Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh...
Hikmah Untuk
Kita Semua I
1. Tiga
perkara yang mesti dijauhi:
Telah
bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
" Barang
siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka
seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih
kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang
siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang
dua pertiga agamanya."
2. Empat
perkara yang berharga dalam diri manusia:
Telah
bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
"Ada
empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat
sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka
akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu
boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka
menceritakan keburukan orang lain."
Hikmah Untuk
Kita Semua II
1. Lima macam
yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan:
Nabi Muhammad
saw telah bersabda yang bermaksud : "Akan datang satu masa umatku, ketika
itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu : Mereka
mencintai kepada dunia dan lupa kepada akhirat. Mereka mencintai kepada
kehidupan dan lupa kepada kematian. Mereka cinta kepada istana dan lupa kepada
kuburan. Mereka cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan di akhirat. Dan
mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah."
2. Cantiknya
iman dan amal soleh:
Pernah
diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:
"Ada dua
macam yang tidak ada sesuatu yang lebih baik dari keduanya: Beriman kepada
Allah. Memberi manfaat kepada muslimin. Dan ada dua macam yang tidak ada
sesuatu yang lebih buruk dari keduanya : Mensyirikkan Allah. Menyakiti kaum
muslimin."
Hikmah Untuk
Kita Semua III
1. Jalan
untuk dicintai orang yang dicintai:
Dari Usman ra
yang bermaksud : "Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan dicintai oleh
Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para
malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum muslimin maka
dia akan dicintai oleh mereka."
2. Tiga yang
menyelamatkan, tiga yang membinasakan, tiga yang boleh mengangkat darjat dan
tiga pula yang boleh menghapuskan dosa:
Dari Abu
Hurairah ra, bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud "Ada
tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal yang boleh membinasakan, serta
ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada tiga perkara pula yang
menghapuskan dosa. Ada pun yang boleh menyelamatkan itu ialah : Takut kepada
Allah SWT pada masa bersembunyi dan berterang-terangan. Berjimat dalam keadaan
miskin dan kaya. Tetap adil ketika senang dan marah.
Ada pun
hal-hal yang boleh membinasakan ialah : Amat bakhil. Memperturutkan nafsu.
Merasa hairan melihat kehebatan dirinya. Dan ada pun perkara-perkara yang
meninggikan darjat : Menyebarkan ucapan salam. Suka memberi makan. Melaksanakan
solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur. Sedangkan hal-hal
yang mampu menghapuskan dosa ialah : Tetap menyempurnakan solat di
tengah-tengah malam yang amat sejuk. Melangkah kaki ke tempat di adakan solat
jemaah. Suka menunggu kedatangan solat."
Hikmah Untuk
Kita Semua IV
1. Enam
perkara yang asing bila berada di enam tempat:
Telah
bersabda Rasulullah saw, yang bermaksud: "Enam perkara yang
dipandang
asing di enam tempat, iaitu : Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak
sembahyang di dalamnya. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak
mahu membacanya. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang
fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). Seorang muslimah
yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya.
Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang
buruk akhlaknya. Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu
mendengar nasihatnya." Kemudian Nabi Muhammad saw bersabda: "
Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan
pandangan kasihan."
2. Hati
perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan:
Rasulullah
saw telah berpesan, yang bermaksud : " Mestilah kamu selalu duduk dekat
orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah
SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia
menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan".
Hikmah Untuk
Kita Semua V
1. Menuju
kesempurnaan akal, ilmu dan sumber rezeki:
Umar ra
berkata yang bermaksud : "Pandai mengasihi orang setengah daripada akal.
Pandai bertanya setengah daripada ilmu dan pandai merancang setengah daripada
sumber rezeki".
2. Tiga jenis
manusia yang akan mendapat perlindungan Allah SWT di hari Kiamat:
Telah
bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: " Ada tiga orang yang akan
diberi perlindungan oleh Allah SWT di hari kiamat nanti : Orang yang tetap
berwuduk pada waktu-waktu yang sulit. Orang yang berjalan ke masjid untuk
menunaikan solat pada malam-malam yang gelap iaitu solat Maghrib dan Isyak.
Orang yang suka memberi makanan kepada orang yang kelaparan."
Hikmah Untuk
Kita Semua VI
1. Sunnah
Allah, sunnah para rasul-Nya dan sunnah para wali-Nya:
Dari Ali ra
yang bermaksud: "Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah dan sunnah para
rasulnya dan sunnah para walinya, maka dia dipandang tidak ada nilai sedikit
pun. Lalu dia ditanya: Apakah sunnah Allah itu? Jawabnya, menyembunyikan rahsia.
Lalu dia ditanya lagi: Apakah sunnah rasul? Jawabnya, berlaku lembut di antara
sesama manusia. Kemudian dia ditanya lagi: Apakah sunnah para wali. Jawabnya,
menjauhkan gangguan dari kaum muslimin".
2.
Orang-orang yang dahulu yang hidup sebelum kita mereka saling berpesan tentang
tiga perkara dan saling kirim mengirim ( sebagai nasihat :Siapa yang beramal
untuk akhirat, maka Allah mencukupkan baginya akan perkara agamanya dan perkara
dunianya. Dan siapa yang membaguskan niatnya yang tersembunyi, maka Allah
membaguskan keadaannya yang nyata.
Dan siapa
yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah memperbaiki hubungannya
dengan semua manusia.
Ikhtibar
Untuk Kita Semua
Dibawah ini
ada satu cerita buat renungan kita bersama...
Disatu
perkampungan bernama Al-Manzalah di bandar Mansurah Mesir baru-baru ini
lahirlah seorang bayi. Dengan kehendak Allah bayi tersebut lahir dalam keadaan
telapak tangannya yang bercantum. Berusahalah doktor untuk memisahkannya,
tetapi tidak berjaya. Maka hebohlah di kampung tersebut sehingga orang ramai
datang untuk memberikan pertolongan. Akhirnya seorang penduduk mencadangkan
agar dipanggil ulamak untuk membantu. Setelah didoakan oleh ulamak tersebut,
maka telapak tangan bayi tersebut boleh dibuka. Satu peristiwa yang
menghairankan berlaku iaitu sebaik sahaja telapak tangan itu dibuka,
terpamparlah sepotong ayat Al-Quran Surah Al-Qomar (pangkal ayat 1) di telapak
tangan bayi tersebut. Ayat tersebut bermaksud : " Telah hampirlah saat
itu ( hari kiamat ) ". Orang ramai yang hadir pada masa tersebut
mendapat satu iktibar yang sangat berguna yang boleh menginsafkan sesiapa
sahaja yang beriman agar segera kembali kepada cara hidup yang diredai oleh
Allah SWT, selagi ada kesempatan yang diberi.
Nauzubillahi
Min Zalik..........
>>Arkib
Tazkirah<<
No comments:
Post a Comment