I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 21, 2012

ERTI PERSAHABATAN



Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali dirisendiri.. Tetapi
dalam kita
bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabatyang memahami
kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuranseorang sahabat,
begitu juga
dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cumamengambil kira
tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kitatidak memberi
dia peluang
untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membeladiri. Kita
terlupa, kita
juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita jugaada janji
yang tidak
ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerimaalasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Sepertikita, dia juga
tahu rasa
kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyaiseorang kawan
yang sentiasa
di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa danketakutan,
harapan dan
impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluanpenyelesaian
masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,Hingga
kadang-kadang
terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsibersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakantentang rasa
bimbangnya, rasa
takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernahmenyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan beritagembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana diameniup semangat
setiap kali
kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,kita boleh
dijadikan tempat
untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanyabercerita. Ambillah
masa untuk
memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorangmanusia; dia
juga ada rasa
takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga adakelemahan dan Dia
juga
perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin
sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yangingin
diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak
tahu.. tetapi
jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akantahu.

Renungilah....

No comments:

Post a Comment