I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 24, 2011

Tersurat dan Tersirat ~

Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan... ;))
Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Tuesday, March 22, 2011

Cara Menghilangkan Rasa Cinta ~

Assalamualaikum ...adakah korg sakit hati kerana cinta korg hilang begitu saja? Dan ingin padam prasaan sayang / cinta pada orang tersebut?
Well, ary nie trpaksalah sekali lagi jdi dR.cinta...haha, sbb rmai sgat msj aku dan tye bagaimana nk padam prasaan cinta terhadap seseorang....
Memang susah nak padam perasaan suka tersebut dengan orang yang telah disukai apalagi yang sudah lama terpendam dalam hati kita. Dan ternyata dia tidak menyukai kita atau menyukai orang lain atau juga telah mempunyai seorang kekasih yang mana pastinya dia lebih menyukai orang tersebut.Mungkin ....
Korg punye pasal aku bagi sedikit tips atau ceramah cinta ...
Berikut tips:
  1. Hal pertama yanng harus kita lakukan adalah, ungkapkan rasa cinta kamu kepada si dia. Untuk melampiaskan perasaan cinta kamu tersebut. Ya, walaupun kita sudah pasti tau jawapannya. Tapi, daripada korg rendam lama-lama? Lebih sakit lagi ! atau jangan-jangan dia juga sebenarnya suka kepada kita. Jadi, lebih baik ungkapkan sekarang juga daripada TIDAK SAMA SEKALI
  2. Belajarlah untuk melepaskan orang yang kamu cintai itu. Karena sesungguhnya itu adalah cinta sejati :)
  3. Jangan cepat untuk mencintai orang lain. Kenapa? Kerana nanti kamu difikir orang yang mudah jatuh cinta .Nah,kamu bersemangatlah untuk saling mengenal seseorang. Walaupun kamu dikenali ramai dan mempunyai byak teman? Tapi, mengenali seseorang ntah jadi/ tak ... So, aku rasa korg harus belajar untuk mengenali seseorang. Jadi, mudah bg korg untuk mengenali orang yang kamu cintai tersebut.
  4. Belajarlah untuk dicintai oleh seseorang. Untuk pembelajaran bagimu bagaimana rasanya ditembak oleh seseorang? Bagaimana respon kamu? Serta bagaimana rasanya saat menjadi posisi orang yang kamu tembak / sukai saat itu?
  5. Janganlah belajar untuk melupakan dia. Karena hidupmu sedikit demi sedikit akan rapuh. jadilah untuk menjadi teman orang yang kamu cintai/sayangi tersebut. Kerana sesungguhnya sahabat lebih kuat daripada cinta ^^
So, kesimpulannya adalah. Saya tidak mengajarkan / memberikan tips untuk menghilangkan rasa cinta / sayang kalian kepada seseorang atau yang lain. Kerana cinta dapat membuat hidup kita lebih semangat cerah dan ceria. Tidak harus cinta / sayang dengan satu orang saja / kekasih. Tapi, sayang dan cinta kesemua Makhluk Tuhan^^
Serta, janganlah korg belajar untuk membenci seseorang. Kerana nanti korg pula dibenci (Sakit bukan? >,<). Belajarlah untuk menjadi teman dengan orang yang kita sayangi dan bukalah hati korg untuk seseorang juga. Itu bisa menjadi pembelajaran untuk mencari cinta yang lebih abadi sakti dan mandraguna (bhsa indon ..huhu) . Serta CINTA SEJATI.
Sekian drp dR.cinta . Haa!!, jangan malu -malu kucing untuk mencurahkan luahan korg kepada aku. Mungkin aku boleh memberikan sedikit solusinya kt korg. Korg boleh tinggalkan pesanan di kritikan (komen). Atau hantarkan luahan hati korg kt E-Mail aku.

Monday, March 21, 2011

Lelaki Idaman Setiap Wanita ~

Seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...
Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...
Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...
Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...
Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa anda bersama...
Dialah lelaki idaman wanita...

~ Keistimewaan Wanita ~

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya. "
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.