Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang
hebat!
"Lelaki yang berjaya itu dilihat daripada dua perkara.
Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya" – Sayyidina Umar
bin Khattab.
Siapakah si Dia yang bergelar A ini ?
Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama
9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan
atau kekesalan ?
Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan
berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama
ini ke alam dunia ?
Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya
menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan
dahaga ?
Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya
semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat
dan jemu ?
Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya
dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal
menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?
Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan
ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini
cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah
anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan
penjaganya ?Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang
ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi
kejayaan demi kejayaan ?
Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal
pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa
berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih
sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah
berumah-tangganya ?
Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan
kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan
dan pengorbanannya selama ini ?Jawapannya ialah si 'ibu'nya.....
Siapakah si Dia yang bergelar B ini ?
Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan
lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat
mereka bersama ?
Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi
menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan
hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?Siapakah insan ini yang
sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang
terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan
memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan
dicatat dan sejarah terbina cemerlang?
Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung,
melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan
jayanya?
Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah
tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk
berkeringat menanggung bebanan ini?
Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan
suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan
suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua?
Jawapannya ialah si 'isteri'nya.....
Betullah kata Umar al-Khattab bahawa "Lelaki yang
berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua,
siapa isterinya" .
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, "Dunia
ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah."
(Hadis riwayat Muslim).
Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah
kepadanya walaupun dia telah pergi. Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan
janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.Didiklah adik-adik atau
anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana
merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.
Layari www.bidadaridunia.com bagi menyertai Konvensyen
Bidadari Dunia 2012.
- Artikel iluvislam.com
Ditulis oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin. Beliau merupakan
Pakar Perunding Kehormat Obstetrik & Ginekologi Hospital Tuanku Jaafar.
Layari blog beliau di http://zainurrashid.com
No comments:
Post a Comment