1.Ikhlas
Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam
perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai
atau lain2 niat melainkan hanya kerana Allah SWT.
Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain
daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana
Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]
2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu
Berkata Imam Syafie :
"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah,
maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul
dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak
beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Syarah Mazhab, jilid 1,
m/s 31]
3.Banyak Sabar
Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar
atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]
4. Tulis setiap yang dipelajari
Kata Abu Hurairah ra:
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat
Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr
bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR
Ahmad dan Baihaqi]
5.Tawadhu'
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri)
kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib
al Ilmi, m/s 274]
6.Menjahui dari makan banyak
Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang
penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya
daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]
7.Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada
di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan
Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah
orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan
pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51
: 15 – 18]
8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."
Wallahua'lam
Credit : UAI
No comments:
Post a Comment