I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 21, 2012

KALAU BERCINTA




Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang, boleh mengambil I'tibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang berkeluarga, perlu mengajar.. Untuk suami.. renungkanlah Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya Isteri adalah murid kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.. Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah saw... Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah! Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin. Untuk isteri pula.. renungkanlah... Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw... Tidaklah setaqwa Ibrahim pun tidak setabah Ayyub atau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya Cita cita membangun keturunan yang soleh... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.. Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt Kerana memiliki suami yang tak segagah mana Justeru kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin... Justeru itu wahai para suami dan isteri jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya Suami & isteri ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..

ERTI PERSAHABATAN



Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali dirisendiri.. Tetapi
dalam kita
bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabatyang memahami
kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuranseorang sahabat,
begitu juga
dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cumamengambil kira
tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kitatidak memberi
dia peluang
untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membeladiri. Kita
terlupa, kita
juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita jugaada janji
yang tidak
ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerimaalasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Sepertikita, dia juga
tahu rasa
kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyaiseorang kawan
yang sentiasa
di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa danketakutan,
harapan dan
impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluanpenyelesaian
masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,Hingga
kadang-kadang
terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsibersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakantentang rasa
bimbangnya, rasa
takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernahmenyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan beritagembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana diameniup semangat
setiap kali
kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,kita boleh
dijadikan tempat
untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanyabercerita. Ambillah
masa untuk
memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorangmanusia; dia
juga ada rasa
takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga adakelemahan dan Dia
juga
perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin
sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yangingin
diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita tidak
tahu.. tetapi
jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akantahu.

Renungilah....

Friday, April 20, 2012

REBUTLAH GELARAN WANITA SOLEHAH

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah............
Renungan Buat Wanita..
Allah swt Maha Pemurah dan Penyayng ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya.
Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya.
Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini).
Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka.
Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu.
Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya.
Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat.
Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini.
Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul.
Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.
Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!
Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami.
Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami.
Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.
Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan.
Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah.
Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian.
Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya.
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan
beramal soleh.

Wallahua'lam...


HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA
Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta di sisi seseorang pada zaman ini,
melainkan timbul di dalam dirinya lima perkara :

1) Panjang angan-angan.
2) Sentiasa tamak.
3) Sangat kedekut.
4) Berkurang waraknya.
5) Lupa kepada akhirat.