I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 2, 2010

7 Sebab Cinta Tak Dihargai


1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..

Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan. Selidiki dahulu adakah kamu benar-benar memahami konsep cinta atau pun kamu perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.
2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita boleh melaluinya atau pun tidak. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri.
3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA
Suka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar pasangan.. Jika suka, kamu akan mendekati dirinya.. Bila sudah jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa? Tanya pada hati!
4) TERPENGARUH
Terpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana terpengaruh, kamu menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir, adakah benar kamu menyintai dirinya.
5) TEMAN KESUNYIAN
Sering kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan lekas mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya, kamu juga yang menyesal kerana tersalah pilih..
6) SAINGAN ORANG LAIN
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat, kamu ingin sekali mencari kekasih.. Bila sudah ada kekasih, bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.. Adalah ?point? kamu untuk berkata, ?Hei! Aku dah ada makwe/pakwe tau!?, pada teman-teman?
7) BERPURA-PURA
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun ingin mempergunakan si dia untuk kepentingan kamu.. Contohnya, kamu mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yang kacak/jelita atau pun keluarga yang ingin menyatukan kamu dengan dirinya membuatkan kamu terpaksa berpura-pura menerima si dia? HIPOKRIT!!?

No comments:

Post a Comment