I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 1, 2010

Mencintai orang yang tak cintakan kita?

Kenapa kita selalu mencintai orang yang tak cintakan kita? Bukan ker orang yang kita cintai itu sebenarnya orang yang paling sukar untuk di cintai... Malah lebih baik bersama dengan orang yang kita cintai walaupun untuk satu hari daripada kita bersama dengan orang yang tidak kita cintai untuk seumur hidup kita...
Jangan sama kan zaman ibu bapa kita dengan zaman kita.. tapi ada juga yang bahagia hidup dengan orang yang tak mereka cintai.. Bukan kah cinta boleh datang kemudian yang penting penerimaan kita... tapi kalau orang yang cintakan kita itu hanya menyakitkan hati kita tak guna juga sekali pun dia banyak harta dan mampu berikan apa saja yang kita mahukan...
Walaupun ada kalanya aku seakan pasrah dan redha dengan apa yang harus aku lalui tapi dalam hati aku masih lagi mengharapkan sesuatu yang aku mahukan... tiap kali aku mahu mulakan hubungan baru pasti aku fikir banyak benda yang harus aku pertimbangkan dan pekara-pekara itu yang buatkan aku tidak berani mulakan hubungan baru dengan sesiapa...
Aku cuba beri peluang pada diri sendiri dan peluang pada mereka tapi aku jugak yang akan tanggung semua kekecewaan yang di tinggalkan... Cukup lah aku di kecewakan hanya keranaaku terlalu jujur... adakah aku silap kerana terlalu jujur? salahkan aku kerana terlalu jujur hingga tidak fikirkan risiko yang akan berlaku untuk jangka masa panjang...
Bukankan dalam sesebuah hubungan harus ada kejujuran... Kata-kata aku itu di balas dengan kekecewaan..
Ada jugak prmpuan yang pandang lelaki sebelah mata.. dan mereka tidak boleh menerima hakikat yang lelaki juga mampu membuat mereka bhgea..
Aku pun tak rasa yang aku hebat, pada aku setiap orang punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing jadi tak perlu lah nak iri hati... bila kita mahukan sama macam orang lain sudah tentu kita akan berusaha... kalau kita dengki dan busuk hati apa yang kita dapat tetap jugak kita tak dapat apa yang kita mahukan?
Aku cuma mahukan seorang prmpuan yang boleh terima aku seadanya seperti mana aku terima dia seadanya.. akan bersama aku dalam keadaan susah dan senang....

No comments:

Post a Comment