Kalau benar cintakan Allah.
Sebutlah nama Allah banyak-banyak.Allah berfirman dlm
Al-Fath : 9
"Supaya kamu beriman kepada Allah dan RasulNya,
menguatkan agamaNya,
kepadaNya pada waktu pagi dan petang."
Bertasbih disini bermaksud kita berzikir dengan kuantiti dan
kualitiyang tinggi.
Zikir lidah, zikir hati dan zikir perbuatan.
Semuanya menjurus kepada membesarkan Allah dan segala yang
lain kecil belaka.
Lidah menyebut kalimah Allah, lalu hati merasakan kebesaran
dan keagunganNya
dan tindakan menyusul apabila kita selaraskan segala
perbuatan dengan segala hukum-hakamNya, itulah zikir yang hakiki. Kesannya
sepadu. Ia akan memberi ketenangan dan kekuatan.
Namun, apabila Allah dilupakan, umatnya akan kurang menyebut
namaNya lagi. Ketika itulah hati-hati pun akan lalai daripada merasakan
kebesaran dan keagunganNya.
Akibatnya hukum-hakmNya diabaikan dalam tindakan dan
perbuatan.
Apabila ini terjadi, jangan ditangisi jika Allah 'lupakan'
kita.
Allah hanya menjadi pembela kepada orang yang bertakwa.
Ornag yang bertakwa adalah orang yang banyak mengingatiNya
denagn lidah, hati dan perbuatan.
Menjadi seorang muslim sahaja,(bukan muttaqin) tidak
melayakkn kita mendapat jaminan bantuan daripadaNya. Siapakah kita? Muttaqin
atau hanya Muslim?
TAKAZA
Takaza bukan Yakuza.
Takaza bermaksud seruan Jihad.Usaha untuk bantu agama Allah.
Jihad datang dalam pelbagai bentuk. Bukan hanya bermain mata
pedang dihadapan musuh Allah.
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa aku telah mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda :
'Fitnah akan mendatangi hati manusia dari arah depan dan
belakang seperti anyaman tikar yang bercantum antra satu dengan yang lain.Jadi,
jika ada hati yang menerima mana2 fitnah, maka 1 titik hitam akan melekat
dihatinya. Dan hati yang tidak menerima fitnah, 1 titik putih akan melekat
dihatinya, sehinggalah akan wujud 2 jenis hati.
1-Hati yang putih seperti batu marmar yang tidak akan
dimudharatkan oleh mana2 fitnah sekalipun selagimana tegaknya bumi dan langit.
(kerana kekuatan imannya, tidak ada fitnah yang mampu memberi kesan kepadanya)
2- Hati yang hitam yang tak mungkin mampu bertahan. x
mungkin tersisa lagi didalamnya perasaan bencikan dosa dan tidak tertinggal
lagi cahaya iman .dan kerana itu dia tidak lagi mengaggap yang baik itu baik
dan yang buruk itu buruk.
Dan dia hanya bertindak mengikut hawa nafsunya yang sudah
mendiami hatinya. (HR:Muslim)
BESARNYA CINTA NABI KEPADA UMATNYA.
Dari Jabir r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah
bersabda :
"Aku dan kamu diumpamakan sabagai seorang yang telah
menyalakn api .lalu rama-rama dan kelkatu jatuh keatasnya dan dia menjauhkannya
daripada api itu.Aku memegang pinggang2 kamu dan menyelamatkan kamu daripada
api neraka, akan tetapi kemu terlepas dari tanganku.Yakni terus berjatuhan
kedalam api neraka. (HR:Muslim)
Lihat, betapa perasaan belas kasihan dan keinginan yang
keterlaluan yang ada dalam diri Rasululah s.a.w untuk menyelamatkan umat
baginda dari api neraka.(nawawi)
Kita, dimanakah usaha kita?
Diceritakan juga peribadi nabi s.a.w,
kerana umatnya berterusan bersedih dan sentiasa berfikir,
tidak langsung berasa tenang bila-bila masa pun, Baginda selalu diam dan x akan
berbicara jika x perlu.
(HR:Tirmizi)
Ketika anak-anak panah kabilah Thaqif telah memusnahkan umat
islam,
para sahabat telah meminta nabi mendoakan keburukan terhadap
mereka.
Baginda s.a.w bersabda : Ya Allah! berilah hidayah kepada
kabilah Thaqif.
Rasulullah s.a.w seringkali menadah tangan dan berdoa : Ya
Allah! umatku! umatku! umatku! dan menangis kerana mengenangkan umatnya dan apa
yang akan terjadi kepada mereka diakhirat nanti. Nabi berkata :
"Aku hanya akan berpuas hati bila tidak ada seorang pun
dari umatku yang tinggal didalam neraka."
Pernah nabi dipinta untuk mendoakan keburukan kepada orang2
musyrik. Maka nabi telah bersabda :
'Aku tidak diutus sebagai pelaknat, aku diutus hanya sebagai
rahmat.'
(HR: Muslim)
Dari 'Amr bin Auf r.a menukilkan sabdaan baginda s.a.w
bahawa:
"Agama pada mulanya adalah satu perkara yang asing
(dagang), kelak tidak lama lagi ia akan menjadi kembali asing seperti mula
dahulu kerana itu berita gembira bagi orang2 islam kerana agama mereka dianggap
sebagai terasing. Mereka itulah orang2 yang membetulakn jalanKu yang telah
dirosakkan oleh orang2 selepasKu."
(HR:Tirmizi)
No comments:
Post a Comment