"Sedang
couple, perlukah putus?"
----
Lepas solat
Jumaat, seorang junior menemui seniornya.
Junior: Bro,
saya nak tanya sesuatu boleh?
Senior: Ya,
silakan.
Junior:
Seandainya saya ada dosa sebesar dunia, kemudian saya bertaubat. Adakah
dosa-dosa tersebut akan diampuni oleh Allah?
Senior:
InsyaAllah, segalanya mungkin dengan izin Allah. Taubat ertinya bukan sekadar
solat taubat, tetapi meninggalkan perbuatan dosa tersebut tanpa mengulanginya
lagi di masa depan. Sungguh-sungguh menginsafi sampai kiamat.
Junior: Baik.
Saya sebenarnya ada teman wanita. Couple la dengan kata lain. Jadi, adakah
berdosa perbuatan saya tu? Jika berdosa, adakah kami perlu putuskan hubungan
kami?
Senior:
Berdosa atau tidak sebenarnya orang yang bercinta lebih mengetahui apa yang
mereka buat bersama-sama ketika bercinta. Betul tak? Tak perlulah saya yang
klasifikasikan dosa itu, dosa ini. Orang yang bercinta ni bukan semuanya jahil.
Majoritinya cerdik pandai, tahu agama. Tahu beza halal haram. Tapi, ya lah.
Manusia. Berhadapan soal hati, hatta dia seorang ustaz sekalipun, kadang-kadang
goyah juga hati dan iman. Saya pun samalah.
Junior:
Em..rata-rata tempat mengatakan couple ini berdosa. Saya pun tahu apa yang saya
lakukan selama ini dengan teman wanita saya juga melibatkan perkara dosa.
Baru-baru ini saya buka facebook bro, ada nasihat-nasihat mengenai couple.
Timbul rasa insaf dalam diri ini. Jika teruskan, hati ini jadi tak tenang juga.
Kena clash ke? Sayang juga tu nak tinggalkan. Dia pun bukannya tak baik. Cantik
pun cantik. Kalau dalam pandangan saya ni, paling cantik lah.
Senior: Satu,
lelaki yang terbaik tidak akan mencintai wanita yang paling cantik namun akan
mencintai wanita yang mampu menjadikan hidupnya cantik di dunia dan akhirat,
dan juga menjadikan wanita itu cantik dunia dan akhirat bersama-samanya. Dua,
jika wanita itu ada potensi dididik, kenapa mahu putuskan? Sambungkanlah dengan
ikatan pernikahan. Dia dah sayang kamu sepenuh hati, kamu pun sama. Dia rela
dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kamu. Banyak masa dah terbuang untuk
fokus pada hubungan kamu berdua. Tak terkira sumpah dan janji. Dikhuatiri juga,
bila putus dalam keadaan begini kesan luka di hati pada pasangan akan
menjadikan keadaan bertambah buruk. Hati pun jadi bertambah kusut, sedih.
Kenapa nak sedihkan pasangan? Berilah berita gembira dengan melamar dari
walinya. Ajaklah dia berubah sekali ya.
Junior:
Em..kenapa pula kena putus?
Senior: Pada
hemat saya, ada beberapa sebab kenapa perlu putus:-
1. Pasangan
masih student, baru-baru nak masuk universiti. Langsung tidak bersedia untuk
bekerja dan masih kabur cara nak dapatkan kerja. Tak pandai berdikari sendiri
lagi. Tapi ini cuma berlaku pada student yang tidak berfikiran matang. Jika dah
matang, masalah kerja ini pasti dapat diatasi.
2. Lelaki atau
wanita terlibat masalah sosial yang teruk. Clubbing, penzinaan, lumba haram,
dadah, pil dan sebagainya yang dikategorikan sebagai sangat teruk. Bukan tak
boleh berubah, tapi perlu masa panjang.
3. Ketenangan
yang tidak pernah muncul. Bila bersama, hati gembira tetapi di sudut hati yang
paling dalam tiada ketenangan. Banyak sangat masalah timbul. Tidak percaya,
prasangka berpanjangan dan lain-lain. Bila dinasihat, tidak berubah.
4. Pasangan
tidak ada keinginan untuk bernikah, sekadar nak main-main. Sekadar nak ada
teman lepaskan kebosanan dan kesunyian. Buat apa nak kahwin dengan orang yang
tak mahu kahwin?
5. Pasangan
tidak sudi berubah walaupun diajak untuk berubah.
Junior: Em..
Senior:
Fikirlah dalam-dalam. Saya minta diri dulu. ( berlalu pergi sambil menepuk
lembut bahu junior seraya membisikkan sesuatu pada junior )
Junior
terkesima mendengar bisikan tersebut.
----
Seminggu
kemudian, junior dan pasangannya itu pun akad nikah dalam keadaan yang serba
sederhana. Sesuai bajet mereka sebagai student. Senior datang ke walimah.
Junior cepat-cepat bersalam dengan senior dan memeluknya sambil menitiskan air
mata.
Junior: Terima
kasih, bro. Kata-kata akhir bro pada saya tempoh hari benar-benar memberi kesan
yang mendalam pada hati ni. Terngiang-ngiang lagi di telinga ni:-
"Jika
benar sayang Allah, buktikan dengan segera menikahinya. Tak cukup duit tidak
mengapa. Allah kan dah beri janjiNya (janji rezeki dari berkatnya pernikahan).
Jika benar cinta pada Allah, segala halangan di depan bukan menjadi alasan.
Redha Allah, redha Allah, redha Allah. Dengan mengharap redha Allah, segeralah
jumpa walinya. Jika perlu berlutut, berlututlah. Jika perlu menangis,
menangislah. Sayang Allah adalah suatu perjuangan."
Junior: Isteri
saya rupa2nya memang ada niat nak berubah. Dia pun di sudut hati, tidak suka
couple2 ni. Lalu, saya dah berpakat dengan isteri saya masa tu. Kami dah jual
handphone, laptop saya, dan campurkan semua simpanan kami. Akhirnya dapatlah
RM5ribu. Dah ada duit, saya pergi ke rumahnya dan pujuk parents dia sampai
dapat. Menangis pun dah. Macam drama dah pun. Akhirnya mereka setuju.
Alhamdulillah.
Senior: Alhamdulillah
:)
Junior: Jemput
makan-makan bro :)
Senior: Saya
datang sini bukan untuk makan, saya datang nak meminang kakak kepada isteri
kamu. :)
Junior dan
isteri tergamam lalu tersenyum.
~Syabab
Musafir Kasih~
No comments:
Post a Comment