SETIAP orang sama ada lelaki atau
perempuan mahukan rambut yang menarik dan menawan hati sesiapa yang
memandang. Sebab itulah di zarnan moden dan canggih ini, berbagai-bagai
jenis dan jenama syampu telah direka khas untuk membolehkan rambut dapat dijaga
dan dirawat dengan rapi. Agar kelihatan menarik dan berseri?
Perlu diingat, rambut yang berseri dan menawan bukanlah hanya dengan
mejaga melalui perawatan kecantikan sahaja. Bahkan dara seseorang itu
juga memainkan peranan penting dalam memberikan bentuk rambut yang cantik.
Sebab itulah kalau kita lihat seseorang gadis yang masih suci rambutnya akan
kelihatan lebih menarik, tidak kasar atau kadangkala seperti tidak
bermaya. Bagi mengatasi rambut anda tidak disentuh oleh lelaki perlulah
anda tudung kerana selain daripada rambut anda menjadi tumpuan dan daya tarik
pandangan lelaki dari segi kesihatan, rambut yang terkawal daripada habuk, dan
segala benda yang terbang dan hinggap di rambut anda akan dapat dielakkan sama
sekali.
Sebab itulah rambut yang sering ditutup, apabila dibuka akan kelihatan
kemas dan menarik. Satu lagi kelemahan yang terdapat jika anda memdedahkan
rambut anda dan terbiar begitu sahaja walaupun anda menjaganya setiap hari
dengan berbagai rawatan ialah kulit kepala anda akan diserang kelimumur.
Berdasarkan kajian rambut yang menarik, adalah rambut yang sering
dibalut dengan apa juga peralatan. Sebab itu Islam mewajibkan perempuan memakai
tudung bukan saja bertujuan untuk menutup salah satu aurat anda, malah ianya
menjamin kesihatan rambut dan kulit kepala anda daripada sebarang gejala
penyakit.
Disamping menjaga diri daripada pandangan tidak sopan dan gangguan
seksual lelaki anda perlu memastikan yang rambut anda itu akan menjadi satu
daripada mahkota kecantikan yang azali.
Untuk pengetahuan anda seorang perempuan yang sudah berumahtangga
jika suaminya sering membelai rambut isterinya maka anda akan kelihatan
lebih jelita. Selain daripada itu isteri atau perempuan yang sering
menerima belaian pada rambut akan kelihatan lebih muda dan sentiasa berseri.
Sewajarnya perilaku yang pernah anda lakukan sewaktu di alam percintaan
sebelum berumah tangga, iaitu membelai rambut pasangan anda, hendaklah
diteruskan cara itu kerana ianya mampu mengekalkan keharmonian rumahtangga
anda. Tetapi jarang benar kita lihat pasangan yang sudah berkahwm mahu
melakukan belaian pada rambut isteri seperti di alam percintaan.
Rambut adalah aurat yang senang dikesan bahawa pemiliknya sudah tiada
dara. Ini dapat dibuktikan jika setiap kali seseorang perempuan yang akan
diijab kan akan melalui proses mengandam. Dalam proses mengandam ini
selalunya akan adanya suatu acara memotong dan rnencukur anak rambut yang
tumbuh di dahi, tengkuk dan di sebelah kiri dan kanan telinga. Rambut ini
dikenali sebagai rambut dara.
Walaupun anda pernah mencukur dan menggunting anak rambut ini, seorang
gadis yang masih suci akan dapat diketahui kesuciannya melalui proses mencukur
anak rambut oleh Mak Andam. Untuk tujuan memastikan anak rambut ini mampu
membuktikan si gadis itu masih suci (dara) atau tidak ianya memerlukan sebiji
kelapa muda yang ditebuk dan mengandungi air. Rambut yang dicukur akan
dimasukkan ke dalam air kelapa muda ini. Jika anak rambut terapung sahaja
dipermukaan air kelapa, ini bererti si gadis itu masih perawan. Tetapi
jika sebahagian atau kesemua rambut itu tenggelam ini bererti si gadis itu
sudah tiada perawannya.
Melalui proses inilah, kadangkala kita selalu mendengar ada Mak Andam
yang tidak boleh menyirnpan rahsia tentang pasangan pengantin yang mereka
andamkan. Awas!! Ini bukan salah mereka, anda tidak perlu risau sewaktu
anda akan melangsungkan perkahwinan kelak. Kesilapan yang lepas boleh diubah
dengan berbagai-bagai cara jika anda fikirkan untuk kebaikan diri anda sendiri.
Selain daripada itu, rambut juga boleh membuktikan seorang gadis itu
sudah hilang dara atau masih suci. Seperti kebiasaan jika kita
bersiar-siar dan dihadapan kita, berjalan seorang perempuan yang kita tidak
kenal siapa dirinya. Sama ada dia adalah isteri orang atau masih gadis
lagi atau janda. Rambut seorang gadis adalah terlalu lembut, jika ditiup
angin rambutnya akan mengerbang dan kembali ketempat asalnya. Sebaliknya
rambut seseorang yang sudah berkahwin akan kelihatan sukar untuk kembali ke
dudukan asalnya setelah ditiup angin.
