati anda itu? Antara anda dan dia, siapakah yang akan mengkhianati cinta itu? Wallahualam...

Aku juga seperti manusia biasa seperti kamu. Sentiasa berfikir apa yang akan terjadi dalam perhubungan kami. Bagi aku, seandainya suatu hari nanti aku tidak mampu mempertahan cinta ini, tiada jodoh antara kami, mungkin aku mampu menerimanya. Tetapi adakah si dia mampu menerimanya?Entahlah... Tak berguna terlalu memikirkan sesuatu yang masih belum berlaku. Umpama menilik nasib, perbuatan ini sudah tentu ditegah oleh agama islam sendiri.

Pernahkah seseorang membisikkan kata-kata ini ke minda anda?


“HIDUPLAH SEOLAH-OLAH KAMU AKAN MATI ESOK, BEKERJALAH SEOLAH-OLAH KAMU HIDUP SELAMANYA”- PEPATAH ARAB

Dalam erti kata yang lain, selagi anda bernafas, jangan takutkan hari esok yang masih belum pasti, dan bekerjalah sehabis baik berbanding semalam.
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."-Pepatah Arab
Ya, bukan semua perhubungan cinta itu mampu bertahan sehingga ke akhir nyawa. Apa yang pasti, cinta kita tidak pernah akan kosong kerana pelbagai halangan akan menanti sang pencinta. Mungkin cinta kita tidak akan kemana, tidak akan bersatu dibumi, tetapi mungkin bersatu diakhirat sana. Seperti lirik lagu kisah hati Alyah:
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya





Mungkin juga nasib anda seperti Arman yang tidak meneruskan perkahwinannya dengan Farina dalam filem 'Sekali Lagi'. Tiada akan ada siapa yang mampu meramalkan 100% apa yang berlaku dalam perhubungan kita.

Begitu juga dengan aku. Cinta itu umpama bulan yang mengambang. Semua orang berharap agar cahaya bulan yang menerangi langit malam itu sentiasa hadir setiap malam. Namun sekiranya setiap hari bulan mengambang itu menerangi langit malam, adakah anda akan menghargai bulan itu lagi?

Ya, kita biasanya tidak akan menghargai benda yang sudah selalu dimata kita. Itulah cinta. Manusia tidak mampu hidup tanpa cinta. Apabila tiada, mulalah kebosanan dan tercari-cari. Terdesak! Mula mencari-cari sesiapa saja yang mahu mendengar luahan isi hati.. Paling tidak pun, jiwa akan mula kacau dan hati akan mati. Kerana cinta itu menghidupkan hati. Cinta kepada Allah, cinta kepada rasul, cinta kepada ibu bapa dan cinta kepada kekasih.

Akhir kata, cinta itu mudah dan tidak perlu dijadikan satu perkara yang rumit. Sentiasa fikir positif, saling percaya dan saling menghargai. Thats it! :)