Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah
seperti berikut:-
LELAKI
*********
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah
baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri,
dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN!!
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke
atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya
kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin
ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti
gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah
olehAllah SWT.
WANITA
**********
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu
keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya.
7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan
nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkan kita lihat sebaliknya? Benda yang mahal harganya
akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan
selamat.Sudah pasti intan permata tidak dibiar bersepah bukan? Itulah
bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta
itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri
dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi
ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya
diampun ALLAH (dosa kecil).
Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan
terhadap 4 wanita ini :
*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :
*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana
pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH
akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah
tanpa perlu mengangkat senjata.
Mati hanya sekali
Maka Jadikannya pada jalan Allah
No comments:
Post a Comment