Di dalam
Islam telah digariskan ketika-ketika yang sesuai untuk melakukan jima’
sekiranya ingin mendapat anak yang cemerlang dan semoga ketika-ketika ini
dijadikan panduan praktis oleh suami isteri:
- Menurut Imam Syafie r.a, waktu yang paling baik untuk jima’
ialah pada malam Jumaat, malam Isnin dan malam Khamis. Kerana mengikut
sunnah Nabi saw. Faedahnya, jima’ pada malam Khamis menyebabkan anak
itu menjadi mukmin yang baik.
- Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Isnin,
anak yang bakal lahir akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan
kitab Allah dan redha terhadap segala pemberian Allah swt.
- Rasulullah saw. berpesan bahawa jika jima’ pada malam Selasa,
anak itu akan mendapat nikmat syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak
akan mengazabnya bersama orang musyrikin, mulutnya berbau harum dan
akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat, berdusta
dan mengadu domba.
- Pesanan Rasulullah, jika berjima’ pada malam Khamis, anak yang
bakal lahir itu adalah yang bijaksana di kalangan orang yang bijaksana,
atau seorang alim di kalangan orang alim.
- Berjima’ semasa matahari di tengah langit, anak yang bakal
lahir tidak akan dihampiri syaitan sehingga dia beruban, dan menjadi
seorang faqih dan mendapat rezeki keselamatan agama dan dunia.
- Dari pesanan Rasullullah saw. jika jima’ pada malam Jumaat,
anak yang bakal lahir dari jima’ itu akan menjadi pemidato yang
berwibawa dan petah. Jika berjima’ pada hari Jumaat lepas Asar, anak
akan menjadi terkenal, masyhur alim. Jika berjima’ pada malam Jumaat
selepas Isyak, anak nanti akan menjadi seorang yang abdal (terkemuka).
Eloklah kita fikir-fikir sejenak,
kemudian memperhatikan manusia-manusia yang terdaya diperhatikan. Sekiranya
dia lahir dari kalangan ibu bapa yang mengetahui mengenai pentingnya memilih
ketika yang sesuai untuk pembentukan janin yang cemerlang, tentulah ibu
bapanya telah merancang agar melakukannya di hari-hari dan masa-masa yang
tertentu. Kemudian perhatikan pula manusia-manusia yang pincang hidupnya.
Dalam suasana manakah agaknya janinnya terbentuk?
|
No comments:
Post a Comment