Mungkin terdapat juga rambut seorang perempuan yang sudah berkahwin
seperti masih anak gadis dan berseri. Ini berlaku, kerana walaupun perempuan
itu telah berkahwin, sebelum perkahwinannya, dia tidak pernah melakukan
perbuatan sumbang atau berasmara walaupun dengan bakal suaminya *(di alam
pertunangan). Lantaran daripada sikapnya yang menjaga kesucian diri sehingga di
malam pertama, Tuhan telah mengurniakan suatu daya penarik kejelitaan pada
wajahnya. Untuk makluman anda persetubuhan malam pertama oleh seorang
gadis yang terlalu suci dengan seorang lelaki yang juga teruna akan menyerikan
hidup mereka bukan sahaja keperibadiannya malah segala-galanya temasuklah susuk
tubuh badannya. Sebab itulah berbagai-bagai petua orang tua-tua yang
perlu kita lakukan di malam pertama sebelum melakukan persetubuhan dan selepas
melakukan persetubuhan tetapi dengan syarat pasangan itu adalah pasangan yang
bersih dari segala dosa maksiat sebelum berkahwin.
Berbalik soal rambut boleh membuktikan samada kegadisan seseorang itu
telah hilang atau masih suci, ingin saya terangkan satu petua yang mudah untuk
sama-sama kita gunakan sebagai pedoman mencari kebaikan. Rambut seseorang
gadis yang masih suci selalunya tidak kelihatan begitu menarik dengan mereka
yang biasa menerima belaian pada rambut daripada lelaki. Kenapa saya
katakan begitu, ianya disebabkan anak gadis remaja yang mula pandai berdandan,
bijak tentang pentingnya rambut sebagai daya tarik kepada lelaki.
Lantaran daripada itu, mereka tidak bersedia menguruskan rambut mereka
agar kelihatan lebih berseri dan menarik. Sebaliknya jika kita lihat rambut
anak gadis kelihatan menarik dan berseri kerana sentiasa disikat rapi ialah
kerana dia sudah mengetahui rahsia rambutnya yang sering menjadi pujian kaum
lelaki atau sekurang-kurangnya teman lelakinya yang kerap kali bertemu
dengannya membelai dan memuji rambutnya.
Ini adalah satu faktor atau asas yang membolehkan anda terutama lelaki
yang ingin mengenali sifat seorang gadis. Jika kali pertama anda
mengadakan temu janji untuk bersiar--siar di hujung minggu dengan si gadis yang
baru anda kenali, maka terjadilah titik permulaan untuk memuji kecantikan si
gadis yang anda bawa bersiar-siar itu. Pastikan yang anda sentiasa memuji
kerapian rambutnya. Si gadis akan berkata yang rambutnya sudah tidak
bermaya lagi kerana kadang-kala diserang kelemumur atau lain-lain penyakit yang
bersangkutan dengan kesuburan rambutnya. Waktu itu si gadis akan memegang
dan membelai rambutnya berkah-kali. Ini bukan bermaksud dia prihatin terhadap
penjagaan rambutnya, sebaliknya inilah peluang bagi anda yang diberikannya
untuk anda membelai rambutnya. Si gadis tidak akan marah jika anda
menyentuh rambutnya walau dibelai dengan lebih mesra. Pada kebiasaanya
gadis yang sudah biasa menerima belaian rambut dari lelaki apabila bertemu
dengan lelaki lain dia tidak segan-silu untuk membenarkan rambutnya juga
dibelai oleh anda (tidak kira lelaki itu baru dikenali). Tetapi tidak
semua gadis yang mudah anda belai rambutnya bererti dia sudah tiada dara.
Kemungkinan si gadis ini memang manja dan suka dengan belaian lelaki tetapi
tidak hingga ketahap hubungan seks.
Kebanyakan gadis yang tiada dara boleh dikenali melalui rambutnya ialah
dengan meneliti sewaktu anda berpeluang membelai rambutnya. Rambut anak
gadis yang sudah tiada dara, biasanya akan kelihatan lesu dan tidak
bermaya. Ini berlaku kerana setiap persetubuhan yang mereka lakukan tidak
direstui Tuhan. Setiap perkara yang tidak direstui oleh Tuhan, maka balasannya
ialah kehinaan belaka. Maka hilang serinya rambut seorang gadis itu
adalah berpunca daripada perbuatan yang hina ini.
Terdapat juga rambut yang lesu akibat daripada kesihatan seseorang gadis
itu. Tetapi kelesuan rambut si gadis yang bemasalah kesihatan ini
selalunya masih ada serinya apabila diteliti dengan rapi lagi. Selalunya
anak gadis yang masih suci tidak merelakan rambutnya disentuh oleh lelaki bukan
muhrimnya.
Adalah baik bagi seorang gadis itu menutup rapat rambutnya kerana ia
adalah aurat yang perlu dilindungi dari pandangan lelaki yang melihatnya.
Waspadalah .......
No comments:
Post a Comment