I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 16, 2012

Derma Organ Dapat Menyelamatkan Nyawa Orang lain





Apakah itu pendermaan organ?

Merupakan proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan pemindahan organ (transplantasi) selepas meninggal dunia.

Apakah Transpantasi?

Merupakan suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu daripada penderma yang telah meninggal dunia kepada penerima yang memerlukan.

Pemindahan organ ini boleh menyelamatkan nyawa penerima organ atau tisu dan mereka akan dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Bilakah organ dan tisu si penderma diperolehi?

Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma hanya akan dilakukan apabilakematiannya disahkan oleh dua orang doktor yang bertauliah. Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu tersebut.

Adakah rawatan akan diabaikan jika diketahui anda adalah pengikrar penderma organ?

Tidak! Pengikrar penderma organ akan dirawat sebaik mungkin sebagaimana pesakit-pesakit lain.


Apakah organ dan tisu yang boleh didermakan di Malaysia?

Organ
Jantung
Paru-paru
Hati
Buah pinggang
Pankreas
Tisu
Injap jantung
Tulang
Kulit
Kornea


Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?

Agama Islam mengharuskan pendermaan organ selepas meninggal dunia.
Agama-agama lain di dunia ( Buddha, kristian, Hindu dan sikh) menyokong pendermaan organ selepas meninggal dunia.

Bagaimana proses pemindahan organ dilakukan?

Proses pemindahan organ dan tisu melibatkan pembedahan yang bersih dan dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengelaman. Perolehan organ dan tisu ini tidak menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badan penderma. Selepas organ an tisu diperolehi, luka pembedahan akan dijahit dengan sempurna dan jenazah penderma tidak mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Proses pembedahan ini dijalankan dengan penuh hormat dan tertib sebagaimana pembedahan biasa.

Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian?

Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma, jenazah akan dibersihkan, dikhafan dan diserahkan kepada waris penderma secepat mungkin.

Bagaimanakah untuk menjadi seorang penderma organ?

Anda perlu mengisi Borang Pendaftaran Pengikrar Penderma Organ dan Kad Pengikrar Penderma Organ. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar ke Pusat Sumber Transplan Nasional sementara Kad Pengikrar hendaklah disimpan dan dibawa bersama anda setiap masa.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

          Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur.

          Tel              : 03-2615c6576 / 03-2694 2704 / 03-2694 2705
          Faks           : 03-2615 6269
          Tollfree      : 1-800-88-9080



No comments:

Post a Comment