I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 22, 2012

‘Bernafsu’ untuk bekerja



Petua Tan Sri Harun Hashim

            Dalam satu majlis makan malam bersama AlmarhumTan Sri Harun Hashim di Universiti Islam Antarabangsa, seorang pelajar muda bertanyakan kepada beliau apakah rahsia dalam kerjayanya selama ini. Tan Sri mempunyai rekod kerja yang cemerlang, pengasas dan Ketua Pengarah BPR yang pertama, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Pensyarah Kanan UIAM, Timbalan Pesuruhjaya SUHAKAM, dan banyak lagi jawatan-jawatan penting yang dipegang. Mendengar pertanyaan itu, beliau pun menjawab;

            “Rahsianya mudah. Setiap kali saya diberi tanggungjawab untuk melakukan sesuatu, saya akan ‘bernafsu’ untuk melakukannya”. Beliau memandang sambil tersenyum.

            Adakah anda sudah cukup ‘bernafsu’ dalam pekerjaan anda selama ini? Ataupun anda bekerja sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’ sahaja? Jika anda ingin berjaya, dengarlah nasihat ini; lakukanlah pekerjaan anda setiap hari dengan penuh ‘bernafsu’. Lakukanlah dengan penuh minat, dan tumpuan yang sepenuh. Tetapkan sasaran yang terbaik dan buatlah yang terbaik untuk mencapai matlamat itu. Insya Allah jika anda berjaya menjadi sedemikian, anda tidak ada alasan lagi untuk tidak berjaya.

            Nafsu manusia perlulah dikawal dengan ajaran agama dan keimanan yang tinggi. Tetapi nafsu kerja bukanlah seperti nafsu-nafsu kebinatangan itu. ‘Nafsu kerja’ adalah semangat dan keinginan yang teramat sangat untuk melihat kejayaan serta kecemerlangan berada di hadapan anda. Ia hanyalah satu istilah untuk menunjukkan bagaimana seseorang itu bersungguh-sungguh dan tekun dalam setiap pekerjaannya.

‘Nafsu kerja’ menolak kekurangan yang ada

            Orang yang ‘bernafsu’ dalam bekerja tidak akan risau dengan apa yang dia miliki sekarang. Apa yang penting ialah; perkara yang dibuat dan matlamat yang diinginkan. Rasulullah seorang anak yatim piatu, menjadi penggembala kambing, tidak tahu membaca dan hidup serba kekurangan. Tetapi akhirnya beliaulah yang menjadi rahmat umat seluruh alam. Ajaran wahyu yang dibawanya menjadi asas tamadun yang kita ada sekarang.

Lihat sahaja Abraham Lincoln, Presiden Amerika yang disegani adalah datang dari keluarga yang miskin. Begitu juga Ulysses Grant yang pada mulanya gagal sebagai ahli perniagaan, kemudiannya menjadi pemotong kayu, tetapi akhirnya menjadi Jeneral Tertinggi dalam Perang Saudara Amerika.

            Julius Caesar seorang pengidap penyakit sawan, tetapi tetap berjaya membina sebuah empayar yang besar di Eropah. King Camp Gillete ketika berusia 17 tahun hidup sehelai sepinggang apabila rumah ayahnya hangus dijilat api. Micheal Faraday dilahirkan di dalam kandang dan merupakan seorang tukang besi; tetapi akhirnya menjadi saintis dalam bidang elektrik. Beethoven, seorang komposer seni, merupakan seorang yang pekak. Audubon menulis karya “Paradise Lost” setelah dia menjadi buta.

            Joan of Arc, adalah seorang gadis petani yang buta huruf dan sangat miskin akhirnya menjadi wira penyelemat Perancis dalam Perang 100 tahun. Presiden Franklin D Roosevelt menjadi Presiden Amerika walaupun dilahirkan dalam keadaan lumpuh.

‘Nafsu kerja’ menolak kekalahan

            Jika anda mempunyai ‘nafsu bekerja’, anda tidak akan berasa lemah semangat dan tidak akan takut akan kekalahan. Walaupun Nabi Muhammad ditentang oleh bapa saudara dan dituduh gila, beliau tetap teguh mengembangkan ajaran Islam yang suci itu. Walaupun isteri kesayangannya Siti Khadijah, dan bapa saudaranya AbuTalib meninggal dunia dalam tahun yang sama, beliau tidak pernah patah semangat dan meneruskan kerja-kerja dakwahnya.

Lihat pula Thomas Alva Edison. Oleh kerana ‘bernafsu’ untuk mencipta bateri nikel-besi-kadmium, beliau sanggup menghabiskan masa sepuluh tahun untuk itu. Untuk mencari tumbuhan yang mengeluarkan banyak lateks, beliau melakukan klasifikasi kepada 17,000 jenis tumbuhan  dan hanya SATU jenis tumbuhan sahaja yang digunakan. Beliau juga membuat 10,000 eksperimen sebelum boleh mencipta mentol lampu pertama dunia.

‘Nafsu kerja’ tidak pernah kenal penat atau lelah

            Orang yang mempunyai ‘nafsu kerja’ juga tidak pernah mengenal penat. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Perjanjian Versailles diadakan. Ada seorang yang sangat disegani pada ketika itu, iaitu Clemenceau, ‘Si Harimau Perancis’. Walhal umurnya pada ketika itu sudah pun mencecah 75 tahun!

            Vanderbilt membina dan merangka sebahagian besar daripada landasan keretapinya ketika berusia lebih 70 tahun. Kant menulis kebanyakan daripada karya falsafah dalam usia 75 tahun. Monet, pelukis terkenal Perancis masih menulis ketika berumur 86 tahun. Van Humbolt mula menulis karyanya yang terkenal, ‘Kosmas’ ketika berusia 66 tahun, dan hanya siap ketika berusia 90 tahun!. Victor Hugo menghasilkan karya ‘Torquemada’ ketika berusia 80 tahun. Titian yang melukis ‘Battle of Lepato’ yang terkenal ketika berumur 98 tahun!
 ++++++++++++++

Motivasi dalam diri anda::Motivasi dalam diri anda::
Motivasi dalam diri anda::
Motivasi dalam diri anda::
Motivasi dalam diri anda::
Motivasi dalam diri anda::

No comments:

Post a Comment